Skip to main content

Aku Ni Sebenarnya Ulat Buku

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku kalau dengan buku, memang dah jadi macam hobi, bukan baca buku tapi beli buku. Aku suka sangat beli buku, tapi aku tak habis-habis baca. Kalau tak habis baca tu kira bertuah lagi, paling teruk kalau tak start baca pun. Perangai ntah ikut sifat siapa taktau la. 

2 minggu lepas aku beli buku-buku edukesyen untuk Luth. Nak mendidik anak menjadi sebijak Imam Syafie ni bukan senang hokey. [Imam Syafie la sangat, aku beli buku tentang fruits, tentang animals je pun. Heheh.]. Dengan flash card dan puzzle lagi. Over sangat aku ni. Sebab bila aku dah sampai rumah, baru aku perasan pada muka depan buku tu tulis buku tu sesuai untuk umur berapa. Ada yang untuk 2 tahun, ada yang untuk 4 tahun. Haahaha. Aku ajar je la awal2. Biar sel-sel otak dia berhubung tanpa meminum susu Anmum.


Selamat le waktu membuat lawatan muhibbah kat MPH tu kiterang tengah nak cepat. Kalau tak aku rasa aku macam tak reti nak berjimat bila aku dah start membeli. Bajet macam aku ni jutawan internet la kot.

Weekend yang lepas, aku singgah kedai buku Popular plak. Ni niat asalnya hanya untuk membeli buku 'Rasulullah Is My Doctor' je. Sekali aku terbeli banyak plak. Itu pun aku hanya kaji kat satu rak je aku boleh berkenan kat 6 buah buku. Tetibe jadi tamok plak aku. Tomok pun tak tamak macam aku. Kedai buku Popular tu pun kecik je. Kalau besar macam MPH, aku pun tak pasti lagi macamana disasternya akaun bank aku akan jadi.


Sinopsis buku Menjadi Tetamu Barzakh

Sinopsis buku Kamal Attarturk

Sinopsis buku Rasulullah Is My Doctor

Laku Keras? Hahahahahaha... Buku 365 resepi istimewa Chef Hanilieza. Murah je kat Popular. RM29.90 je.

Sinopsis buku Anakku Seorang Hafiz

Sinopsis buku Syarah Hadis Imam Nawawi.
Setakat ni, aku baru je belek-belek buku 365 Resepi. Agak menarik. Banyak resepi yang aku rasa gelojoh nak cuba.

Comments

  1. Kau sama macam aku. Suuuuuu ka sangat beli buku. Tapi, haa sama la, tak mula baca lagi pun buku-buku tu. Beli dan simpan. Beli dan simpan. Susun penuh almari, dan pandang sepi aje.

    Aku subscribe email dari MPHOnline. Lagi bahaya Lyd. Bayar guna debit card je. Lagi tak terasa duit keluar. Huhu.

    Lyd, "Biar sel-sel otak dia berhubung dengan minum susu mum shj."

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dulu..
      suka wat koleksi novel. sampai skrg tak habis baca..
      tambah plk novel org putih..

      Delete
  2. Membaca jambatan ilmu...
    Tapi sebelum membaca, belajar / ajarkan dahulu cara-cara membaca...cara membaca bkn hanya belajar a,b,c atau alif, ba, ta...

    ReplyDelete
  3. Lyd..dulu rin pun suka baca buku tau..skg dah ke laut..hahaha..sbb masa tu tak de arr

    ReplyDelete
  4. Camni lah...disebabkan lyd sukaa beli buku tapi tak sempat2 baca, apa kata bagi je buku2 tu kat saya? Saya tlg baca. Hahaaa

    Tapi sbnrnya saya pun ada berderet buku tgh tunggu turn utk di baca. Saya disiplinkan diri, baca selang seli...ilmiah..fiksyen..ilmiah...
    Time beli suami yg tlg control, dia bg beli 2-3 buku je tiap kali pegi MPH tu. Kalau tak, byk le angkutnya.

    ReplyDelete
  5. Saya tinggal satu lagi buku yang tak bukak balutan. Satu lagi half way...sibuk macam nak mati sekarang ni kak.

    ReplyDelete
  6. Saya pon ulat buku gak *nak mengaku jugak tu. Tapi dah suam² kuku. Ada lagi buku tak habis baca...haishhhh...smoga luth jadi ulat buku macam mama dia jugak.

    P/s: Anak syurga tu sakit leukemia. Detect on march 2014.
    Motor tu plak motor jiran umah sebelah ☺

    ReplyDelete
  7. agak-agak beli buku resipi tu memang masak setiap hari ke kak...hehehe..ema pernah beli buku novel jer setakat ni..itupun dua novel...hehehe

    ReplyDelete
  8. Best ada pendapatan sendiri...nak beli buku apa..capai aje...
    Sekarang nak apa apa kena hantar proposal dulu

    ReplyDelete
  9. Luth ni budak cerdik..
    anak aku Luth pun majalah wanita pun dia dah mula baca..

    ReplyDelete
  10. Menarik semua buku yg awak beli tuh lyd..ameklah sikit ms tuk menghabeskannya..
    sy nie kemain ms mula2 dtg sini habes buku2 sy berkilo2 bwk naik kapaltobang..sekali tak terbc pun ms dok sini...nak kena naik kapaltobang lg wat balik nanti haaa...bazir berat jer...huhu

    ReplyDelete
  11. hehehe me too, beli buku sikit punya byk, pas tu xde masa nak baca. acaner tu !

    ReplyDelete
  12. Memang heaven kalau masuk kedai buku. Cam.sume nak beli. Tapi sllnya kasi can kat ank anak yg sopink. Mak telan air liur aje

    ReplyDelete
  13. byk.
    jgn lupa habiskan ye.jgn biar trsusun aje di rak tu.
    apa lagi sinsing tangan, masuk dapur, masak le.. :)

    ReplyDelete
  14. beli banyak2 buat perpustakaan kat rumah.buat mini je..kat satu ruang..kan??mesti Luth besar nanti dia minat membaca sebab kat rumah banyak buku..

    ReplyDelete
  15. Patut la byk resepi baru muncul dlm blog Lyd...ghupernya dh beli buku resepi tu ha....hihihi...

    ReplyDelete
  16. Samalah kita. I pun suka aje beli lepas tu susun elok-elok dalam almari. Pastu kalau berhabuk lemari tu, lap and then susun balik buku-buku tu jangan sampai ketinggiannya tak sama. Time membaca, kalau buku tebal mahunya buku tu dok atas muka I tertidur. Tapi dapatlah baca dalam 2-3 ayat sebelum tertidur daripada tak baca langsungkan. Kira tu sifat ulat buku ler tu!

    ReplyDelete
  17. Sama la beb. Kalau dah nama ulat buku tu. Pantang ada nampak buku yang menarik, tak pun pernah dengar review dari kawan-kawan, terus ambil beli, tak fikir apa lagi dah. Tapi itu dulu la, zaman-zaman bujang dan beruang. Sekarang ni, nak beli buku batu pun kena fikir berjuta kali sambil baca review kat Goodreads Hehe

    ReplyDelete
  18. Tp ad je resepi yg hampir2 sm cm tkr ikan pd daging or ayam je. Tu la... Lm x beli buku. Beli pn sbb nk support kwn2 menulis. Hoho..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya