Skip to main content

Oz The Great and Powerful

Sejahteralah ke atas kamu....

Oleh sebab lama sangat saya tunggu anak saya ni lahir, semalam sempat plak saya gi tengok wayang filem Oz The Great and Powerful kat IOI Mall. Saya memang gian nak tengok wayang sebab sejak pregnant, memang tak pegi pawagam[sebab langsung tak penting pun nak tengok wayang. Saje gedik je lebih tu.]. Lagipun rasa macam tak elok untuk perkembangan bayi kalau pergi tempat-tempat lagho cenggitu. Tapi bila saya fikirkan nanti bila anak dah lahir nanti, lagi la susah dan malas nak tengok wayang. Maka saya pegi je la walaupun hati bapakkk berdebar. Takut gak kang air ketuban pecah dalam pawagam kang... Malu 20 keturunan woo.

Macam biasa la. Saya pilih versi 3D.  Dah ketagih dengan 3D kot. Cuma yang tak bestnya, saya terlupa yang saya ni nak tengok filem 3D, dahtu  daripada rumah boleh plak saya pakai speck mata tak pakai contact lenses. Kalau nak tgk 3D kan ada speck mata 3D. Dah tu ce bayangkan pakai 2 lapis speck. Tak selesa giler vavi. Orang yang idong mancung memang takde masalah, tapi idong jambu air macam saya ni memang masalah la kalau nak pakai 2 lapis speck mata. Haddoiii nye puuunn... Satu lagi yang tak best semalam, sebab saya pilih seat tepi dinding. Memang silap la. [Sebenarnya cari seat yang senang untuk saya keluar pegi toilet. Ibu mengandung kan kuat buang air.]. Meh saya nak bagitau. Kalau korang nak tengok movie 3D, pilih la tempat yang tengah-tengah. Baru la dapat feel 3D tu dengan lebih jelas. Pastu kalau boleh takyah cari tempat belakang2 sangat. 5, 6 baris dari screen dah cantik la tu.

Habis citer pasal tak best. Baru la bleh citer pasal movie tu. Filem Oz The Great and The Powerful ni boleh dikatakan menghiburkan. Cerita ini tentang seorang lelaki bernama Oscar yang di panggil Oz, seorang ahli silap mata yang memang loser. Satu hari, Oscar diterbangkan oleh tornado dan tersadai di satu tempat asing yang yang sangat indah juga bernama Oz. Ada ramalan yang mengatakan bahawa kehadiran Oscar memang dinantikan di negeri Oz sebagai penyelamat. Penyelamat daripada siapa? Apa yang bakal Oscar lalui dalam perjalanannya menjadi penyelamat negeri Oz? *eceh, konon surprise la tu. Korang kena tengok sendiri. Sebab saya tak rajin nak cerita.




Jalan ceritanya biasa-biasa je tapi boleh la. Ada banyak juga adegan-adegan kelakar. Ada part yang cemas. Ada part sedih dan hati terluka. Apa yang paling saya suka sebab ada banyak permandangan yang cantik dalam filem ni. Bunga-bunga, rama-rama, pokok-pokok berwarna-warni dan makhluk-makhluk pelik. Macam Alice and Wonderland. Filem Oz ni kalau untuk kanak-kanak 90% sesuai, cuma ada beberapa adegan kissing yang menyebabkan filem ni jadi kurang sesuai untuk kanak-kanak. Kalau ibu bapa sempat tutup mata anak time adegan kissing tu, kira okay la kot. 

Rasa macam nak tengok Jack The Giant Slayer jugak. Tapi tengah sarat ni memang tak selesa pun tengok wayang. 

Untuk pembaca-pembaca setiaku, sorry sebab tak singgah blog korang. Korang kena la biasakan diri tanpa komen saya di entry korang. Nanti cuti bersalin 3 bulan, saya pun tak yakin saya akan sempat nak buka blog. Huhu.

Comments

  1. yelah tu..esok2 asik ngadap blog je ntahnya...bosan bila anak asik tido je siang2..malam2 baru nak merengek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gak plan nak buka blog slalu2. Tapi kat kg line tak berapa okeh. Tp kalo ank tido siang, saya tido la sekali. Ha haa.

      Delete
  2. bestnya dapat tengok wayang....

    wow, untung le dapat 3 bln cuti, saya keje swasta 1st baby 60 hari 2nd tak sampai 60 hari 3rd ni ntah ler... berapa hari... (takmo bagi tahu bos pasal cuti, nanti saya ambil 60 hari jugak untuk 3rd baby ni hehehe..)

    Baguslah sebab dapat bagi baby minum susu ibu sepenuhnya dalam masa 3 bln tu nanti ye..

    Saya doakan moga segalanya selamat yea... (^_^)

    ReplyDelete
  3. Saya suka citer2 yg mcmnie...
    Selamat bercuti pnjang nnt ya..semoga dipermudahkan segalanya.. :D

    ReplyDelete
  4. anak sedara akak dah ajak atikah ngan azalia pi tengokl... tengokler kalau sempat nak gak tengok sebab atikah der sekolah hari sabtu..

    ReplyDelete
  5. saya mls tgk 3D...mahal..hahaha...suka cite Oz sebab saya suka james franco..hehe..compare dgn jack n giant tuh, cite ni lagi best. Yang jack tu boleh la tahan. tapi rasa Oz lagi best. For me la kan..hehe...
    Tak lama dah tu nak bersalin..goodluck!

    ReplyDelete
  6. selamat bersalin dan berpantang..cam best je citer ni..

    ReplyDelete
  7. Yelah..cantik pemandangannya!
    Tapi saya tak brapa minat citer gini.

    Moga selamat bersalin dan semua berjalan lancar ya Lyd. :)

    ReplyDelete
  8. Aduh mak!!! Pki spek?? Nikmat tu jdk kurang. Tp nsb bek sket sbb cite tu best. Sy suke cite fantasy mcm ni. Mmg layan. Sementara lom bersalin ni, bek awak tgk wayang byk2. Kang dah bersalin, susah. Heeeee~

    ReplyDelete
  9. best ye citer ni.... xpelah faham sgt2 neway tq singgah blog KA , X kenal KA personally pun xpelah janji sentiasa dekat di hati ..

    ReplyDelete
  10. cantik view..tapi ciksu tak minta citer omputih :)

    berdebar2 ye tunggu hari..semoga selamat semuanya :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum lyd...mcm best jer cite ni...semoga dipermudahkan semuanya nanti...:)

    ReplyDelete
  12. alamak... ada pulak adegan kissing... kacau betul...

    selamat bersalin ye... guud luck!!!

    ReplyDelete
  13. bila ek saya last tengok wayang...lama sangat dah...mana sempat..anak-anak ramai nak jaga...hehehe...best ek tengok 3D...dah dapat bayangkan..nampak reallah kan..

    ReplyDelete
  14. last masuk panggung sblm kawin sbb husben tak kasi msk panggung lps tu. hehehe... nak tggu cd cerita Cerita Kita. trailer mcm best je.

    ReplyDelete
  15. Bahaya tu, sarat2 masih nak ke panggung wayang....buat terbersalin dlm panggung tentu kecoh, ada live movie pulak...hehehehe...

    ReplyDelete
  16. ohoho memang selagi ada masa ni, enjoy it sehabis-habisnya. Bila dah ada anak nnt, agak limited sikit la, especially kalau kita jenis over protective (I la tu hehehe).
    Jaga2, pecah ketuban kang malu 20 keturunan, tapi jangan wasting time waiting, I dulu punya menunggu takut nak kuar sbb orang sellau bagitau scary things, which is good untuk berjaga2, tapi tak pecah sampai sudah ketubannya, doktor yg kena cucuk kasi pecah.
    tapi kalau terberanak kat panggung, kot2 dapat whole life ticket tengok wayang kan best. hihihi

    ReplyDelete
  17. aku tengah biasakan la ni..

    tapi sekejap2 aku tengok blog..sekejap2 aku tengok blog lagi..kot2 la ada komen drpd ko..hahaha

    ReplyDelete
  18. haritu ingat nak tengok Rock Woo, tapi sebab lewat sangat.. saya pilih lain.antara Oz atau Jack The Giant Slayer. Dua2 nampak besh, tapi lastly saya pilih Jack.

    Klu kata citer ni besh gak, harus kena nengok :D

    ReplyDelete
  19. Sekali sekala layan okla, dapat merehatkan diri..
    Tp tula mesti rasa selesa sebab baby dah besar dalam perut tu kan ;D

    ReplyDelete
  20. aku pun dah tgk citer ni ari tuh. bole la.

    ReplyDelete
  21. Ok...nak biasakan lah ni ☺☺

    Enjoy dulu lyd selagi baby tak kluar. Mcm best jer citer nih. Cari DVD jer lah nnt.

    Selamat bercuti panjang & good luck. Smoga di permudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  22. rasanya tak akan tgk kot..tv pun tak sempat nak layan..hehehe

    ReplyDelete
  23. sempat lagi tgk wayang..haha...cam best je movie tu..nk tgk la minggu nie..

    ReplyDelete
  24. Tak tahu la sempat tgk ke tak movie nie..

    Takpa tgk puas2 nanti baby dh kluar kena rest..hehe

    ReplyDelete
  25. masih smpt ag tgk movie...nti baby mesti suka tgk movie jgk nie hehehe

    ReplyDelete
  26. sempat lagi yer.. hehehehe
    xaci Ahlam dari minggu lpas nk tgok xdpt2...huhuhu

    ReplyDelete
  27. semoga semuanya selamat ye... insyaALLAH.. nanti dah bersalin sila masuk blog semula ye.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...