Skip to main content

Meredakan Stress Tanpa Perlu Ke Salun

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku nak kongsi cara aku meredakan, melegakan atau menghilangkan stress. Aku tak pastilah yang aku rasa itu stress ke bukan. Kalau nak kata kerja kat ofis banyak, memang mustahil. Stress sebab suami pun memang takde la. Pasal anak nakal pun buat masa ni belum lagi. So, aku anggap je la stress aku bersamaan dengan penat. Biasanya bila aku guna teknik ni, memang aku rasa release, lega dan hilang penat.

Caranya ialah dengan mandi. Mandi bukan sebarang mandi. Mandi datang dari Melaka. Pertama, perlu pastikan mandi guna air biasa, bukan air suam yang guna water heater. Maksudnya air sejuk la. Bukan sejuk yang dalam peti sejuk tu, i mean sejuk biasa la. Hah oklah aku anggap je la ko dah paham. Lagi bagus kalau guna getah paip berbanding shower yang macam air ujan tu. Tapi kalo takde getah paip, mana-mana pun boleh la.

Kedua, tundukkan badan dalam posisi rukuk. Kemudian biarkan air paip tu mengalir dari tengkuk ke seluruh tulang belakang tanpa henti selama mana yang perlu, sampai hilang rasa stress tu. Nanti ko akan rasa stress tu turun bersama air yang mengalir ke lantai.


Aku tak pandai melukih, tapi gambarannya lebih kurang macam gini la...

Tunduk, pastu siram air kat belakang start dengan tengkuk. [org lidi mandi sambil senyum, pakai bulu mata palsu macam che ta.]
Nanti, bila beberapa minit air tu mengalir di belakang ko, ko akan rasa release, at least untuk sementara waktu sementara nak tunggu hari cuti atau waktu lapang untuk ko pergi berurut kat spa. 

Aku biasa buat macam ni kalau aku rasa penat sangat, mesti akan lega. Cuba la. Toksah malu-malu. Kalau nak mandi free, mandi le kat Selangor. Air free.

Tapi kalau ko buat macam ni tak membantu jugak hilangkan stress, maknanyaaaa... mungkin ko terlampau stress la kot. Yang itu kalau tak kena gi jumpa pakar saikologi, boleh la bawak-bawak gi jumpa ustaz kot-kot ada jin menumpang. Huhu... Tipu je... Maksudnya, ko kena banyak-banyak bertenang dan berehat la. 

Comments

  1. Lukisan tu nampak macam gambar pompuan mandi pakai skirt...hehehe..

    Satu lagi cara tau mau stress ialah jauhi dari punca stress, terutama manusia yg bila kita dekatinya dia akan semburkan aura stress ke tubuh kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pakai skirt. Ala2 che ta gitu.

      Betul gak tu JR. Aura negatif ni cepat berjangkit.

      Delete
  2. cantik kartun.

    hihi.

    saya ikhlas.

    hihihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... mekasih... akak tau awk ikhlas. hahahaha.

      Delete
  3. haha...baru je belajar pasal terapi air kat mmr ari tu

    ReplyDelete
  4. Nak try mandi mcm tu lah. Dah lama tak gi berurut.

    ReplyDelete
  5. Boleh hilang eh.. nak try la nanti.. ^_^

    ReplyDelete
  6. Special jugak cara nak hilangkan stress ni ye. hehe

    ReplyDelete
  7. cantik lukisan. hehehe...

    rumah aku xde pasang shower. so memang mandi pakai cibuk atau guna paip getah tu je. and mmg xde water heater. so air memang sentiasa sejuk dan refreshing (dah mcm iklan pulak). tp kalo mandi waktu tgh hari, air mula2 kuar tuh dah mcm guna water heater gak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iklan air mandi plak ko nih. Mandi time tghr terbaik. Tgh2 panas pastu kena air sejuk. mmg nyaman je.

      Delete
  8. ala getah paip x boleh guna.
    kalau guna shower tp buat posisi mcm tu ok tak? x pon cabut je tmpat shower tu. kiranya keluar air kat hujung tu mcm getah paip le juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. lyd, ciksu dh buat pagi tadi.hahaa.
      boleh je. cbut kepala shower tu. cma x sama macam guna getah paip le.

      Delete
    2. So, cemana? Ada rasa lega ke tak? Mungkin airnya turun dari tinggi rasa keras sikit kot.

      Delete
  9. Klu stress gak lagi..meh cium bau minyak kasturi emas..hehe..cikgu ada jual..chewah..sempat i buat promo..hihi(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... hebat promosi cikgu. InsyaAllah nanti mmg ada plan nak beli.

      Delete
  10. jauh nau nak p mandi kat selangor. kahkah..

    comey nyer org lidi mandi.. awat tak buat berkemban. cekci sikit. kehkeh.. nk try mandi gaye gitu lah..

    ReplyDelete
  11. kak air kaler biru tu air laut ke..hehehe..gurau jer... tip yg bagus ni..

    ReplyDelete
  12. Yess...dok selangor dah dkt 5 taun tak penah byr bil air!

    Lyd..gigih melukis..ok, paham sbb lyd dah lukis. :D

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah . setakat ni tak de stress gila . blh cuba ni bila perlu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kalo tak stress... Hidup bahagia dan tenang je kan.

      Delete
  14. Huhuhu...stress bangat sebab ada jin menumpang ... :) Tak pernah cuba lagi mandi begini. Leh buatlah sebab memang stress pun bila balik rumah. Huru-hara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa? Ada ke jin menumpang? Jgn sebut2. Ya Allah mintak dijauhkan.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...