Skip to main content

GA Jejaka Sombong : 5 Tanda Patut Tinggalkan Je Perempuan Tu

Sejahteralah Ke Atas Kamu.....





GA ni aku nak masuk sebab hadiah dia wang tunai RM100. Aku nampak Afzal Suka Suki join, maka aku pon nak gedik2 jugak join.

Kalau hanya ada 5 sebab kenapa ko patut tinggalkan seseorang pompuan, meh aku nak bagitau diantara tanda-tandanya;

1.  Mulut Longkang - Ko kena tengok time ko berborak dengan dia, topik apa yang dia cerita. Kalau kisahnya hanya cerita pasal keburukan kawan-kawan dia sendiri walaupun kawan rapat, malahan ahli keluarga sendiri pun semua tak betul, dia sorang je yang paling mulia berbanding semua manusia dalam dunia ni, lepas tu cerita pulak pasal perangai buruk jiran, sampaikan kambing Pak Mail pun turut terkena tempias, maka ko kena hati-hati. Sebab tak mustahil bila ko kawen dengan dia, habis keburukan ahli keluarga ko pun akan diceritakan pada orang. Silap-silap kekurangan ko pun dia akan cerita pada orang.


2.  Degil Tak Makan Saman - Bila ko tegur kepada sesuatu yang dia memang betul-betul salah yang obviously dia salah seperti makan tangan kiri [macam mengata diri sendiri je ni..hahahah], atau mendera kucing, gi pijaknya kucing sampai terkeluar bijik mata kucing tu, then bila ko tegur apa yang dia buat tu salah, dia mati-mati taknak terima. Dia ada je nak menjawab yang akan spin fakta tu sampai buat dia rasa dia betul jugak, haaa.... yang ni walaupun dia comel cemana pun ko patut fikir banyak kali. Sebab yang degil macam ni, kalo ko jenis yang tahan sabar, ko mungkin akan boleh didik dia menjadi anggun dan mendengar kata. Tapi kalau tidak, ko hanya akan buat diri ko sendiri menderita dikemudian hari. 


3.  Perfectionist Yang Melampau - Yang ini takkan menjadi masalah kalau ko pun jenis yang sama, perfectionist. Yang aku maksudkan kat sini ialah yang melampau. Ok aku bagi contoh, menggayakan tudung antara kiri dan kanan tu dia nak seimbang dan symmetrical, maknanya dia perfectionist.  TAPI kalau sampai tahap kena guna pembaris untuk ukur secara tepat kedudukan kerongsang dengan bahu dan setiap sudut condongnya perlu sama antara satu sama lain, then itu perfectionist melampau. Ini hanya contoh je. Aku tau ramai yang suka kemas, suka sempurna. Tapi kalau jenis yang melampau tu, bila tak kemas, dia boleh berubah karektor menjadi badmood, semata-mata ko alihkan kotak tisu dalam kereta dia dan tak jadi keluar makan dengan ko, maka itu bahye dan mentakutkan. Huuhuuu. Sila run for your life.


4.  Derhaka Kepada Ibu Bapa Atau Tak Hormat Orang Tua -  Kalau pompuan tu, sanggup derhaka cakap ayah dia semata-mata sebab kononnya demi kekasih sejati dia, maknanya tak mustahil dia ada kecenderungan untuk derhaka kepada ko jugak bila ko jadi suami dia. Let say dia cerita yang ayah dia tak bagi dia keluar jumpa ko, tapi dia senyap-senyap keluar ikut cerobong asap semata-mata nak jumpa ko, maka ko patut tahu yang dia tu derhaka pada ayah dia. Abis, ko ingat dia akan taat pada ko nanti? Mungkin boleh, tapi ko kena kerja keras dan tahan sabar la. 


