Skip to main content

Kalau Dah Terlampau Kaya

Sejahteralah ke atas kamu...

Manusia ni, kalau dah terlampau kaya sangat sampai emas pun dia nak makan. Kalau aku tak tengok Masterchef Austalia Sr 4, aku pun tak tau ni. 




Austria Gold Sparkling Wine

Mengikut apa yang aku baca, emas ni takde rasa pun. Tapi sekadar nak bagi hidangan nampak exclusive dan special. Bukan sebagai penambah perisa tapi hanya untuk hiasan dan decoration. 

Apa yang aku tau, emas yang digunakan untuk decorate makanan ni dikeluarkan oleh Edible Gold Leaf. Ada berbagai jenis seperti dust [serbuk] dan juga kepingan nipis [leaf]. Kedua-dua jenis ni menggunakan emas 22 atau 23 karat. Jangan main2 ye. Kebulur benor la diorang ni. Dah habis dah ke makanan kat dalam dunia ni? Kalau orang bagi pilihan untuk makan, aku rela pilih jemput bilis je berbanding gold flake ni. Tapi kalau bagi emas untuk barang kemas aku nak la. Utk makan tidok le aku heran.


Ini baru cerita pasal emas. Belum lagi cerita pasal berlian yang orang letak dalam minuman. Itu berlaku di sebuah hotel mewah di Jepun. Tapi berlian tu pun hanya sebagai hiasan juga. Saya dah try gugel untuk share di sini tapi tak jumpa pulak. Saya tau pasal tu pun sebab tengok TV channel TLC.  Melampaui batas kan? 

Sumber gambar dari Google.

Comments

  1. Emas ke?kot2 dorang kelepet.kata emas tapi sebenarnya Zhulian ekekek :D

    Manusia sekarang lain benar nafsunya. Ada duit sikit, semua nak ditibai. Nasibla kita beragama Islam.. ada pantang larang.. ada halal haram :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. emas zhulian pun, kat luar tu coated dgn emas tulen apa. So, ni pun kira emas tulen la. Itu la awak, kita ni masih lagi ikut aturan Islam.

      Delete
  2. Melampau lah tuh letak emas sbg hiasan..nak sruh nampak mewah yer..agaknyer bila nak makan kena remove balik yer..eee tak mau lah adik bradik logam nie masuk tekak..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kena remove ummuaidan. Ni emas ni boleh makan. Masuk dalam badan tu menurut pengeluar, akan digest within 24 hour.

      Delete
  3. macam2.. tak bahaya ke masuk kat dlm perut... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut kata edible, emas ni akan keluar balik within 24 hours. Bayangkan emas yg berharga tu, jadi najis. kehkeh.

      Delete
  4. dapat ke orang malaysia kek ngan cekelat tu.... slow slow kutip bawak masuk handbag... boleh buat pelaburan jangka panjang.... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo saya pun kutip, amik gmbr, masuk dlm blog. Rare woo.

      Delete
  5. saya baru tau baru2 ni, ada org tanya ustaz kat fb..bolehke kita mkn emas pada mknn yg ada dihidangkan kat hotel. Kalau tak silap, jawabnya tak boleh sbb kira membazir mkn emas saja2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg haram la sebab emas itu bukan makanan. Tak meletakkan sesuatu pada tempatnya itu zalim namanya.

      Delete
  6. Buang masa jer. Klo nak makan nak kena asingkan emas tu juga. Ker blh mkn ngan emas2 tu skali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mkn dengan emas tu. Sebab tu la melampaunya dierang ni,

      Delete
  7. tu lah pasal, KA pun baru tau bile tgk citer masak & makan versi mat & minah saleh ni... bukan leh makan pun emas tu kan !

    ReplyDelete
  8. Malampau betul. Makanan pun nak dihiaskannya dengan emas. Ramai lagi orang susah dekat luar sana. Sepatutnya bantu la orang susah tu. Beri makan kalau ada duit lebih. NI letak emas dekat makanan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak emas dekat makanan, pastu makan. Telan masuk perut then keluar jadi najis. mmg pembaziran yg nyata.

      Delete
  9. Manusia, kalau tak buat hal2 di 'luar tabi'i', mmg tak sah. Mmmm....

    ReplyDelete
  10. Pernah baca tentang kekayaan satu keluarga diraja Arab hingga jambannya pun disalut dengan emas. Punyalah kaya...Kalau sedikit emas tu disalurkan kepada penduduk Palestin tentu sangat besar pahalanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. diraja arab mmg over skit. Jet, kereta pon nak ada salut emas. Padahal, kereta tetap kereta, jamban tetap jamban walaupun disalut emas ke tak.

      Delete
  11. punya nak tunjuk kaya..ntah hapa2 ntah..setuju sangat dgn lyd..sedap ag cokodok pisang kan..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tunjuk kat sape jugak pun. Kapitalis je yg bangga buat benda2 gini.

      Delete
  12. kalau macam tu setiap kali makan kat kedai yg ada letak deco-deco emas...

    kumpul2, kot-kot boleh jd gelang...

    hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama la nak dpt jadikan gelang tu. Heheh.. sebab emas ni nipis sgt.

      Delete
  13. nak cantik kot makan emas.. mcm kita sapu serbuk emas pd kulit..utk cantik la katakan.. safi rania gold 24k hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama le kita, pakai safi rania. santek jadinya kita. kekekeke.

      Delete
  14. kalau ada kat sini..konpem dah hilang ema kat hiasan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa kat malaysia ada kot. Kat hotel2 5 bintang mesti ada.

      Delete
  15. sure mahal kan.. tp kalau boleh, kena try barang sekali ni..

    ReplyDelete
  16. Haaa.. tau takpe. Part tu la yg paling waste sekali.

    ReplyDelete
  17. pembaziran berlaku di mana2..tu la manusia..terlajak kaya...sampai emas hiasan pun sibuk nak makan jgk....dunia2....

    ReplyDelete
  18. Baru jer I tengok tv few days ago hotel kat Dubai semua nya bertatah emas ni, stoberi pun celup mas. Spa dia pun tepek2 emas kat muka. Adehhh la kan kalau dah kaya sangat, tahi pun emas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la yg org kata tahi emas kot, tahi org kaya. Sebab tu dia rasa dia mulia agaknya.

      Delete
  19. Errrr, tak bahaya ke diorg makan ni?
    Tp tulah mcm xdak bnda lain yg nk dijadikan hiasan

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...