Skip to main content

Boyfriend Masa Kecik

Sejahteralah ke atas kamu....

Bila baca komen jiran-jiran blogger tentang nak menjodohkan anak-anak sesama blogger ni, aku terkenang kisah aku semasa aku kecik dulu. Biasa la kan, orang-orang tua ni, suka nak memadankan anak-anak dia dengan anak kawan-kawan atau anak jiran terutamanya kalau umur hampir sebaya. Aku pun tak terlepas daripada di'kenen'kan dengan anak jiran.

Anak jiran itu namanya Syawali. Kehkeh. Mak dia bidan kampung. Kuarter bidan pulak dekat sangat dengan rumah aku. Kalo berlari tu, tak sempat pun peluh nak keluar dah sampai rumah Syawali. Memang kalo ko jadi peluh tu, memang hampa la sebab takde can nak menjengah alam semesta. 

Masa kecik, kita mana la faham lagi pasal nak kawen-kawen ke, pakwe-pakwe ni. Kecik tu aku rasa dalam usia 3,4 tahun kot. Tapi kalau tiap-tiap hari kena provoc dengan mak aku, mak dia, abang dan kakak aku, jadi aku dah rasa dia memang pakwe aku. 

Tak lama kemudian, family Syawali berpindah. Aku pun digantung tak bertali oleh syawali. Padahal aku tak efek apa-apa pun sebab memang aku tak faham pun. Hahaha. 

.................

Sehingga la aku dewasa dan aku kawen lambat. Aku sedih je bila mengenangkan nasib aku waktu itu. Selalu aku tertanya sendiri, kenapa la aku ni susah sangat nak jumpa jodoh aku. Tetiba aku teringat, ntah-ntah Syawali tu jodoh aku. Pastu aku terus gi tanya mak aku pasal Syawali....

Mak aku kata, Syawali dah meninggal dunia dah lama dah sebab kemalangan jalanraya. Huhu... Sedihnya aku. Kenapa tak ada orang bagitau aku pasal kematian Syawali. Then, aku pun mula la nak berfikir gaya sinetron.... Patut la kan... aku ni tak kawen-kawen lagi [masa tu la]. Betul la agaknya Syawali tu jodoh aku dan dia dah mati, maknanya aku akan single la sampai akhir hayat aku. Boleh plak aku fikir gitu. 

Sekali... jodoh aku bukan langsung dengan Syawali. Dah mesti la jodoh aku dengan suami aku. Ekekeke. Aku kan, kalo bab-bab nak buat drama, memang menjadi sangat le. Tapi takpe, aku tau korang pun suka baca kisah sinetron gak kan. Hahah.

Comments

  1. Hehehe..dulu orang2 selalu cakap gitu tuk tenteram jiwa kalau kawen lambat..cakap mungkin jodoh dah mati...ade jer yg suami mati berjodoh lg kan lps tuh..:)

    ReplyDelete
  2. isyyy... kenen kenen kan ni memang dah jadi cam lumrah dah dulu... kita pun di kenenkan gak.. tapi lama2 kenen gitu je.. aleh aleh kita kawin ngan org len.. yg kenen tu kawin ngan org len gak.. hmmmm.. tu la citernya.. hahahahahahaha...

    ReplyDelete
  3. macam sedih pulak bila Ros baca cerita ni.. Al Fatihah buat arwah Syawali...

    ReplyDelete
  4. dh mcm drama pulak..
    hehe..
    jodoh kita siapa yg tahu kn.

    ReplyDelete
  5. Hahaha...sinetron sgt tau..Al-fatihah utk syawali. Daku dok teringat pakwe masa jaman skolah tadika. Gi skolah & balik skolah sama². Daku tak dtg skolah dia dtg umah melawat. Auuwwww...sweetnya. Last2 dia pindah umah

    ReplyDelete
  6. Aku pun sama, makcik2 kat kampong suka kenenkan....
    Agak-agaknya memang itulah gaya mereka bergurau kut...

    ReplyDelete
  7. aku pun kena gak masa kecik dlu, dengan sepupu aku yg sebaya. sampai sekolah rendah still kena kenen2 ngan dia. nsb baek aku dlu jenis pemalu. kalo x, mesti dah ajak couple. hehehe...

    ReplyDelete
  8. hehehe kelakar plus sedih sikit, baca n3 ni pun teringat masa KA kecik2 ada jiran dari kelantan siap nak jodohkan KA dgn anak dier gara2 KA minat sgt makan nasi dagang dier.. KA tk nak lah sebab kelantan tu mcm jauh sgt masa kecik2 tulah......alih2 mmg jodoh KA akhirnye dgn ornag sana juga...

    ReplyDelete
  9. Lupalak Adik bersekolah sek keb di belah pagi & di SR Agama di belah ptg.. dier mmg cukup suka bekongsi cerita2 di sekolah terutama tentang2 agama ni hehehe boleh kata hari2 ada je tazkirah dier

    ReplyDelete
  10. Takziah buat arwah Syawali..
    Tula kan Lyd, jodoh ni rahsia Allah, ada yg cepat ada yg lmbat :D

    ReplyDelete
  11. Kelakar pun ada, sedih pun ada baca cerita ni. Ada gaya-gaya plot drama la pulak kan. Hehhe..

    Apapun, Al Fatihah buat arwah Syawali..

    ReplyDelete
  12. Ingatkan cerita tu akan berakhir dengan sad ending, rupanya happy ending....Betullah kata orang, kita cuma merancang, tapi Allah jua yang Maha Perancang. (Pernah teringat nak tulis pasal mantan girl friend dalam blog, tapi tak jadi kerana senarainya agak panjang...huhuhuhu)

    ReplyDelete
  13. Akk dulu time sklh x nak couple sbb takut kena kawen awal. Sudahnya umo 27 gak baru kawen. Tu pun nasib baik ada jodoh. Alhamdulillah. Igt x kawen dah sbb x de calon pun.

    Ldy..kita dekat aje tau. Akk keje kat kl sentral gak. Apa apa email akk nnti k.

    ReplyDelete
  14. lyd, saya pon selalu ber drama korea sengsorang... masa umur 5 tahun, saya duduk di gombak... saya ada kawan boy, yang semua kengkawan dikejiranan mengejek kami gopren bopren... kalau main kawin kawin, mesti kitaorang kawen dua orang... untuk kami kasi efek "pregnant", dia dan kengkawan kumpul daun, dan sumbat daun daun dalam baju saya.... tapi, kitaorang kawan tak lama... umur saya 6 tahun, asya pindah ke kuantan... nama dia pon saya tak ingat dah...

    oleh itu, sepanjang saya di uia gombak, saya kengkadang .. "ke ni dia?"... saya pi ong tai kim, stesen minyak, jj wangsa maju.. ... saya selalu terbayangkan saya mungkin telah berselisih dengan dia sebenarnya... dengan lagu latar belakang lagu lagu dalam cite korea"autumn in my heart"... sekian..

    ReplyDelete
  15. >>> mr mama letak calender table tu atas TV dlm bilik.. gamaknya fiyya kenan sebab ada pen terselit skali kat depan calender tu.. sebenornya fiyya ni minat buku.. kalau apa2 yang sifatnya cam buku semua dia minat.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. sangat sinetron kamu Lyd hahaha. Tapi I masa kekecik tak suka dijodohkan ngan sama baya, nak yang tahap abang2 yang dah ada ruper cehhh. Sekali hambek dapat laki tue muahaha.

    JJ kencing dalam seluar kat sekolah cikgu langsung tka marah, in fact cikgu dia la yang syorkan supaya dia sentiasa free diapers, its a part of their modul jugak kot, yer la toilet depa pun lengkap cantik untuk si kecik2 ni kan. cuma stok kan banyak2 seluar baju dlm drawer dia kat skolah tu jer.

    ReplyDelete
  17. hahhaha...tapi itulah kan, allah dah tetapkan yg terbaik buat awak..kalau tak, dah menjanda dah awak..

    ReplyDelete
  18. Adui! Apa ni buat orang senyum kambing sorang-sorang? Sampai tersembur makanan hah! Kelakar gila. Kesian pulak bila memikirkan Lyd ni rupanya pernah digantung tak bertali masa kecik-kecik dulu... memang tak pernah jumpa kes macam ni. Kalau buat drama ni memang box office. Kedua-dua pelakon utama pun blur aje rupanya ...

    Lyd masa betul-betul kahwin ngan suami hari tu mas kahwin ikut nilai anak dara ke janda? Huahahaha.... Sori, tak boleh control ayu bila baca sinetron cam nih!

    ReplyDelete
  19. haha. sabor je la.ada ke gitew kecik kwcik dh digantung x bertali yang.. mainan perasaan betul la..
    alfatihah buat arwah

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...