5.   Saiko! - Saiko ni ada banyak tahap. Saiko pertama kalau ko buat apa-apa semua dia siasat. Satu persatu dia tanya. Ko pergi berak pun dia akan tanya dengan sapa pergi berak? Saiko kedua kalau ko tak buat sesuatu yang dia expect ko akan buat, maka dia mengamuk tapi ko still tak tau apa yang dia marahkan sebab dia tak bagitau secara direct, hanya bagi hint je. Dah tentu ko tak faham kan. Lelaki kan slow skit nak terima bahasa kias ni, so bila ajak berbincang dia taknak bincang tanak dengar alasan, tanak jawab telefon dan tak beri peluang. Saiko yang ketiga, sampai tahap semua kawan-kawan atau saudara mara ko dia nak berkawan. Pastu dalam laman social ko, semua pren ko dia add jadi friend dia. Pastu setiap status yang ko update, dia akan komen. Setiap status kawan ko yang ko komen, dia pun komen walaupun dia sikit pun takde kaitan dalam perbualan tu. Saiko yang ke empat, lainkali la aku cerita lepas aku menang GA ni nanti. Wahkakaka....


Ada banyak lagi. Tapi sebab syarat dia nak 5 je, so jangan langgar syarat hokey... 

Comments

  1. Terima kasih kerana join GA blog Jejaka Sombong :D

    ReplyDelete
  2. perempuan plg memahami perempuan . good luck .

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum lyd...gud luck yer...;)

    ReplyDelete
  4. Kalau yg mulut longkang tu taruh clorox saja dalam mulutnya, insyallah akan bersih sebersih-bersihnya...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  5. Yg nk berak pun nk tnya dgn sapa pegi tu mmg lawak la...hahaha

    ReplyDelete
  6. gud luck lyd... moga ada rezeki..sbb cara awk bg pndangan ni terbaik n kelakar jugak & mmg sgt2 berpatutan..

    no.3 tu... ade ke mcm tu.. eyh.. mmg ada tau..lya ada knl seorg hamba allah mcm ni..sabar je tau..serius...

    no.1 tu.. pom..relakan kt biarkn perempuan tu bercerita ttg kburukan family kt..psl ibubapa kita lg la.. y ni..ptt letgo..klo ibubapa si lelaki pon dia sggup menabur cerita bukan2..

    no.4 tu semestinya.. teringat kes isteri MAT YO.. hehe

    no5. paling menakutkan..saiko2 ni bahye jugak .. smpai ada y sanggup buat sesuatu di luar kotak pemikiran kita

    ReplyDelete
  7. owh lyd..lupa nk ucapkan terima kasih byk2 sbb doakan lya..
    dan buatkan entri utk lya jugak..lya sgt2 hargainya

    ReplyDelete
  8. rsa mmg ssh klu dpt prmpn yg prngai gini..hehe

    ReplyDelete
  9. Hahaha... Lyd, biar benar nih. Apa-apa pun nak ucap good luck gak semoga berjaya 'merangkul' duit RM100 tu. Banyak faedahnya ya duit tu walaupun makin lama makin nampak kecikkk aje nilainya sekarang.

    I like statement No.3. Huahaha....teringat kat seseorang. Eh, teringat kat diri sendiri. Well, you know... I nak terus-terang ni... kalau sesapa usik wayar pc I dan ia beralih 0.1 mm ke kiri mahupun ke kanan, mmg hangat hati I nih yek... Dan barang sesiapa tidur atas katil dan cadar terheruk sikit aje, sikit aje ye....memang nak kena hempuk tau! Lyd, jgn beritahu my hubby...wa takut wa cakap lu :)

    ReplyDelete
  10. huhuhu.

    walau tak byk, aku adalah kategori psiko...

    ReplyDelete
  11. kenapa perlu perempuan jadi mangsa ni...hehehe...good luck kak lyd..

    ReplyDelete
  12. Terbaiklah..semua yg dinyatakan patut di jauhi.klu ada sikit2 tu maybe ok..lgpun bukan ada org yg perfect kan..tp yg dnyatakan ni seuanya ternampak melampau..mmg patut larikk la klu dpt pmpuan cmni..:)

    btw gud luck...moga ada rezeki luth menang RM100

    ReplyDelete
  13. hebat hebat.. semoga menang.. dh menang belanja mkn :)

    ReplyDelete
  14. good luck lyd..hebat hujah2 tuh..paling penting tak yah amek pun awal2 kecuali amek tuk jd bini sahajo..jd gelfren2 mana ade dlm islam kan..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya