Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Luth

Sejahteralah ke atas kamu. Alhamdulilah saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang mukanya sebijik macam muka saya, hidung jambu, kulit cekelat, rambut lurus. Langsung takde ikut wajah ke'arab'an Papanya. Kohkohkoh. Bayi sihat walafiat. Berat 2.8kg. Kami namakan dia LUTH BIN MOHD AZRUL. Betul2 ho liaw. Gambar nanti ye. Update guna henfon ni tak support utk upload gmbr. Akhirnya saya tahu jugak cemana rasa Sakit bersalin tu. Astagfirullah!! Memang terlampau sakit sangat. Allah Je yg tahu kenapa Dia jadikan sakit bersalin tu sesakit itu. Huwaaa. Tak mampu nak hadapi sakit tu lagi. Huuuu. Esok saya balik kampung. Ibu dan Bapak mertua ada dtg semalam. Esok sqya ikut derang balik la. So, tak Jadi la nak berpantang sorang2 dgn mat azrul. Oh ye. Saya bersalin Secara normal di ppum pada jam 6.40pagi, tarikh 14.3.2013. So, itu je la.

Oz The Great and Powerful

Sejahteralah ke atas kamu.... Oleh sebab lama sangat saya tunggu anak saya ni lahir, semalam sempat plak saya gi tengok wayang filem Oz The Great and Powerful kat IOI Mall. Saya memang gian nak tengok wayang sebab sejak pregnant, memang tak pegi pawagam[sebab langsung tak penting pun nak tengok wayang. Saje gedik je lebih tu.]. Lagipun rasa macam tak elok untuk perkembangan bayi kalau pergi tempat-tempat lagho cenggitu. Tapi bila saya fikirkan nanti bila anak dah lahir nanti, lagi la susah dan malas nak tengok wayang. Maka saya pegi je la walaupun hati bapakkk berdebar. Takut gak kang air ketuban pecah dalam pawagam kang... Malu 20 keturunan woo. Macam biasa la. Saya pilih versi 3D.  Dah ketagih dengan 3D kot. Cuma yang tak bestnya, saya terlupa yang saya ni nak tengok filem 3D, dahtu  daripada rumah boleh plak saya pakai speck mata tak pakai contact lenses. Kalau nak tgk 3D kan ada speck mata 3D. Dah tu ce bayangkan pakai 2 lapis speck. Tak selesa giler vavi. Orang...

Macamana Rasa Sakit Bersalin?

Sejahteralah ke atas kamu.... Menanti Tibanya Contraction. Masih menunggu. Hari ini adalah 38 minggu 4 hari usia kandungan saya. Saya baru mula bercuti hari ini. Cuti bersalin awal 10 hari daripada tarikh due [18 Mac]. Setakat ini belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi. Takde tanda darah. Air ketuban tak turun lagi begitu juga rasa sakit contraction. Kalau nak ikut sejarah keturunan [kakak-kakak], semuanya berbeza. Ada yang hanya sakit-sakit, ada yang turun darah dan ada yang pecah ketuban terus. Arwah mak je saya tak sempat tanya. Huhu.. Sedis pulaks. Sebenarnya cemana rasa sakit bersalin tu? Sapa yang dah ada pengalaman tu cuba cerita skit. Kawan-kawan yang saya tanya; Shida kata sakit mencucuk-cucuk sampai ke belakang pinggang. Ila kata, sakit yang tak dapat nak dijelaskan sebab terlampau sakit. Ijan kata pun sakit yang tak tergambar tapi sakit dia memang lain macam dan tak pernah ko rasa sebelum ni. Semalam bila doktor tanya saya, ada sakit-sakit tak? Saya kata la ada t...

Abaya Princess Cut

Sejahteralah ke atas kamu,... Saya belum bersalin. Kehkeh. Takpe, ada 2 minggu lagi. Sepatutnya due saya 18 Mac 2013. Cuma sekarang ni saya memang dah tak larat dah nak bangun pagi-pagi bersiap pergi kerja. Tak larat nak drive pergi ofis. Tak tahan dah nak duduk kat kerusi lama-lama, rasa mcm tertanggal tulang punggung masa nak bangun dari kerusi tu. Dan pagi ini baru saya tahu yang sebenarnya saya BOLEH memohon untuk cuti bersalin lebih awal, asalkan kurang 30 hari daripada tarikh due dan mendapat surat sokongan daripada doktor. Kalau saya tahu, daripada minggu lepas lagi saya dah amik cuti. Chaiss. Lupakan la kejap pasal hal bersalin ni. Saya nak ceritakan pasal minggu lepas saya dah beli 2 pasang abaya melalui online. Abaya ni macam jubah la la sebenarnya. Cuma cutting dia berbeza sikit je daripada jubah buatan Malaysia. Dan abaya yang sebenar asalnya berwarna hitam sahaja. Ada juga yang berwarna2 meriah, cuma jarang la ada jual. Terutamanya kalau abaya buatan negara-nega...

Saya Yakin Tapi Orang Lain Yang Tak Yakin

Sejahteralah ke atas kamu... Cemana saya nak mulakan cerita ni ye. Nak kata masalah, saya rasa bukan masalah pun. Cuma ini adalah tentang keyakinan serta kemampuan saya dan mungkin kemampuan suami juga. Macam ni kisahnya, saya nanti insyaAllah akan bersalin di KL. Okay, itu tiada masalah. Ramai yang bersalin di KL kemudian baru balik kampung. Selepas bersalin tu, kakak saya nasihatkan supaya saya stay dulu di KL selama seminggu atau lebih, sehingga luka betul-betul sembuh atau sampai saya betul-betul larat untuk perjalanan jauh. Jadi, bermakna.... saya akan berpantang sendiri dan dijaga oleh suami dalam tempoh itu.  Bagi diri saya dan suami, rasanya macam kami yakin kami mampu lakukannya bersama-sama. Mungkin sebab kami tak ada idea lagi sejauh mana kesakitan saya atau bagaimana teruknya keadaan saya selepas anak ini lahir. Dan mungkin sebab suami juga belum tahu sejauh mana kepenatan yang akan beliau rasai untuk berhadapan dengan isteri yang sementara waktu kelainan upaya...