Skip to main content

Molekul Air Dan Molekul Susu

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ingat lagi, dulu ada sorang negarawan yang femes kat Malaysia ni pernah kondem agamawan Islam pasal air jampi. Negarawan ni sangat tak setuju dengan rawatan menggunakan air yang 'dijampi' oleh ustaz-ustaz yang mengamalkan perawatan alternatif. Kalo kita fikir pun... Yelah.. Air, apa je yang air dapat buat untuk sembuhkan barah otak. Air hanyalah air kan?

Rasanya ramai yang dah tau kot, ada sorang doktor kat Jepun yang mengkaji tentang molekul air. Nama doktor ni Dr Masaru Emoto. Hasil kajian dia, menunjukkan molekul air akan berubah mengikut keadaan sekeliling. Kalau molekul air tu didedahkan dengan perkataan positif, maka molekul air tu akan jadi cantik. Manakala jika didedahkan dengan perkataan negatif, molekul air pun akan berubah jadi hodoh. Sama juga dengan music. Kalo kita dedahkan air tu dengan lagu-lagu yang indah, molekul air akan jadi cantik dan sebaliknya. Sedangkan perkataan dan muzik yang baik pun boleh mencantikkan molekul air, korang bayangkan la sendiri kalau ayat-ayat Al-Quran dibacakan pada air tu. Itu la jampi yang dikatakan tu. Sebab tu la jangan mengumpat masa nak minum air. *tetibe*

Perbezaan molekul air sebelum dan selepas dibacakan doa oleh penganut Buddha. Doa, tak kira la agama apa pun, adalah sesuatu yang positif.

Sedangkan air yang dengar lagu heavy metal pun bleh rosak molekul dia, ce bayangkan manusia yang tiap2 hari dengar lagu heavy metal. Hehehe. *dalam badan manusia kan ada banyak air*


Pastu orang Malaysia ni biasa la kan... Bila ustaz-ustaz kita buat, baca ayat2 Al Quran pada air.... derang pandang enteng je. Padahal apa yang ustaz2 buat tu adalah apa yang nabi ajar. Tapi bila doktor-doktor luar negara yang buat kajian buktikan benda tu betul, baru le nak percaya.  Konon-konon moden sangat la tu. Booo!

Sejak aku tau pasal benda ni, aku sendiri selalu gak baca doa atau 'bercakap' ayat-ayat positif dengan air bila aku tak sihat, dengan harapan molekul air yang aku berborak dengan dia tu akan jadi cantik dan akan mencantikkan sel-sel dalam tubuh aku yang dah rosak sehingga mengsebabkan aku tak sihat tu. So, korang kalo nak bercakap dengan air boleh la praktikkan, tapi pastikan buat waktu takde orang lain, karang orang takut plak dengan korang. Kang orang ingat ko bela pelesit plak. Huhu. Lagi satu, sekarang ni.... susu Luth yang aku pam, aku akan bacakan doa pada susu tu. Selain doa, aku cakap je apa-apa yang positif pada susu tu dengan nada gembira seperti; Luth sihat, Luth baik, Luth soleh dan sebagainya.... Aku yakin susu yang aku bekalkan pada Luth sewaktu dia tinggal kat umah pengasuh akan bertambah cantik molekulnya supaya kecantikan molekul susu tu akan mencantikkan akhlak Luth. Heheh. Ingat, nada kena happy. Kang kita sebut perkataan positif, tapi dengan nada sedih atau marah. Bleh confuse molekul air tu karang. *bila masa plak aku interview molekul air tu sampai aku bleh tau plak pasal nada mana yang sesuai untuk mereka*

Kalau korang nak tengok gambar-gambar molekul air yang pernah dirakamkan oleh Dr Masaru Emoto ni, boleh la lawat official website dia. http://www.masaru-emoto.net. Itu je la yang aku nak kongsi. Semoga bermanfaat.

Comments

  1. Ikutkan psikologi, kita kena think positive for everything. Kan?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mama luth...
    sama lah kita.. menyusu anak sambil usap bumbum kepala dia.. sambil berzikir dan berdoa supaya menjadi anak yang baik dah soleh serta solehah... :) insyaALLAH moga di beri keberkatan allah...

    psst;; citer smlm.. kenapa saya tak horn org yg masuk parking tu..sebabnya saya dah biasa horn org kalau buat camtu.. tapi smlm saya tak larat nak gaduh and bertambah kan serabut dlm kepala otak.. jadi saya redha je.. sbb kadang2 orang yg kita horn tu kadang2nya bukan semua yang ambil peduli.. lebih sakit hati kalau diorang tak peduli kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Moga Allah berikan yang terbaik utk anak2 kita.

      Delete
  3. Memang pernah baca hasil kajian saintis tu. Ia membuktikan segala firman Allah benar belaka. Cuma kita seperti negarawan fames Malaysia tu yg buat2 tak percaya, sedang org2 di Kedah semua tau dia juga menggunakan khidmat ustaz setiap kali pilihanraya...ahaks!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. ye ke dia gi jumpa ustaz ke?*nada gossip*. Tapi okay skit la dia jumpa ustaz daripada jumpa tok moh. Heheh... Mmg segala yang Allah katakan adalah benar belaka.

      Delete
  4. sy ada jgk wat mcm tue bila susukan qisya atau pumping...tp xtahu pun ada kesannya yer..thanks a lot utk entry bagus nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau entry ni beri manfaat utk awak. Dengan anak ni rasa mcm nak bagi semua kan?

      Delete
  5. psttt:
    Saya buat 5 ketul kecil hati lembu tu sbb saya tak makan.. mr mama sorang je makan hati.. tu yg quantity sikit.. tu pun 2 hari baru habis.. hehehe.. :) dia teringin sangat kan.. kita buat lah.. kalau beli dia kata 2 ketul dah rm5.. buat coz rm5 dapat 5 ketul makan sampai bosan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. lagi satu.. jawab pasal safiyya tu.. sebenarnya saya ni thalasemia mother.. so doctor buat ujian awal waktu fiyya umur 2 bulan hari tu.. di sebabkan kuning fiyya tak hilang.. sampai la dapat nampak yang fiyya kekurangan sel darah merah.. and now dah 6 bulan dah fiyya.. doctor kata fiyya carrier thalasemia.. and kalau thalasemia carrier ni takde la bahaya.. cuma kena berjaga2 when fiyya nak kawin nanti.. pasangannya tak boleh yg ada thalasemia juga.. even carrier.. sbb biasanya akan lahir anak thalasemia major.. wallahualam..

      Delete
    2. Ooo... Mcm tu ke citer dia. Bahye jugak sakit thalasemia ni.

      Delete
  6. betul tu Lyd...kena rajin sebut perkataan positif dan baca doa kat air..bila air tu terang/cantik,hati kita pun jadi terang/cantik..hehe..(^_^)..semoga Luth jadi anak soleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai cikgu. Dalam sains cemana nak check molekul air tu? Mesti kena guna microskop canggih punya kan?

      Delete
  7. Tak payah susah-susah nak cari air mineral baru nak berdoa...

    Badan kita dan banyak air... perut banyak air, darah kita juga banyak air.
    Jadi, kalau kita sentiasa berzikir, solat, berdoa maknanya seluruh molekul air dalam tubuh kita akan jadi baik macam tu...

    betul tak teori aku nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tak ye jugak kan. Sebab tu Allah suruh kita banyak sebut nama Dia dan banyakkan amalan. Semua tu boleh memutihkan hati yang hitam. 70% daripada tubuh kita adalah air kan?

      Delete
  8. wah lyd...perkongsian yang menarik...bagus..bagus ;)

    ReplyDelete
  9. Saya mmg buat 'jampi' kat masakan saya...kalau tak sihat, buat kat air pulak. :)

    *contact me tu Lyd boleh buat kat sini..http://www.emailmeform.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jampi masakan .. memang hebat ujie. Heheh. Banyak sebenarnya amalan2 yang baik yg boleh kita amalkan dalam aktiviti harian kita kan.

      *thanks.

      Delete
  10. pernah juga baca kajian molekul air ni..thanks sharing sebab ingatkan balik minda saya pasal ni..hehe

    sebab tu saya suka baca dan dengar kata2 Prof Dr Muhaya. full of positiveness! hehe (poyo pulak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah... prof muhaya sangat positif. Pastu kata2 dia pun mcm sesuatu yang fresh yang kita tak pernah dengar. Dia pandai bagi contoh. Kan?

      Delete
  11. wah info yg sngt menarik ni.. tq share yer

    ReplyDelete
  12. baru ema tahu molekul air dan susu ni,..

    ReplyDelete
  13. Ada kan dalam gmbr tu molekul air zam zam. Gmbr tu mmg kecik je. Kena pegi website dia kalo nak tgk.

    ReplyDelete
  14. saya pegang pesanan "Sebab tu la jangan mengumpat masa nak minum air"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun.. hihi..
      Lyd, sorry balas komen fidza kat sini sebab tak bole komen kat blog fidza dah..!! Huwaaa!!

      Delete
  15. baiklah..nak pi besembang dengan air jap..heheh

    ReplyDelete
  16. air yang dibaca oleh ustaz2x tu INSYA ALLAH mujarab....

    ReplyDelete
  17. cantiknya molekul air.. sebab tu ketika memasak makanan pun elok dibacakan zikir..supaya molekul tu berubah jadi cantik.. eh ni cite pasal air bukan makanan..boo dia boo..ohkeh tgh lapar sbb tak lunch lg..hehe

    ReplyDelete
  18. lps ni kena test bercakap dengan air la jwb nyer. air mandi pun kena apply kan teknik yg sama ke?

    ReplyDelete
  19. as-salam lyd
    ptkongsian yg menarik

    teringat kata2 kawan suami,kalau kita niat nk berubat dgn air sejuk biasa pon boleh

    ReplyDelete
  20. Pernah baca pasal ni. Saya kalau tgh direct feeding atau tgh pam memang tak lekang ayat2 kat mulut ☺☺

    ReplyDelete
  21. betul kan...molekul air memang paling senang nk bergerak...sebb tu malam2 jumaat kan kita slalu baca yaasin n bacakan pada air then minum....

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya