Skip to main content

Jika Sudah Tertulis...

Sejahteralah ke atas kamu...

Tahun lepas TV aku yang gemuk mcm anak gajah jenama GC dah rosak. [GC ni jenama keluaran Carrefour singkatan kepada Good Choice]. Waktu tu aku pregnant. Aku dgn Mat Azghul kononnya nak beli TV baru flat screen. Excited ni pegi survey. Ntah cemana, kami bincang2 baru kami sedar yang kami ni jarang sangat tengok TV. Kalau beli, tak ke membazir je. So, tak jadi beli TV. Maka, melangut la kami tanpa TV di rumah. Bayar bil Astro je tiap2 bulan tanpa tengok TV. Membazir le jugak, tapi sebab malas sgt nak call Astro, so bayar je la.

Agak lama juga aku ingat yang kat umah aku takde TV. Tapi aku tak rasa apa-apa pun sebab memang most of the time, aku pening, alahan. Tidur pun awal. Kul 9 mlm dah tido. Mat Azghul pulak akan mengadap internet [ntah la, aku dah lupa apa dia buat.]. Agaknya, oleh sebab kesian sangat kat kami yang tak ada TV ni, ibu mertua aku bagi TV lama kat rumah kat kampung kepada kami. Okay sikit jenama Sony, tapi it was another anak gajah. Org bagi kita ambik la kan. Takkan nak sombong sangat.
Gambar dari Google

Satu hari, [chey, macam buku cerita kisah tauladan plak], adik ipar aku yang vogue gedevas, si Ina kata TV kat rumah dia rosak. Suami dia plak dah beli TV baru. TV lama tu nak buang je. Mat Azghul ni suka merepair barang-barang letrik yang rosak. Kalo tak berjaya buat sendiri, dia akan hantar kedai. Cuba tengok apa yang rosak, kalo kos nak repair tu murah, boleh la repair dan boleh guna semula. Tapi kalau mahal, let it go je la kan. 

Aku dengan Mat Azghul takde la bersungguh2 nak amik TV rosak kat umah Ina tu. Sebab takde kepentingan sangat setakat nak hantar repair je kan. Cuma tanak bagi suami Ina tu buang TV tu, so Mat Azghul kata nak ambik kemudian. Lama jugak selepas tu baru Ina call dan kata, kalo minggu ni kami tak amik TV tu, suami dia nak buang je. 

Then okay la... Kami pegi umah Ina untuk amik TV rosak tu. Motifnya hanya nak pegi hantar repair. Kalau elok, pulangkan semula la kat dia. Kalau tak elok baru le buang. 

Balik umah, Mat Azghul try on TV tu, untuk tengok rosaknya cemana. Menurut kata suami Ina, tak keluar gambar. Bila on TV tu, tengok-tengok keluar je gambar. So, kami sangka, jap-jap lagi mesti padam gambar dia ni. Sekali sampai ke tengah malam tak padam-padam lagi. Elok je ada gambar. Kiterang pon apa lagi, ketawa le sebab tetiba kiterang dapat hidu tektik suami Ina tu sebab dia nak beli TV baru, LED screen. TV lama yang dia kata rosak tu LCD screen. Saiz 42 inchi. 

Mat Azghul call Ina untuk bagitau TV tu sebenarnya okay je. Boleh tengok. Hangin kejap dia sebab rupanya TV tu elok lagi. Bila dia tanya suami dia, apa yang rosak, suami dia kata memang boleh on TV tu, hanya HDMI je yang tak boleh tengok. Sebab ada problem dengan cable apa ntah. Dia kata, sia-sia je tengok Astro kalau takde HDMI. Hahahah... Terbaik Hisham. Apa-apa pun, oleh sebab Hisham dah beli TV baru, TV lama tu Ina bagi kat kiterang. Dah jadi rezeki kami. Dah ada TV 42 inchi, kami guna je la. Lagi le menjadi2 si Luth tu tengok Billy Bam Bam kat Baby TV dia. heheh.

Sebab tu aku percaya, kalau dah tertulis yang rezeki kita macam tu, kita tetap akan dapat. Cuma cara dapat tu je mungkin berbeza. Contohnya kalau aku beli TV flat screen tu sendiri dulu, maknanya memang dah tertulis TV tu akan Allah pinjamkan kepada kami melalui cara kami beli sendiri.

Comments

  1. tak sangka dapat rezeki dgn cara mcm tu kan? alhamdulillah.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Allah bagi pinjam selama yang Dia mahu.

      Delete
  2. Haah....apa yang tertulis akan berlaku.
    Cumanya, kita takkan tahu apa yang yang ditulis tu...

    ReplyDelete
  3. Cool! Alhamdulillah, mmg rezeki tu. Selamat duit poket. Heheheh....TV kt umah kami pun, bukan kami yg beli. Tp free gak sbb dulu ms en.somi beli kete ms bujang, dpt free TV. Hehehehe....jimat!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Rezeki namanya tu. Kalau dibuang tv yang elok tu lagi la sayang. Ke memang taktik dia nak bagi tv tu jugak. Cakap la nak buang. hehe

    ReplyDelete
  5. best kan kak..dapat rezeki yg kita nak dalam keadaan tak disangka2.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best awak. Pernah terfikir je nak guna, tetiba dapat.

      Delete
  6. Billy bam bam mcm best je cite tu..luth nanti tengok dgn acik ye.. kita tgk sesama..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... best la kot bagi Luth. Sebab dia akan ketawa sekali. Tapi kalo akak yg tengok, memang takleh tahan le... sangap giler.

      Delete
  7. hehehe mmg rezeki lah ni !

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum lyd..rezeki la tu...

    ReplyDelete
  9. aku tengah nak fahamkan, tv yg kau dapat tu flat screen ke?

    hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, flat screen panasonic viera 42 inches. hehe.

      Delete
    2. gile kentang...

      lepas ni aku suruh suami blaja repair tv macam suami kau...

      boleh dapat tv mcm pawagam...

      haha.

      * memang percaya rezeki yang tertulis itu adalah datang dari Allah SWT

      Delete
  10. Saya juga jarang tengok TV, kalau tengok pun kerana "ter"tengok ketika bersantai di ruang tamu. Tapi isteri saya sangat suka tonton TV, sambil buat kerja dapur pun masih sempat menatap TV. Sebab dia suka TV maka banyak TV di rumah. Di ruang tamu, di dalam bilik tidur kami dan anak-anak, malah di dapur juga ada TV. Maklumlah harga TV sekarang murah. Saya selalu membayangkan jika nanti bangun pagi tiba-tiba terlihat ada TV di bilik air, auuuuuuu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada betul2 dlm bilik air, memang berjam2 la wife JR dok dlm tu. Hehehe... Cite apa dia tgk? Drama ke?

      Delete
  11. ha ah, dpt yg besar puas hati tgk. Baru le nampak mata kartun tu sebenarnya berkaca, kalo guna tv lama dulu tak nampak.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Kalau dah rezeki tu, insyaAllah akan dapat jua. Cuma sabar tak sabar nak tunggu tu je la. Hehehe. Untung sebenarnya kalau suami pandai repair barang. Dapat jimat banyak kat situ.

    ReplyDelete
  13. tv besar gedak ni lagi tahan dr nipis tu kak

    ReplyDelete
  14. Heheheh takdir nya di situ. Eh tv ni kan, kalau sekali rosak ter agak2 nak biaki tau. Dulu ada satu flat screen besau kami ni rosak, panggil orang cek dia minta rm4k untuk spare part. Giler apa, 4ribu baik beli baru.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...