Skip to main content

Pengakuan : Aku Seorang Penagih

Sejahteralah ke atas kamu...


Aku sekarang ketagih biskut cream cracker HupSeng Cap Ping Pong. Tiap-tiap hari mesti nak makan biskut ni. Kalau tak makan aku rasa mcm meremang bulu roma kat tengkuk. Sila rujuk gambar di bawah ini;



Ni kan makanan ringan sewaktu berpantang. Orang lain siap tak tahan je kena makan biskut tiap2 hari, tapi plak suka, sampai kemaruknya sehingga sekarang. Biskut ni begitu sedap pada lidah aku. Kalo jenama femes yang lain  aku tak minat sangat. Tak sesedap Cap Ping Pong ni. Biskut ni dia mcm berminyak skit. Mungkin tak berapa baik berbanding jenama Jacobs yang biskut cream cracker nya agak kering. 

Biskut ni aku makan dengan air hot cocoa Van Houten.


Sedap gile khinz. Mat Azghul selalu je tak faham kenapa aku tiap2 hari nak makan biskut ni. Teknik aku makan biskut ni plak lain daripada org. Kalau orang lain celup biskut dalam air, aku plak patah2kan then makan guna sudu. Ala-ala cornflakes gitew. 

Benda ni pun aku nak cerita kat blog. Hahaha. Pastu korang rajin plak baca, Mekasih.

Comments

  1. baca cerita awak ni buat saya terliur pulak.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Tengokkan biskut gini teringatkan masa berpantang dulu makan sekut gak..hehe..biskut kat sini tak sedap sgt, keras..kena rendam lama dlm air..
    oh yer skrang sy tengah study psl kalorie makanan nie..rupanya diet makan sekut sy dl mmg merugikan..dahlah tak kenyang sangat kalau setakat 4 keping tu, kalori pun dah nak sama ngan nasik..hohoho..so no to biskut lyd...:)

    ReplyDelete
  3. Rajin giler I baca siap imagine ok. Owh kami dulu suka tau bekpes biskut ni patah2 buh dalam minuman pagi, kalau my brother siap tunggu kembang2 dulu baru dia makan. I pun prefer biskut cap ping pong ni berbanding yg lain, siap tekankan kat papa JJ dulu kalau nak eli sekut, beli yg ni. hahaha skang tak dapat la nak merasa dah.

    ReplyDelete
  4. Assalam L..acik dah lama sangat dah..dirumah ni ada je..tapi acik beli yang bungkus punya..makan bubur manis kot pecahkan biskut tu..sedap ya amat rasanya

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Baca.mesti baca..siap ngan komen sekali.

    ReplyDelete
  6. saya pun rajin buat gitu gak LYd...hehehehe

    ReplyDelete
  7. Saya kalau cicah biskut, pasangannya mesti kopi panas. Selalunya ia dibuat waktu malam kerana saya tak makan nasi waktu malam....

    ReplyDelete
  8. My fevret os biskut too. Tp jacobs pnya la. Dlm pntang mkn beskut je smpi kena marah. Skrg on mmg kna makan bskut hari2.. klu x mcm x lgkap hidup ni...

    ReplyDelete
  9. saya pun makan biskut ni
    lagi sedap dari biskut jacob..

    ReplyDelete
  10. aku dlu pun mkn lebih kurang mcm tu gak. cuma x slalu je la. cara aku, aku patah2 kan. kemudian bubuh dlm teh o. pastu mkn ala2 mcm mkn quaker. so aku gelar resipi aku nih "buaker" (biskut quaker). hahaha...

    ReplyDelete
  11. Dulu masa duduk asrama memang ketagih tapi dah duduk rumah memang makan nasi lah memanjang..hehehe

    ReplyDelete
  12. Biskut hup seng ping pong ni memang sedap. Dulu tiap2 malam mesti pekena dengan milo panas. Haha. Eh.. Style patah2 tu saya pernah buat jugak dulu.

    ReplyDelete
  13. feberet aku gak ni...klu mkn biskut ni aku kene kira dl brape keping nak makan...klu idak sekali makan mau habis sebungkus biskut ni huhu

    ReplyDelete
  14. eheh..samalah tak sangka awak pun peminat koko hihihi..kome panggil biskut tu biskut masin.. :P

    ReplyDelete
  15. Wah! Gila cool celup biskot ping pong ngan choc van houten!

    ReplyDelete
  16. syiok baca perangai orang kot... tak kisahler kan kita punya sukaler...

    ReplyDelete
  17. kita leh geng la..biskut ping pong ni pon febret lya tau..tiap bulan mmg wajib beli.. n pastikan x putus bkalan.. lya suka cicah air tea n makan dgn susu pekat pon sedap..buat bertingkek-tingkek.. setiap lapisan letak susu pekat..pastu ngapppp... mmg sodapppp !

    y klakar..nurun kat asya.. tiap petang..sambil tgk kartunwajib makan biskiut ni... ayat dia bila mintak biskut ni " mama..nok biskut cucuh air tea"...
    asyik sbut cucuh..padahal cical..

    y coklat ni plop.. dulu gak beli..buat hot coklat..mmg sedap...lps tu beli y cadbary je ... pdahal brand van hounsten ni lg kaw rasa koko dia kan..

    ReplyDelete
  18. memang time berpantang biskut nilah yg dimakan...

    ReplyDelete
  19. LYD?!! gapo diyo tu?!!
    betul ke biskut ni kalau satu packet tinggi kalori dye?? agak-agak berape?? =(

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...