Sejahteralah ke atas kamu....
Semalam aku cuti. Aku banyak hutang nak blogwalking kat blog korang. InsyaAllah aku akan singgah blog korang tapi terhegeh-hegeh la skit ye. Aku cuti tu tujuan asalnya ialah nak iringi pemergian Ibu dan Pak mentua ke tanah suci menunaikan umrah. Iring pun sampai ke airport aje. Bukan sampai ke Mekah. Aku sangat menginginkan peluang untuk ke sana. Ko bayangkan ye, artis-artis kita yang vogue gedevas seperti Mizz Nina dan Rabecca Al Islam tu bila pergi ke tanah suci, berubah terus... Berhijrah jadi yang lebih baik terus. Jadi, aku kepingin untuk pergi ke tanah suci supaya aku juga dapat jadi lebih baik daripada sekarang. [InsyaAllah].
Mula-mula tunggu dekat restoren Mekdi. Aku tak makan Mekdi, jadi tumpang duduk saje di situ. Adik ipar je yang breakfast kat situ.
Lepak je kat Mekdi buat macam lepak kat Kedai Haji Lan kat kampung. Hehehe... |
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma yang agak menyedihkan kami, sewaktu sebelum sampai LCCT ni, adik ipar aku si Ina sepatutnya nak datang juga. Dia drive sendiri bersama 2 orang anaknya. Sekali dia call, katanya kereta dia kena langgar dengan teksi dari belakang. Dah dia tak jadi datang. Urusan report polis semua suami dia yang uruskan, kemudian bawak dia pergi klinik sebab dia pregnant 6bulan. Jadi, selepas Ibu dan Pak berlepas masuk ke dalam gate, kami pergi ke rumah Ina pula untuk menziarah orang yang diuji tu untuk hiburkan hati dia dan tenangkan trauma dia. Dia dan anak-anak tidak cedera apa-apa cuma anak sulungnya terhantuk sikit kepala pada dashboard. Syukur kepada Allah yang memelihara kami sekeluarga. Akibatnya, kul 3 ptg baru aku dapat mandikan Luth. Heheh. Sian budak masam mama tu.
Kat situ memang tak ada kerusi pun redha jelah dudk bersila berjemaah terutama bila yg menunggu tu warga emas dan ibu2 yg ada anak kecik.
ReplyDeletealahai,....macam2 dugaan yer..semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang....
ReplyDeleteSeronok sgt bila dapat tau kekawan atau sedara yg pergi umrah..trtnya2 bila rezki kita nih kan???
ReplyDeletebetul la LydSunshine..tak de kerusi..kalau kita yang nak terbang..masuk awal..dibahagian menunggu nak boarding je disediakan banyak kerusi..acik pi duduk kat tepi2 tiang je
ReplyDeleteAlhamdullillah.. semua selesai walaupun lama menunggu... biasa la.. urusan besar2 ni nak kan kesabaran kan.. luth tetap comel tido camtu.. hehehe.. kalau fiyya tak nak dah lelap kat riba.. susah nak tido.. ingat main je..
ReplyDelete>> semoga kandungan ina takde apa2 ye.. kesian dia..
kesian kak ipar awak ye..emmm teksi teksi..
ReplyDeleteSmoga perjalanan umrah mertua lyd dipermudahkan olehNYA. Sian nya kat adik ipar tu.
ReplyDeletesaya dah lama pelik ( dan jelik) tentang isu kerusi tak cukup ni..
ReplyDeletedan....aa masanya rasa sesak/stuffy dlm LCCT tu..
kalaupun ianya low cost, jgn lah sampai macam tu sekali nak cut cost nya...
moga ibu bapa mertua dpt umrah yg mabrur..insya allah
Semoga umrah mereka dipermudahkan Allah. Semoga bila pulang akan mendapat hidayahNya dan menjadi lebih baik dari sebelumnya....
ReplyDeleteHaaa kenapa ek LCCT ni kedekut sangat kerusi, kot yer pun kata terminal tambang murah, takkan laaaaa. Hak ada pun kat luar2 tu jer kan, ada lagi ker?
ReplyDeleteHopefully adik ipar u tak der apa2, dugaan betul.
semoga adik iparnya tu dalam keadaan yang baik-baik sahaja. LCCT ada je sediakan kan kerusi untuk menunggu kapal terbang tapi mungkin tak cukup.
ReplyDeleteaah... memang perasan takde kerusi pun...
ReplyDeletetp aku biasa drop kan orang je, takde la terasa sangat....
hehe.
smga adik ipar lyd baik baik aja.
ReplyDeletenasib tak da pa pe kan.
sedey nya nengok lcct..
tulah dah bertahun isu ni diutarakan.. mash ttp sama, seat mcm melepaskan batuk di tangga jer
ReplyDeleteAlaa siksanya kena bersila atas lantai gitu..mungkin ade kot dlm perancangan nak beli kerusi tuh..cuma belum terlaksana lagi...
ReplyDeleteNampaknya kena bw kerusi sendiri la kalau pegi lcct ni. Akk x pernah sampai lagi.
ReplyDeleteTak pernah lagi masuk dlm LCCT ni. Teruk pulak rupanya sampai kerusi pun takda.
ReplyDeleteDuduk bersila kat lantai tu nak mendidik jadi perempuan melayu terakhirlah tu, Lyd. Kesian si Luth sampai ke petang baru dapat mandi. Apa nak buatkan.... Rasa-rasanya Air Asia tak cukup budget nak beli kerusi letak kat situ ler....
ReplyDelete