Skip to main content

Pengalaman Pertama Luth Mandi Kolam... kecepurrr....

Sejahteralah ke atas kamu....

Cemas je muka, takut air memercik ke muka.

Pastu pandang kiri kanan, tengok orang tu, tengok orang ni. "Anehnya tempat ni. Bakpe ramai orang terjun dalam air ni", kata Luth di dalam hatinya.

Kolam renang rakyat kebanyakan di Kompleks Kejiranan Presint 11. Waktu pergi ni dah jam 6 petang.

Kaki tu tengah excited tu, menendang-nendang. Tapi muka, maintain kontrol jambu.

Pelampung INTEX ni ada tali kat belah dalam jadi baby boleh duduk dalam tu dengan selamat tanpa meluncur ke dalam air. "Hai everyone. Rambut saya macam Chucky".

Ini kali kedua pergi kolam renang rakyat kebanyakan di Kompleks Kejiranan Presint 16 pulak. Kolam dia kecik je, tak sebesar kat Presint 11. Tapi 2-2 kolam cantik. Yang ini siap ada air terjun lagi daripada boomboom.

Mama dan papa lupa nak bawak pelampung Luth. Nak tak nak, papa kena la pegang sampai lenguh tangan. Ko bayangkan macam ko pikul kampit beras 8 kilo, dalam kolam selama sejam. Perghh... Kampit beras takpe lagi sebab tak bergerak. Ini budak bergerak2, hehehe... Papa memang hebat.

Sambil mandi, sambil mata mencari mama. Bila tak nampak mama je sedih. Bila mama panggil, suka kemain. Ish anak mama dekomei ni.

First time pergi kat Presint 11 tu, tak sampai sejam pun. Dah petang pun waktu kami sampai tu. Luth pun macam terkena kejutan budaya kejap. Sessi petang tu dari jam 5 ptg sampai 7 malam. Kami sampai pun dah kul 6.10 ptg. sekejap je la.

Second time pergi kat Presint 16 pulak waktu pagi. Dalam kul 9.30 macam tu. Sessi tu sepatutnya 2 jam dari jam 9 pagi ke 11 pagi. Tapi bila masuk sejam je duk dalam kolam, Luth dah sejuk terketar2 bibir. Comel sangat. So, tak cukupkan 2 jam pun. Bayaran sama je, untuk 2 jam RM2. Muroh je.

Lepas mandi kolam, bila balik tu, budak Luth ni bantai tidur je. Mengantuk sangat gayanye. Macam la dia yang kena dukung papa. Kalo kena dukung papa tu logik gak nak mengantuk sampai macam tu sekali. Papa kan tak kurus. Muehehe... Peace papa Luth. Papa Luth encem. 

Seperti yang aku dah jangka, Luth mungkin akan selsema atau demam lepas mandi kolam. Tepat sekali. Ada la selsema sikit, tapi sebelum sempat melarat, aku dah bagi dia makan madu 2 kali. Bagi guna syringe macam bagi ubat. 1.5 ml je. Kemudian, mandikan je macam biasa waktu pagi dan petang, lepas mandi sapukan vicks untuk baby yang penutup pink tu siap2 kat dada dan hidung. Alhamdulillah, Luth sihat, tak jadi demam walaupun ada rasa dedar skit mula2.

InsyaAllah nak jadikan aktiviti ni sebagai aktiviti mingguan sampai Luth pandai berenang. Mama memang takkan mandi sama2 la. Sebab mama segan. Kolam tu bercampur lelaki dan perempuan. Kecuali la nanti papa Luth nak belanja mandi private pool kat Grand Lexis Garden Terrace. Peace papa Luth, peace....

Ada satu hadis ni, berkenaan dengan larangan wanita mandi di tempat mandi awam;

Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu ‘anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia masuk ke tempat mandi tanpa mengenakan sarung penutup aurat. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia membawa masuk isterinya ke tempat mandi umum. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia duduk di meja hidangan yang disuguhnya khamr di atasnya. [Hadits hasan, riwayat at-Tirmidzi (2801) dari jalur Laits bin Abi Sulaim, dari Thawus, dari Jabir r.a.] ~dicopypaste daripada blog Kerana DIA oleh En Muzir.

Kalau mengikut hadis ni, wanita takleh pergi pun ke bahagian mandi awam seperti kolam, sungai, pantai, taman tema air dan sebagainya sebabbbb.... walaupun wanita tu tak mandi, tapi orang lelaki yg mandi kat situ nanti tak tutup aurat akan ternampak la juga yang haram. Huhu.



