Skip to main content

Yang Ku Idamkan

Sejahteralah ke atas kamu..

Pompuan mengandung. Mengidam. Saya mengandung. Apa yang saya mengidam? Setakat ni rasanya belum ada. Kalau ada apa-apa yang saya rasa nak makan tu, saya tak rasa itu mengidam. Sebab saya sekarang ni masih tak berselera makan. Cuma syukur alhamdulillah saya dah tak muntah sangat dah. Jadi, kebanyakan jenis makanan yang ada kat atas muka bumi ni saya memang takde hati nak makan. Apa-apa saje yang saya imagine langsung takde rasa dalam hati, "ouhh.. sedapnya kalo dapat makan ni". Never. Kalau saya makan pun semata-mata sebab saya lapar. Dan terpaksa perah otak utk fikir makanan apa yang saya rasa tekak saya BOLEH terima. Huhu.. Dah 4 bulan dah ni. Selera makan masih bermain-main sebelum hinggap pada nafsu saya.

Sehinggakan saya ni, let say bila saya cakap kat suami saya... Nak makan sesuatu, contohnya nak makan daging bakar. Bila suami saya tanya, saya mengidam nak makan daging bakar ke? Saya terus dah rasa taknak makan daging bakar. Sebab saya tak rasa pun nak makan sangat. Cuma sebab saya rasa nutrisi saya tak cukup. Dan makanan yang saya boleh telan plak mestilah yang kurang berperisa takde rempah2 sangat. Jadi mengikut teori saya, daging bakar sesuai la kot. Kalo takde atau susah nak cari, [nak buat sendiri memang jangan mimpi di siang hari la kan] maka takpe la. Saya tak rasa apa-apa pun. Semua benda pun camtu. Bila saya terlintas nak makan, pastu kalau suami saya kata saya mengidam, terus je rasa nak makan benda tu hilang. Untung la suami saya. Heheh. Takyah susah2 dia pegi cari.

Setakat ni susu masih lagi termasuk dalam menu harian saya. Buah pun. Lagi yang saya boleh makan, ialah telur rebus. Makan kosong je. [baru 2 hari saya sedar saya boleh makan ni]. Itu je la. Lambatnya la selera makan ni nak muncul. Saya dah jadi kurus dah ni. Lengan pun dah kurus ni dah layak masuk ujian kelayakan Miss Universe [tapi part lengan je la, sebab ukur lilit dari siku ke bawah ketiak sama. Kot. Hahah. Perasan cam cipan.]

So, okay la. Sekian dulu entry sangap daripada saya. Mohon maaf kepada kawan-kawan blogger sebab saya belum sempat singgah blog korang. InsyaAllah akan slow-slow blogjogging nanti. Kepada yang memberi komen dan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah mak saya, saya ucapkan bilionan terima kasih. Saya hargai sangat komen-komen korang. Terharu saya membacanya. Nak balas satu persatu memang makan masa skit. Huhu... Akhir kata, i leviu olls. [bajet cam shila amzah menang tempat pertama dalam Asian Wave cekonon.]

Comments

  1. Mungkin sebab kesedihan?
    Harap tidak.

    Tak apa..kurus atau gemuk masa mengandung yg penting sentiasa sihat. Makan banyak2, baby terlebih besar pon susah juga. Makan berpada2...ingat yg di dalam...dan sentiasa jaga kesihatan.

    All the best.
    Glad to read this blog again:)

    ReplyDelete
  2. kesiannye... lom ada selera ye... moga selera tu cepat dtg ye.. akak skrg pun dah tak tingin sangat nak makan mcm2... last hari tu yg teringin sangat nak makan takoyaki.. dah lama rasanya.. skrg dah tak rasa.. hmmmmm betul gak.. kadang2 tu bukan nak sangat pun.. just rasa kalau makan ok.. tak dapat pun tak per.. cam boleh sabar je kan.. hmmm tak berapa pasti gak.. samaada nak sbb mengidam atau nak sbb nak makan je.. lapar.. hmm lunch ni nak makan beger mcD je.. sbb dah lama tak makan funfries dia.. ehehehe

    ReplyDelete
  3. awak, jfn lupe amik pil kalsium... nanti gigi awak gugur sbb kalsium diamik oleh anak awak.. (ye ke? ntah..aku takut 'ugutan' sebegitu lalu aku pun amik pil kalsium sbb aku malas minum susu)

    ReplyDelete
  4. Selera tu akan dtg slowly...in my case, stll muntah gak especially lps breakfast. entahla...hanya boleh bersabar. Risau nak gi monthly checkup sbb takut kalau berat x naik nnt nurse bising...padahal selera mkn dah ok cuma kdg2 ada rasa mual gak...sbb tu la makin kurus agaknye...perut mcm x nampak je...huhu...takpela, asal sehat :)

    All the best Lyd!

    ReplyDelete
  5. susah gak takde selera nak mkn ni, lagi2 time pregnant.

    cuba lyd g mkn kat tmpt yg cantik/menarik, kot boleh tarik selera mkn.

    ReplyDelete
  6. Owh haruskah daku ngandung jugak? (Demi jeles lengan anda dah kurus!) Kite dulu pun 3-3 anak takde ngidam pun Lyd (suke laki aku) Tapikan kalau ngikut sejarah (cewah) dulu taim ngandung yg pompuan mmg hari2 minum susu/ air soya pastu makan buah, ayam. Ntah2 bb dalam peyut tu pun gegel takkkk??? Ngeeee...!
    My latest Entry :)
    Menu Besday je ye!

    ReplyDelete
  7. awak ada amik Obimin tak..boleh tambah selera jugak vitamin tu..

    dulu masa ngandung saya camtu jugak... makanan yang saya boleh terima nasi panas lauk ikan masin..tapi susu dan buah-buahan saya ambil jugalah..
    agaknya tu sebab anak2 saya jenis tak kuat makan sekarang ni.. :P

    ReplyDelete
  8. Cheryna Pires : Erm, rasanya tidak. Bukan kerana kesedihan. Mmg sejak awal mengandung lagi tak selera makan. Tima kasih untuk doa itu.

    Jassnani : Haa. Kan? Kan? Takde mengidam sgt pun. Wah. beger mekdi yg mana jadi pujaan utk hari ni? Saya plak makanan segera ni saya kureng skit sejak peknen. Padahal dulu mmg pantang lalu tepi fastfood rest.

    QuTaq: Aku tak amik pil kalsium. Sebab aku boleh minum susu. Setakat ni takde rasa lagi sakit gigi tu.

    Ujie : Saya teringin jugak nak pegi makan kat luar. Tapi... takleh bau makanan yang semerbak. Pastu tempat2 yang terkurung tu saya lemas. Aih.. macam2 la.

    Mrs R : Betul la Mrs R. Saya pun maish loya sekarang ni. Cuma masih mampu tahan muntah tu drpd keluar.

    Farah Deeb : Ye ke Gegel? Kita suka jewww... anak lelaki ke pompuan. Hehehe.

    Nita : Tak amik la obimin. Betul ke boleh tambahkan selera? Kalo mcm tu nak makan obimin la lepas ni. Penat la bila tak selera makan ni. Sampaikan time makan tu dah jadi macam waktu yang paling tak best dalam hidup.

    ReplyDelete
  9. seronok nyee bace kisah ppuan pregnant kak..sy nakk sgt baby tp belum kawen ggrr da gatal nk baby hehehe tp kak just nk share sumthg..dlu makcik na mcm akak teringin makn daging bakar..n suka sgt dgn daging..mase dye bersalin tu taw x baby dye 6kilo.SEMANGAT sgt baby tu..tp comelllllll ;))

    ReplyDelete
  10. mmg ujian btl bila time mengandung xda selera makan sbb kita xtau makanan apa yang boleh masuk kat tekak kita. makan pun sbb lapar n terpaksa makan. macam kila dulu xboleh makan benda yg sama tiap-tiap hari walaupun makanan tu kita blh makan sebelum ni.kalau makan juga, alamatnya muntah ler.

    ReplyDelete
  11. Errr..biasanya orang perempuan mengidam benda2 yg sebelum ni diorang tak suka makan kan?

    ReplyDelete
  12. eh..h pon ade kat sini..hahaha..ko start muntah2 bulan ke bape lyd?..bini aku steady lagi..tak tau la sebab awal lagi ke..

    ReplyDelete
  13. salam
    Kalau tirana aduka.......ehekzz.........malu nk tulis..........

    Teria kasih sudi siggah ke teratak tirana aduka............

    Menulis dari kisah sebenar perjalanan sjka duka kehidupn.............

    ReplyDelete
  14. salam

    Terima kasih sudi singgah,
    Kalau bab mgidam..malu la pulak nak komen...

    ReplyDelete
  15. memahami sangat2 biasalah bila hamil.. doakan yag terbaik aje for u ye

    ReplyDelete
  16. Saya suka tengok org mengandung..wajah nampak berseri2 dan..dan..dan..secara jujurnya mereka kelihatan sungguh seksi!! Istri saya setiap kali mengandung tak lalu makan masakan yg dia sendiri masak. Jadi dia cuma masak utk saya dan anak, utk dirinya sendiri saya belikan makanan utk nya di gerai atau kedai mamak...

    ReplyDelete
  17. Akak paham sangat...akak setiap kali mengandung.. sangat2 la alahan..hingga waktu kandungan yang ke 7 akak terpaksa amik sebulan cuti tanpa gaji... Tak boleh makan..minum susu pun tak boleh..apa yang masuk ke mulut akan keluar semula...sampai satu tahap...rasa nak menangis sbb tak tahu nk makan apa sedangkan perut lapar..masa tu sangat lah risau kat bb...aduhai..kalau di kenang saat2 awal mengandung....hmmmm....

    ReplyDelete
  18. xpela awak.. apa y penting awk sihat kan.. dan awk cba la mkn apa2 yang awk blh telan..apa y penting vitamin folic asid.. sepatutnya mkn msa mrncang mgandung lg...

    ** awk.. sy x mgndung... tp.. bru2 ni cam mberi harapan.. tgk UPT ala-ala +ve... tp esk tu keluar darah byk... ntah la... mmg x mungkin kot..sbb lya kan pkai IUCD,,,

    ReplyDelete
  19. hilang sekejap nikmat makan. tapi tak apa. lepas dapat semula selera tu jangan pulun makan ye. biasa la tu. setiap orang diduga cara lain time pregnant ni.

    ReplyDelete
  20. singgah ptg..
    yg penting jga kesihatan yer

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...