Skip to main content

Aku Hutang Dengan Ko

Sejahteralah ke atas kamu...

Dalam blogging ni ada banyak cabang tugasnya [tugas la sangat]. Sama macam kerja di pejabat juga. Cuma blogging ni adalah part time bagi kebanyakan orang. Aku yakin korang akan setuju kalau aku listkan dalam blogging ni perkara penting yang perlu kita lakukan ialah;

1.  Update blog sendiri. Seelok-eloknya setiap hari satu. Kalau sehari lebih dari satu entry tu dah lebih daripada bagus. Aku cuba untuk update sehari 2 entry, tapi selalu je gagal. Hadoi.

2.  Lawat blog yang ada dalam bloglist kita. Baca dengan tertib serta tinggalkan komen.

3.  Balas jejak kepada blogger yang dah tinggalkan komen di blog kita.

4.  Approve komen kalau komen perlu diapprove.

5.  Reply komen yang ditinggalkan di blog kita.

6.  Blogwalking ke blog-blog yang belum pernah kita lawat sebelum ni untuk dapatkan pengikut blog kita yang baru.


Okay, itu sebahagian tugas yang paling penting untuk seorang blogger. Untuk buat semua yang aku senaraikan ni, perlukan masa lapang yang banyak. Kalau korang betul-betul menghayatinya la. Terutamanya point no 2 tu. Memang perlukan masa yang sangat banyak. Kalau setakat singgah then tak baca pun entry, pastu komen yg takde kaitan, itu biadab namanya.

Jadi, bila aku hanya ada masa terluang yang terhad, aku akan utamakan mengikut senarai yang aku listkan kat atas tu. Apa yang cuba nak sampaikan kat sini, kalau aku tak reply komen yang korang tinggalkan kat entries aku, please jangan kecik hati. Aku hargai komen korang cuma masa aku terhad membuatkan aku tak sempat nak reply. Blogwalking pun sama. Kalau aku tak sempat, aku akan blogwalk bila ada masa dan sekali aku lawat blog korang, aku akan cover balik entry post yg aku ketinggalan untuk baca.

Motif aku bagitau ni ialah.... aku cuti ari ni. Balik kampung. Minggu depan baru aku online semula. Kat kampung offline. Berehat je. Kalau nampak ada new post kat blog ni, maksudnya itu auto publish. Kupai.

Comments

  1. btul tuh lyd..byk keje n ms perlu tuk berblog...sy pun msnya sgt terhad jgk...main sempat jer..sian jgk kat kwn2 yg tinggal komen tuh...

    ReplyDelete
  2. Dah lama kakcik tak balas komen di blog kakcik walaupun kakcik baca semuanya.

    Mudah2an kakcik ada banyak masa untuk blogwalking, komen dan balas komen bila dah pencen hujung tahun ini. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. yup..azie pun sama, utamakan yg dlm bloglist dan org yg drop komen..sbb masa sgt terhad..time cuti je bru leh bw..huhuhuhuh

    ReplyDelete
  4. Faham sangat2, kerana saya juga sama...selalu tak sempat reply balik, walaupun ada ruang reply. Keterbatasan waktu menyebabkan banyak yang kita inginkan tak tercapai....

    ReplyDelete
  5. jangan lupa lepas balik kg ni..mari jalan blog kita.
    peluk cium kat Luth. lama tak tengok..dah besar ke?

    ReplyDelete
  6. Haaaa begitu motipnya... selamat berkampung kalian.
    Setuju apa u cakap, I pun tak suka kejar blogwalking sampai tak dan nak baca or hayati cerita, better pelan2 tapi komen dengna ikhlas... gitu.

    ReplyDelete
  7. Ada blog ni satu komitmen jugak kan. Sbb tu masa bz pindah rmh aritu, saya malas nak update. Selain mmg bz, saya juga tau yg saya tak mampu balas jejak/komen. Takut org kecik ati pulak..tak bestla.

    Ramai yg balik kg arini..esok. Saya pun balik jap..esok malam/lusa kot.

    ReplyDelete
  8. bab nak update 1 hari 1 entry tu mmg payah la. so fokus aku at least 1 minggu kena ada 1 entri.

    ReplyDelete
  9. Bunda takder bloglist...bila ada masa bunda balas kunjungan mereka yang selalu komen blog bunda...kalau sempat baru ziarah /bw blog2 lain..

    Kadang tu tercicir juga...semua tu luar dari kemampuan bunda yang slow serba serbi ni...

    ReplyDelete
  10. dulu masa baru2 mula memang rajin buat semua yang disenaraikan...sekarang makin malas. silap sendiri dan sikap sendiri....huhuhu. mana menghilang ntah la kerajinan dulu ni. sibuk pun ya jugak...kaver balik. :P

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum lyd...selamat bercuti balik ke kg...:)

    ReplyDelete
  12. cuba juga up sehari 1 entry..tu pun selalu gagal..bab bw lagi la gagal..skang ni nak jengah blog baru mmg tak sempat.tak buat dh pun.tak byk masa lapang.huhu

    selamat bercuti lyd..:)

    ReplyDelete
  13. cuba juga up sehari 1 entry..tu pun selalu gagal..bab bw lagi la gagal..skang ni nak jengah blog baru mmg tak sempat.tak buat dh pun.tak byk masa lapang.huhu

    selamat bercuti lyd..:)

    ReplyDelete
  14. selamat bercuti
    i baru sampai dri kg smlam.hihi
    betul la tu apa yg cba disampaikan

    ReplyDelete
  15. ema pun tengah bw kak..balas balik.. dah lama ketinggalan sejak segala komen pada post lama tak boleh dibaca..terpaksa klik bloglist...hehehe..selamat bercuti.

    ReplyDelete
  16. seminggu cuti sekolah saya pun gagal nak buat semua tu..bila ada anak2 kat rumah memang tumpuan kat diaorang je la..nak update macam sebelum ni kena tunggu anak tidur,anak sekolah..heheh..kalau tak memang seminggu sekali je la balas kunjungan,bw dan sebagainya..:)

    ReplyDelete
  17. Keh3x. Nak gelak baca. Ingatkan tetiba teringat hutang wang kat sesiapa terus wat special entry. Samalah kita ni nyer pesen, Lyd. Sekarang ni dah jenuh sikit nak blogwalking. Meh I listkan kenapa. Pertama sebab tetiba sibuk. Kedua sebab bloglist makin bertambah kerana tuan blog gatal nak tempek semua blog yang dia singgah sekali dan baca (kononnya nak meramaikan ummah dan ada ler benda nak buat kalau tetiba tak tau nak buat apa kat rumah mahupun di pejabat) Ketiga sebab hati ni tak berapa nak keruan sejak dua menjak ni atas sebab-sebab peribadi. Eh, apahal nak senaraikan macamlah ditanya... melampau dan mengada2 aje ghopanya!

    Takpa Lyd, bila ada masa terluang silalah berjalan ke rumah kawan. Kawan tunggu aje komen yang ala-ala apa yang tersirat dalam hati kawan nih :) Dah sampai Putrajaya semula ke belum ni?

    ReplyDelete
  18. wah....bagus ni tips2 tu...tp kalu perlukan masa untuk diri sendiri dan keluarga jangan paksa2 tau Lyd...dahulukan mana yang penting ye...

    ReplyDelete
  19. yer ok faham sgt2 tu !

    ReplyDelete
  20. Selamat bercuti :-)

    Lagipun menulis blog ni kena ada feel dia, baru ada rasa seronok untuk menulis. Kalau macam ada rasa takda mood, nak tulis apa pun tak keluar idea.

    ReplyDelete
  21. Ni tengah blogwalking kat blog yang baru bagi saya lah ni.

    ReplyDelete
  22. hahaha...

    buat yang terdaya je lah.

    ReplyDelete
  23. Owh....patutlah sunyi sepi. Cuti rupanya...hehehe...

    Sebab tu saya setting komen. Sebab nak buat kunjungan balan pada pengomen dulu baru approved.

    ReplyDelete
  24. patutler sunyi blog akak dari komen mu...
    tapi biasalahtu ada berblog.. akak tetap tunggu...

    ReplyDelete
  25. bila dah bekerja ni, memang dah susah nak ikut sumer dalam list tuh. aku nak up 1 entri 1 hari pun susah. belum lagi 2 entri 1 hari.

    ReplyDelete
  26. haah saya pon bnyak hutang ngan sis.sori ye lepas ni saya akan cuba tanak berhutang lagi huhu :)

    ReplyDelete
  27. Good respond in rï½…turn of this difficulty with solid arguments and expⅼaining the whole
    thing abß‹ut that.
    great site : Hⲟw To Passwoгd Protеct Fоlder When Nߋbody Elѕe Will

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya