Skip to main content

Jatuh Hati Dengan Wet Tissue

Sejahteralah ke atas kamu...

Sejak ada anak dan menggunakan wet tissue untuk bersihkan hasil nyahtinja anak aku, aku semakin jatuh cinta dengannya. Dulu aku tak tau pun ke'best'an wet tissue ni. Sekali, bila dah selalu berkecimpung dengan wet tissue ni, perghhh...pepepepergghhh... memang maveles.

Biasanya kalau lepas makan nasik, walaupun dah basuh tangan dengan sabun, bau still bersisa. Tapi kalo lepas tu ko lap plak dengan wet tissue, memang hilang bau. Pastu tangan akan rasa bersih. Kalau meja berdebu atau ada apa-apa tumpah kat meja [tumpah dalam range yang bertitik-titik la, bukan tumpah selambak sampai berladung atas meja tu], ko lap just one shot pastu takyah nak lap lagi guna kain kering. Sebab pada wet tissue ni, ada glycerin yang membantu mempercepatkan proses pengeringan. 

Yang paling best bila ko cuci screen henfon atau laptop atau segala screen yang ada dalam hidup ko. Memang cantik hasil dia. Kan kalau kita lap guna tisu biasa, nanti screen tu akan ada serat-serat tisu kering yang tertinggal. Guna kain pun sama. Mesti ada habuk2 kain tu. Hahhh tapi kalau guna wet tissue, selesai masalah. Aku dah gaya jurujual. Eh, aku tak jual tau. Aku cerita je. heheh.



Setakat ni aku main beli je wet tissue apa-apa pun. First time beli Pureen. Yelah, dah tentu la kegunaannya untuk cuci vuntuit baby, mesti le kena cari yang paling kebabyan sekali. Kadang-kadang aku cilok gak beberapa helai wet tissue Luth untuk buat sental dapur gas yang ada kesan2 memasak tu. Rajin memasak la katakan. Hakhak.

Untuk dalam kereta plak aku saje je try beli yang jenama Watson. Ternyata, tak kira brand apa pun, wet tissue memang best. Kalau time nak makan dalam keta tu, laki bini pun sama naik je makan dengan penuh perasaan masing-masing, tak kira la apa, kalo sampai tangan comot2 kalo kena sos keropok ke, minyak pisang goreng je, memang wet tissue sangat membantu membersih dan menghilangkan kesan.

Aku suka yang berbau wangi. Brand Mami Poko wangi. Jenama Watson pun wangi, ada macam2 haruman. Aku try Drypers pun wangi. Semua la wangi. Aku pernah beli jenis Johnson N Johnson je yang tak berbau. So, bila tak berbau, jadi tak best skit la. Kalo lap benda2 busuk, wet tissue brand tu tak dpt cover bau busuk tu. Heheh. tapi Johnson kan jenama terunggul. Mestilah mereka dah jalankan ujikaji terhadap penggunaan bau-bau dalam produk mereka. Jadi, itu jangan nak fikir sangat le. Kalo tak suka takyah beli, kalo suka beli.

Now, dekat ofis pun aku standby wet tissue. Senang aku nak mengudap, then aku takyah gi pantry basuh tangan. Hahahaha... gile pemalas aku ni. Tapi takpe. Guna wet tissue je dah cukup. 

*sekarang dah tak pakai wet tissue ni utk cuci vuntuit Luth. Sebab dia dah besar pun. Kalo vera kincin terus je bawak masuk bilik ayorr.

Comments

  1. Rin pun suka borong wet tissue byk2 sbb sng nk lap makeup bila nk solat.sentiasa ada dlm beg sbb nk lap tgn ngn mulut ank kotor senangkan.suka bli yg pureen je

    ReplyDelete
  2. I sebelum ada anak lagi mmg wajib ada wet tissue, hehehe banyak guna dia kan, even untuk JJ ni pun kami tak pakai sangat for her sebab setiap kali berak kami basuh, cuma kencing la kadang2 lap ngan wet tissue tak larat wei nak basuh setiap kali (eh apa lak I cerita lari topik ni). apa pun wet tisssue sangat serbabergunaguna, dah la tahan lasak tak koyak.

    ReplyDelete
  3. sampai tahap tu ko kaji?

    hahaha.

    mungkin aku takde anak dan tak pernah beli lagi...

    tu aku tak tau ape-ape tu. dari gaya cerita kau mcm menarik...

    ReplyDelete
  4. bila mkn dlm keta , sgtlah diperlukan kan kan ... byk sungguh kegunaannya .

    ReplyDelete
  5. betul wet tissue mmg byk kegunaan..masa dalam pantang sekejap je guna utk lap bontot,pastu pakai air je..pasal lap skrin tv,laptop tu mmg terbaiklah pakai wet tissue.sy pun selalu guna..:)

    ReplyDelete
  6. Dah ada kemudahan dan ada kemampuan, beli aje apa yang patut. Lagi pun tak ada apa2 punya bila jatuh hati kepada wet tissue, yang bahaya bila jatuh hati kepada penjual tissue....huhuhu...

    ReplyDelete
  7. eh, bukan penjual ek. aku baru ingat nak beli...

    ReplyDelete
  8. Wet tisu luth brand puren beli sblm bersalin lg x hbs2 pn.
    Po..po dia main jirus je..x cukup nk guna wet tisu..hu

    ReplyDelete
  9. multi purpose jugak la wet tissue ni ye kak. Hehe

    ReplyDelete
  10. hehehe... mmg byk kegunaannyer kan !

    ReplyDelete
  11. Saya pun suka wet tissues ni. Memang keperluan sekarang ni. Tapi takdalah sampai rembat anak punya...hohoho....

    Saya suka beli kat Watson. Apalagi kalau ada promo, beli ni dapat beli tu seploh, hah lagilah saya dok membeli aje. Letak dalam kereta, kat rumah, kat pejabat, dalam handbag. Pendekata kat mana-mana pun ada senang tangan nak mengambilnya!

    ReplyDelete
  12. Memang best pakai wet tissue. Kat umah tu pon dah lama habis. Tao top-up2 lagi.

    ReplyDelete
  13. hihi.byk kepentingan juga wet tissue ni.
    jarang beli pon sebenrnya

    ReplyDelete
  14. ada wet tissue yg mcm tak berapa basah. brand anakkku, pureen drypers, fiffy ok la sebab dia basah2 gitu. ms mula2 guna pureen time Alya husben kata mcm bau tahi baby. entah apa2 entah.

    ReplyDelete
  15. yelah..dah tak pakai untuk istinjak si Aril..cuma tetap beli untuk standby dlm handbag je. anak sulung koi yg super hygienic tu...kala gi mkn kat luar..walaupun mamak tu dah lap meja..dia tetap suruh mama dia lap meja tu pakai wet tissue pula..alasannya...kain lap tu hitam..kotor..geli tgk. huhu..macam rumah dia bersih sgt je

    ReplyDelete
  16. Suka juga dengan wet tissue ni sebab wangi :D

    ReplyDelete
  17. kalau malas...den guna wet tisu je buat lap lantai..ganti mop..nampak tak kemalasan disitu...hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...