Comments

  1. Assalamualaikum...
    wow.. clever nya luth.. tak takot pun mandi kolam ye... fiyya 1st time mandi kolam hari tu takot.. tengok pelampung dia pun dah takot... balik umah tengok lagi pelampung tu fiyya pun takot lagi.. sampai fiyya pusing kot lain kalau pelampung tu ada dekat2 ngan dia.. hehehe.. pandai luth kan..
    ohhh.. terima kasih atas perkongsian itu... baru ku tahu.. insyaALLAH.. :) alhamdullillah..

    ReplyDelete
  2. best jugak sini..hepi luth nampak..
    pernah gi masa hari kerja..ahahahhaaa memang tak la nak mandi..kolam pon tutup..

    ReplyDelete
  3. bila baca hadis tu..alamak..tak tahu pun sebelum ni..
    tq sebab sudi kongsi benda2 camni..

    ReplyDelete
  4. Baru tau pasal hadis nil Thaks lyd. Suka luth dpt mandi kolam yer.

    ReplyDelete
  5. Amboi luth...bestnya main air. Hehe
    Dah lama kot tak mandi tempat awam...tak selesa sebab baju melekat kat badan bila basah..hehehe..kena cari uniform sesuai....

    ReplyDelete
  6. nmpk luth sgt best dkt sana..bestla..sy yg tgk pun best!!
    pertama kali kot kan..lyd letak pic hubby dkt sini hihihi

    ReplyDelete
  7. kalau tempt budak2 mandi boleh tak..boleh kot..kan??heheh

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum lyd....wah seronoknya luth...

    ReplyDelete
  9. luth dah besar.. dah pandai berenang..
    sorang luth lagi baru nak praktis merangkak

    ReplyDelete
  10. Wah sukanya dak luth nie mandi kolam..nampak cam berbakat tuh..kalau selalu praktis nanti kejap jer terer bolehlah berenang selalu kan...heheh..
    bagus peringatan hadith nie lyd..yg part tak boleh masuk wpun tak mandi tuh overlook lak sy...tp mmg jrg sgt pegi swimming pool..dok sini sekali jer dulu...

    ReplyDelete
  11. Seronok Luth main air ya..

    Tertidur tu sebab penat sangat kot. :)

    ReplyDelete
  12. ermm...

    patutla mase pergi mersing lps kawen ritu lokman mati-mati tak bagi aku mandi.

    siap suruh aku pegang kamera (bg aku leka)

    dh nampak aku boring; die ajk teman g mancing...

    boleh basah2 kat kaki je...

    eerrm... baru la tau...

    ReplyDelete
  13. Cuaca panas-panas macam ni, kalau dapat mandi air sungai tentu best....

    ReplyDelete
  14. bagus luth..water confident ni kna develop masa kecik lagi....nnti xla org kata takut kat air plk...

    Hannan dlu masa 6bln sy dh bwk main air kat gambang waterpark..pastu bila nmpak air je, xkisah kat kolam ke, pantai ke mesti nak main air...xtakut dah....adik dia xsempat lg nk bg main air...

    ReplyDelete
  15. bagusnya luth tak takut air, ekcited lagi ha. keep it up Luth.

    ReplyDelete
  16. Cool je Luth...langsung tak takut.

    Sebenarnya kalau nak jaga iman, mmg kena elakkan tmpt yg bercampur jantina...dah kena air melekap segala. Tapi sbb teringin jugak main2 air ni, saya selalu pilih time org sikit atau area yg takde org bila nak main air laut/jeram. Pastu byk la step nya..cara nk keluar dari air pun ada step. :D

    ReplyDelete
  17. last2 muka nampak hepy jer...

    pasni pantang jumpa air mesti nak swim punya...

    siaplah mama papa...

    ReplyDelete
  18. teringat anak sulung lelaki saya,takutkan air,waktu di kelantan dulu main air di pantai,jarang bawa ke kolam mandi...tu yang takut kot...besar sangat..

    ReplyDelete
  19. pengalamn pertama yg pastiu menyeronokkan buat luth kan hehehe

    ReplyDelete
  20. Dah besar Luth ha.. dah makin comel.. :)
    Seronok tengok perkemabangan anak kan ;) Happy je dia mandi kolam :D

    ReplyDelete
  21. Saya pun memang dah lama tak mandi kat kolam awam bukan kerana tau pasal hadis ni tetapi memang malu pun. Itupun kadang-kadang kena kuak lentang gak (alahai cakap macam pandai berenang) untuk menyelamatkan anak-anak bila bapanya sendiri excited over2 nak berenang di tepian kolam!

    ReplyDelete
  22. as-salam.
    how r u lyd :-)
    wah sronoknya luth mama n papa bawa mandi kolam ye..

    terima kasih juga perkongsian di bawah tu.

    ReplyDelete
  23. memang best nya dapat mandi dengan anak..
    kolam renang presint 11 memang lagi best

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya