Skip to main content

Aku Seorang Mama Yang Over

Sejahteralah ke atas kamurang....

Sejak aku jadi seorang emak ni, aku rasa aku dah semakin saiko. Kekadang aku over. Kekadang aku paranoid. Aku tak sure orang lain yang dah jadi emak tu poyo dan over macam aku ke tak tapi aku rasa ye. Tu la, dulu masa takde anak, aku selalu je terdetik dalam hati, "eleh... tu pun nak cemas" bila mak-mak orang yang citer pasal anak dierang tak sihat. So, sekarang bila aku sendiri dah jadi mak budak, perasaan aku dah jadi huru hara, risau dan cemas yang melampau padahal anak aku hanya ada hingus setengah titik je kat tepi hidung. Baru aku tau rasa dia. Aku tak reti nak describe cemana perasaan tu. Tapi perasaan itu memang aku baru rasa bila ada anak.

Over No. 1 : Lanun.
Tahun 2008 aku penah eksiden kat Karak masa aku drive sensorang dari Kuantan ke KL. Keta kenari aku terbalik lepas berlanggar dengan penghadang jalan yang kalo takde penghadang jalan tu, memang aku dah jatuh gaung. Lepas aku eksiden tu, aku memang jadi pemandu yang super berhemah hemo-hemo. No more drive laju-laju. Tapi sekarang bila dah ada anak, setiap kali nak balik dari ofis, aku drive dah macam lanun. Bukan setakat lanun biasa. Ni stok-stok lanun mata satu punye. Yang paling brutal punye. Semuanya sebab nak cepat sampai umah untuk amik Luth nak peluk dia, nak cium dia, nak tengok dia senyum, nak nyusukan dia. Ala cekomeinya... [adalah diingatkan bahawa, semua ibu bapa akan merasakan anak mereka comel walaupun di mata orang lain anak mereka sungguh tak comel. Sila patuhi hukum keibubapaan.].

Over No. 2 : Paranoid.
Aku ni ada ramai anak sedara, maksudnya anak kakak-kakak dan abang-abang aku. 31 orang semuanya. So sejak dulu aku dah biasa deal dengan bayi--> kanak-kanak kecil --> kanak-kanak besar --> remaja sampai la mereka dewasa. Dulu kalau aku pegang anak sedara aku, aku rasa cam biasa je kalo derang nak letak mulut kat tangan aku dan hisap tangan aku. Aku tak rasa pun tangan aku kotor walaupun mungkin waktu tu aku tak hygienic  mana. Tapi sekarang, bila dah ada anak, aku rasa macam bacteria ada di mana-mana. 

Aku rasa seolah-olah Luth dalam bahaya kerana bakteria sedang membiak di semua tempat, di udara, pada kerusi, pada pintu, pada baju, pada sarung tangan. Ya Allah.. Saiko nya aku rasa. Sampai tahap, tangan aku sendiri pun aku tak berapa bagi dia hisap. Aku rasa tangan aku banyak bakteria. Lagi saiko, bila puting botol susu dia, aku tak letak terdedah pada udara. Aku letak dalam bekas tertutup lepas steril. Bila puting tu terdedah je, aku rasa macam bakteria dalam udara sekor demi sekor melekat pada puting botol susu tu. Suami aku bercakap pun aku takut air liur dia akan pergi kat puting tu. Aku sedar aku saiko, tapi kekadang aku rasa aku poyo je lebih. Haha.

Over No. 3 : Masa Depan

Minggu lepas aku ada berbual dengan ofismate aku. Perbualan itu adalah soalan aku pasal barang yang aku kirim dengan adik dia yang belajar kat Mesir.

Aku  :  Bila barang tu boleh dapat?
Ofismate :  Adik aku sekarang ni tengah exam, mungkin dalam hujung bulan ni dia habis exam. Pastu sebelum dia balik sini dia mungkin akan abiskan seminggu kat sana. So, dia akan bawak balik barang tu mungkin akan mintak tolong kawan-kawan dia jugak sebab banyak barang yang dia nak kena bawak. Kalo ko nak cepat dia boleh pos, tapi ko kena bayar la kos pos.
Aku  :  Takde, aku tak kata aku nak cepat. Aku cuma tanya BILA?
Ofismate :  Itu la aku kata, sekarang dia tengah exam. Kalo andaikata ko nak barang tu cepat, macam aku kata tadi la... boleh pos. 
Aku  :  Haa. okay.  [Aku blah dengan hati yang sebal. Sebab aku cuma nak tau bila je, sebab nak estimate bila aku boleh guuna barang tu. Tapi jawapan dia kona-kona plak. Haihhh..].
 
Luth baru je 3 bulan. Aku dah mula plan dah nak hantar dia sekolah kat Maahad Tahfiz yang mana. Ini serius. Aku dah berbincang dengan suami aku.... Aku yakin Luth akan jadi seorang anak yang sangat bijak. [sila konfiden dan berfikiran positif terhadap anak sendiri. tima kasih.]. Nanti andai kata walaupun dia bijak tapi dia tak pandai jawab exam [contoh macam ofismate aku yang tak menjawab soalan tu], aku dengan Mat Azghul takkan beriya sangat nak push dia supaya dia score dalam exam. 

Bagi aku, sistem pendidikan exam-oriented macam kat Malaysia ni bukanlah ukuran sebenar sama ada budak tu cerdik ke tak cerdik. Belum tentu lagi budak yang dapat score 8 A tu faham apa benda yang dia jawab dalam exam tu. Mungkin dia sebenarnya hafal je. Atau dia dah dipersiapkan dengan teknik menjawab soalan masa dalam tuisyen. Apa yang aku dan suami aku fokuskan sekarang ialah supaya Luth betul-betul dapat menguasai bahasa Arab, belajar Al Quran, Hadis dan faham isi kandungan Al Quran. Itu yang paling utama. Subject lain seperti matematik, bahasa mandarin, bahasa tamil dan inggeris juga kami akan cuba timbulkan minat dia untuk belajar. Tak score dalam exam takpe. Asalkan dia boleh praktik apa yang dia belajar. Tapi kalo dia terrer jawab exam, lagi la bagus. Itu kredit untuk diri dia sendiri survive dalam dunia ni la kan. Dapat sijil, boleh kerja bagus.
Jadi gembala lembu pun takpe Luth. Asalkan AlQuran dan Hadis Luth hafal.

Aku rasa, cukup la sampai banyak ni je aku dedahkan keburukan diri sendiri. Ada banyak la kes-kes saiko yang kecik-kecik yang aku lakukan. Nak cerita pun susah. Kesimpulannya... bila ada anak ni, memang betul aku dah tak rasa lagi erti rehat yang sebenar. Hidup aku sentiasa sibuk tapi penuh bermakna.

Comments

  1. lyd, mula2 dapat anak mmg perasaannya mcm ni. bila dah dapat dua, tiga, empat, lima org perasaan tu makin lama makin kurang. jangan risau. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. rasanya mungkin gitu jugak kot. Baru2 ni over excited kot.

      Delete
  2. overnye ko..hahaha..tapi normal la kot..jujur sungguh..memang camtu la perasaan mula-mula ade anak ni..jgn cakap ko ibu dia..yang bapak2 ni pon over gak sebenarnye..sikit la..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... betul la tu. Bapak2 pun kadang2 over gak aku tgk.

      Delete
  3. ok la tu...kire saye lg teruk kot...setiap kali anak menyusu botol pandang x lepas takut anak tesedak susu padahal anak dah masuk 2 tahun kot....ngadap la budak tu x boleh buat keje lain..lg satu...kalo anak tido...selalu cek die benafas ke tak..tarik idung tarik pipi...kalo tgh malam pon mcm tu jugak....bangun bnyk kali semata2 nak tgk aby tu tido ok x....sudahnye pagi ngantuk..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, awk lagi over. Hahahaha... Tapi mgm ada jugak saya rasa berdebar kalo tgk dia asyik tido je. Siap letak jari kat hidung untuk rasa nafas dia.

      Delete
  4. assalamualaikum...
    hover ke tidak itu anggapan orang.. biarkan.. kita sendiri tahu apa yg kita lalukan .. untuk apa.. ada kah ianya berfaedah... hmmm sudah tentu.. itu semua untuk kebaikan kita dan keluarga.. serta anak kesanyangan.. kan kan.. jangan risau anggapan orang.. hihi.. bagosnya mak.abah luth.. dah plan nak hantar ke tahfiz.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... selamat la kak nani kita memahami. InsyaAllah itu plan yang kita rancang. Allah jua yang menentukan.

      Delete
  5. Bab bakteria tu mmg paranoid hokeh.. Skang bila hakim dah besar, bila balik umah je tak kira dari mana pun saya akan suh dia basuh tangan dulu. Dulu kecik2 saya kerap lapkan tangan dia. Mainan dulu2 puas basuh ngan Dettol. Masa dah belajar bergolek/merangkak tak kisah pun ari2 mop lantai ngan Dettol.
    Sekian.. Eh! Bukan promosi Dettol ye Lyd..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajinnya mengemop. Saya ni malas menyapu. Mungkin Luth dah reti merangkak nanti saya baru rajin kot. Berapa Dettol bgi komisen ni? Hahha.

      Delete
  6. Eh btw, comell nyer Luth jadi pengembala lembu :)

    ReplyDelete
  7. Aslkm,

    Sangat Creative, comel BB luth jadi pengembala..=)

    ReplyDelete
  8. Salam lyd..
    Biasalah tuh baru2 menjadi ibubapa kan perasaan kita berkobar-kobar..rsnya sy dl berkobar-kobar planning itu ini sblm jd ibu, dah jd ibu..jd lebih realistik pulak..
    comel penggembala lembu kecik tuh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya utk anak sulung la kita beriya2 kan? Bila anak2 lepas tu mesti dah kurang2 skit over tu.

      Delete
  9. assalamualaikum lyd...comelnya die pandai mama die buatkn kreatif la..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Terima kasih mama. Ni pun tiru idea orang putih.

      Delete
  10. saya suke entry ni... cam sama jer kesaikoaan kite...

    bab baby comei tu paling setuju...

    Alaa... suke tengok gambar Luth, comelll... creative tul awak ni Lyd ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sebab suka entry ni. Rasanya semua ibu bapa sama kot kan?

      Saya tak kretif pun. Saya pun ciplak idea orang.

      Delete
  11. hahha...yang no 2 tu sampai maisara dah besar ni pun,tiap kali nak balik ke kampung ke,mesti pesan..kalau depa ada yang selsema ke batuk ke,kakak jangan dekat dengan depa tau..hehhehe..nak pi sekolah pun itu lah pesan nya hari2..sampaikan maisara kata.."hari2 macam tu je pesanan ibu..:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... bukan apa kan... cuma nak berhati2 je. Sbb budak kalo demam kan kesian. Nak cakap tak reti. Nak buang hingus tak reti.

      Delete
  12. Kata2, 'jadi gembala pun tak apa.." itu juga adalah satu doa mustajab seorang ibu... lebih mustajab lagi doa itu kerana bersama-sama rasa kasih sayang yang ikhlas dari seorang ibu...lebih elok kalau kata 'jadi engineer pun tak apa asalkan hafiz...'... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seikhlas hati saya jua kata-kata itu. Betul2 saya tak kisah apa jua bidang yang dia pilih asalkan halal. Gembala lembu juga takde masalah bagi saya. Nabi Muhammad pun gembala kambing kan?

      Delete
  13. haah dah jadi mak2 ni paranopid je. botol2 susu yg nursery dah basuh. balik sy basuh lagik sekali siap sental. huhu kekadang sanggup bangun tgh2 malam menyental botol n steril.btw comel nya anak lyd dengan lembu sekor tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya plak mmg pesan kat pengasuh takyah basuh botol susu. Pertama tanak menyusahkan dia. Kedua sebab kalo dia basuh pun membazir air je. Saya pasti akan basuh semula macam awk.

      Delete
  14. true indeed....kita akan lebih terover bila dh jd mak-mak ni kan...hehe...normal tu lyd...sy pn slalu jgk mcm tu...kadang2 rasa mcm nk anak 24 jam je dgn kita...xnk hanto ke bs kalau boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul. Bak kata omputih, can't take my eyes from you la...

      Delete
  15. memang paranoid betul ni..hehe..but it is normal kot, all parents want the best for their kids rite.

    comel weh si Luth dengan lembunya tu..hehehe...boleh copy idea nanti bila ada baby ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..boleh. silalah guna idea yang mana boleh digunakan. Saya berbesar hati dpt berkongsi.

      Delete
  16. Hehehe...baru tau perasaan tu bila dah jadi ibu kan. Semua ibu2 memang over pasal anak termasuklah saya ☺☺

    Comelnya luth, kretif lah lyd.

    ReplyDelete
  17. hehehe mmg begitulah bila jd ibu dan anak yg pertama sentiasa inginkan yg terbaik untuk anak tu, tunggu bila dpt yg ke 2 & ke 3, In Shaa Allah akan berkuranganlah tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 gitu la KA. Kalo dah ada anak 2,3 pun nak perangai saiko camni... tak tau la nak kata.

      Delete
  18. faham, kita akan jadi sangat over-protective, I dulu siap ban TGI the curve sampai tak nak lalu depan tu pun, sebab dorang situ angkat JJ tak lepas2. ( I know niat dorang just nak tolong babysit while I had my meal) hahhaha

    Kat sini kami tengah struggle untuk dapatkan tempat tadika untuk JJ, normally sebelum beranak dah kena register. Luth mmg nampak bijak, look at his eyes, terang bersinar. Kelas gembala lembu ni taw.

    Lyd u sebut nak letak nama anak SriKandi, kena beringat ni. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kalo i pun i ban jugak tau. Jgn main2 nak buli anak i. *padahal derang geram dgn ank u comel sgt.

      Awalnya kena register. Masa dlm perut lagi. Dah tu... dpt ke tidak? Kalo susah2 sgt, u buat la home schooling. *Suatu hari nanti, gembala lembu akan jadi satu jawatan yang paling mulia sebab semua orang dah tak sudi jadi gembala lembu sedangkan tugas itu sgtlah penting demi untuk membekalkan daging lembu kepada manusia-manusia yang nak makan daging lembu.

      I ada banyak nama2 pompuan yang tak logik yang i nak letak kalo dpt anak pompuan. Tapi satu pun takde yang betul2 i berkenan. Huhu.

      Delete
    2. I aim yang betul2 depan umah kami ni, senang nak menghantar mengmabil capak dari tingkap pun boleh, tapi mmg full ada orang dah 2 tahun tunggu belum dapat. Ada la few places untuk JJ tapi agak jauh, still dalam waiting list and maybe September ni boleh start kalau ada rezeki. Yg private ada jer tapi mahal gila.

      Gembala lembu adalah pekerjaan mulia, kaya wei sekor lembu jer dah berapa. Tengok Korea sumer tu, mantap gembala lembu dorang.

      Delete
  19. Tak leh nak menyelami perasaan lyd lagi..tapi dah terbayang camne lyd..hehehe

    Nice la gambo gitu..abis luth dikerjakan mama dia. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah tak lama lagi Ujie akan dapat menyelaminya.

      Itulah yang mama Luth dah plan sejak Luth belum terjadi lagi. Nak amik gmbr Luth buat mcm2.

      Delete
  20. demi anak, sanggu bawak laju tu...semoga perancangannya itu menjadi kenyataan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia otometik rasa macam terlebih excited. InsyaAllah.

      Delete
  21. Rasanya, bukan awak sorang je yg saiko dan poyo mcm ni. Saya, walau aydin dah 3 tahun tp TETAP ADA RASA MACAM YANG AWAK RASA TAU!!! Hehehehhe....

    Good lucklah untuk kita, ya?

    ReplyDelete
  22. as-salam
    cba blaja utk memahami bgus niat lyd dan suami tu

    ReplyDelete
  23. Heheee, tersenyum banyak yang kes no 1, bukan sebab kes eksiden ye, tapi selepas tu :)

    Kes No 2, sebab kita terlalu sayangkan anak-tu yang jadi macam tu.

    Kes no 3, klau MJ maybe jawab mcm ofismate tu gak kot..hehee ;) (Terlebih mnjwab persoalan walhal tak menjawab soalan) hehee

    ReplyDelete
  24. keh keh keh...

    ko memang mama yang over, tapi bukan poyo okey!

    thumb up!

    ReplyDelete
  25. syukur alhamdulillah. kalau semua parents fikir macam apa yang anda fikir. tahniah, anda sedang menempah tiket masuk ke sorga. insyaAllah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya