Skip to main content

Luth Setahun Sebulan : Wooden Block

Sejahteralah ke atas kamu.... Wahai hamba-hamba Allah..


Macam yang aku cerita kat entry sebelumnya, gigi Luth baru tumbuh 2 batang. Satu atas, satu bawah. Gusi dia gelembung-gelembung tu dah lama dah sejak 6 bulan lagi. Tapi gigi tak muncul2.



Setakat ni dia dah mampu memasukkan block kayu ke dalam bekasnya ikut lubang-lubang yang ada. Memang la kalau ikutkan anak orang lain dah lama dah pandai masukkan block tu, tapi nak buat cemana mmg anak aku kemampuan dia gitu je. Itu pun aku dah bangga tau.



Muka muncung duck face ke Luth? Block kayu ni, aku rasa permainan yang paling berbaloi sekali aku beli untuk dia. Sebab dia memang suka sangat main ni. Harganya aku beli ari tu dalam RM53. Kalau dia tak  masukkan dalam lubang-lubang tu, dia akan masukkan dalam mulut papa. Kadang-kadang sanggup datang dari jauh kat papa semata-mata nak masukkan block dalam mulut papa. Boleh dikatakan semua benda dia nak test masuk dalam mulut papa. Aku tak faham apa ABC Specialnya mulut papa tu. 
 
Aku nampak Luth ni sukakan sesuatu yang bulat seperti tayar kereta atau roda mainan, object yang boleh bergolek seperti botol susu, botol kosong, gelung masking tape dan wooden block bentuk silinder. Dia akan main ala-ala polo bergajah utk semua object bergolek tu.  Dia pukul dengan tangan, bagi bergolek-golek kat lantai, dia kejar dan bila dah dapat, dia pukul lagi bagi bergolek ke lain pulak. Itu aku ingat nak beli bola untuk dia.


 

 Warning : Kalau tgk video ni please reduce kan volume sebab ada suara raksakse kat tengah2 video.











Comments

  1. lembutnya suara raksasa tuh ...heheh yeeayyy tepuk tangan..yeaayy tepuk tangan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. resakse syok sendiri je suh anak tepuk tangan tapi anak bz je masukkan block.

      Delete
  2. Kejap je dah setahun usia Luth.. :)

    Takpe Lyd, yg penting Luth tahu dan nunjukkan minat nak main ;)

    ReplyDelete
  3. Lyd! dah besar Luth! kejapnya.. dulu baca mcm tgh pregnant je. hehehee.. lama tak tinggalkan jejak. banyak nak kene katam ni. hihi.. take care! :D

    *tadi ada komen tp mcm tak sampai kot. ;D

    ReplyDelete
  4. kita memang patut rasa bangga sebab kita sebagai ibubapa lebih memahami anak2 kita.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh... betul betul.. setuju sangat. lagipun kita je yg syg anak kita paling dalam.

      Delete
  5. Wahh..lyd..suka jgk luth main dgn learning toys ni ek..aish lgsg xmo..hadoi..yg dia suka pnjt blkg org..skg kejenya membuli kakak dia je..hadehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sebab aish ada ramai kakak2 dan ada ramai org melayan dia. Luth ni terpakse la main menan sbb dia sorang je. Kawan dia pun poko chan je.

      Delete
  6. hehehe suka tgk luth dlm video ni !

    ReplyDelete
  7. Dah pandai jalan ke? Anak2 koi yg sebelum ni pandai jalan umur setahun sebulan.yg no 3 ni ntahle..terlebih manja

    ReplyDelete
  8. alahai pandainya luth..bagus luth ni kira jenis suka main pastu tekun je tgok dia msukkan blok..afia plak jenis tak suka main mainan,tak reti nak komited dan cepat jemu..dia suka explore benda sekeliling dia..cthnya macam lubang2 kt dinding pun dia korek..huhu

    ReplyDelete
  9. bagus la dia test drive mulut papa, takder la semua dia nak pulun sendiri hehehe.

    ReplyDelete
  10. Boleh tak jangan bersuara masa record rancangan khas untuk Luth ni? Betui argghh...geli geleman mendengar suara ala-ala raksasa manja gitu :)

    Luth pandailah tu...boleh masukkan apa sahaja ke dalam mulut papanya. Mesti Papa Luth gosok gigi dengan berus gigi yang ditukar seminggu sekali plus ubat gigi Darlie tak macam mamanyakan :D

    ReplyDelete
  11. Pandainya luth sayang ni. Ok.. Mungkin mulut papa tu tester od dia. Reda je la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya