Sejahteralah ke atas kamu....
Registration Melawan Termination
Saya paling tak faham kenapa urusan pendaftaran untuk menyertai sesuatu skim adalah sangat mudah, tapi bila nak terminate atau surrender skim yang sama, bapakkk payah. Contohnya permohonan kad kredit. Sambil jalan-jalan kat shopping mall pun boleh kena terkam dengan promoter kad kredit, sanggup kejar kita, sanggup tolong isikan borang, sanggup pegi submit borang tu kemudian dekat bank. Walaupun dah kata kita tanak, tapi pujuk jugak dengan gigi yang bersinar-sinar. Punya la nak suruh orang amik kad kredit dia. Siap bagi gift lagi untuk tarik minat orang. Pendek katanya, masa tu, kita hanya perlu tenyeh tandatangan je untuk dapatkan service tu. Yang peliknya, bila time nak terminate kad kredit tu, macam-macam prosedur kena hadap. Perlu pergi sendiri ke bank yang berhampiran. Atau lagi jahat, kena pergi bank yang ibu pejabat punya, di bank cawangan tidak boleh membuat termination. Tetiba semua proses jadi susah. Tetiba muncul plak berbagai prosedur yang masa registeration tu langsung tak ada prosedur. Magik kan?
Insurans pun sama. Time nak promote insurans, ejen insurans sanggup datang umah. Sanggup jumpa kat restoren, pastu belanja client makan. Tapi bila nak surrender insurans tu, kena pegi sendiri kat customer service. Kena bawak polisi. Kalo polisi hilang, tak boleh surrender. Apa ni?? Kenapa termination tak semudah registration? Sama jugak dengan line telefon, line internet atau broadband. *Tapi kalo yang prepaid Celcom senang je. By call pun boleh terminate.*
.....................................................
Plastik Sampah
Ada skali tu, saya dapat call daripada seorang wanita mewakili Bank A . Dengan nada yang bapakkk serius, minah tu kata bank negara dah buat peraturan baru bahawa orang yang mempunyai gaji RM3000 ke bawah hanya boleh ada 2 kad kredit. So, saya pun kata takpe la... saya hanya ada 1 je kad kredit. *Itu pun saya dah nak terminate sebab saya dah tak sudi lagi nak pakai plastik sampah tu*.
Then minah tu kata, saya perlu serahkan penyata gaji tahunan saya kepada bank A, melalui fax kalau saya masih nak teruskan kad kredit tu. Hek eleh, ada aku kesah nak bagi? Memandangkan saya memang berniat nak terminate kad kredit, saya terus la amik peluang ni untuk tanya minah tu, cemana prosedur untuk terminate kad kredit saya? Pastu dia boleh cakap yang dia tak tahu. Kalau saya nak terminate, saya kena call care line.
Pelik kan? Dah nko kata ko kerja kat Bank A bahagian kad kredit. Bila saya tanya prosedur pasal kad kredit, dia tak tau plak. So, saya suspect dia ni fraud. Mana boleh mintak maklumat orang, [maklumat yang sangat personal plak tu], hanya melalui panggilan telefon. Gile ke apa? Kalau betul bank yang mintak, mesti akan melalui surat, ada hitam putih betul tak? Even kalau melalui email pun, tidak boleh dipercayai. Saya tanya minah tu, saya mesti perlu fax jugak ke, kalau saya sendiri hantar by hand ke Bank A yang berdekatan tak boleh ke? Sebab dekat-dekat area ofis saya ni, ada Bank A. Dia kata boleh, tapi make sure orang kat Bank A tu fax jugak kepada dia penyata gaji tahunan saya tu. Sebab katanya, orang kat cawangan tu tak tau tentang peraturan baru tu.
Ok. Oleh sebab saya malas nak banyak cerita, saya kata saya akan fax. So, saya tanya nama dia. Dia kata nama dia Miss Lee. Pastu saya tanya lagi, apa nama penuh Miss Lee? Tetiba dia marah, dia kata kat tempat tu dia sorang je nama Miss Lee. Aik.. marah plak. Saya pun kata la... Saya tak peduli la kat situ ada berapa orang Miss Lee pun, saya cuma tanya nama penuh awak, ada masalah ke? Pastu dia cakap jugak nama penuh dia yang mana, saya sendiri pun dah tak ingat. Heheh. Memang sampai ke sudah la saya tak fax apa yang dia mintak tu. Tak meyakinkan pun.
assalamualaikum.. slmt pagi jumaat..
ReplyDeleteaah.. memang pun.. leceh sangat.. saya blom penah la terminate kad kredit ni.. tapi mgkn akan terminate gak nanti.. sbb mmg menyusahkan.. selalu insurance kol mintak join ini.. mintak join itu.. akan di charge kan kat kad kredit kita.. just said YES or NO.. ada one time saya tengah blur.. ada insurance kad kredit ni kol.. kata for rm1k akan charge rm7 for insurance covered.. so kalau guna 4k darab sendiri ler bape.. lepas tu tengah2 blur.. saya kata ok.. after few weeks.. sampai surat yg saya amik insurance to.. to covered if anything happend.. isyyy.. nyesalll.. rasa nak terminate je insurance covered to.. sbb diorang bukan sekadar charge rm7. tapi dah charge melebihi tu.. dah la interest kad kredit tinggi.. geram sangat... smlm dah dapat statement.. boleh dia calculate from last month and this month under one statement.. then i have to pay more than last2 month.. geram lagi..!! sure la.. normally kalau bil tu hantar month by month.. ok gak.. ni 2 month bill for 1 payment.. giler double.. confirm.. nanti nak terminate.. lepas dapat langsaikan.. menyusahkan hidup..
Minah tu sah2 adalah penipu sebab kat pejabat ini pun ada yang terkena. Mujur juga tak hilang apa2 sebab tak dilayan permintaannya. :)
ReplyDeleteSlip gaji guna utk apply je, lps tu bnk dah tak peduli psl gaji/kerja kita. janji byr. Nampaknya tu mmg penipuan, dia nk guna slip gaji lyd la tu..
ReplyDeleteYg terminate kad, kalo susah sgt gunting je kad tu & pos sekali surat nak terminate ke bhg kad kredit bnk. Suami buat gitu kat satu bnk tu sbb leceh sgt. Then buatla follow up call.
Lyd...
ReplyDeleteMemang susah procedure2 tu sebab sengaja disusahkan utk customer tak terminate. Itu memang kalau Lyd tanya org2 yg buat termination, diorg akan jawab cenggitu.
Macam kita juga, mestilah susah nak keluarkan duit, atau menyekat perbelanjaan tak kisah betapa cermatnya kita.
Tapi siapa pula nak lambat2kan duit masuk poket kan?
Lagi satu...apa yg Sha perhatikan sekarang mmg macam2 kes org call mintak itu dan ini. Tak usah dilayan Lyn...pekakkan saje. Cuba satu hari bila dpt call2 pelik - try Google number2 tu. Lyd akan perhatikan byk posting ceritakan perkara yg sama:)
wak pun bengang gituu..uuuHH
ReplyDeleteyg pertama tu KA sgt2 setuju, pengalaman sendiri dan dah banyak kali....
ReplyDeletesaya tak de kad kredit tak tahulah...tapi kalau bab-bab terminate broadband saya call je.sblm cukup 3 bulan saya sambung balik,sbb nanti dia potong terus..he he he
ReplyDeletekak lyd benda2 mcm ni mmg bnayk PENTIPU!! pasal insurace kad kredit lagi broadband smua sma je jna da kenadah..mase nk sign up wahh lembut gusi bdari lidah (harap2 btul pribahsa jna ni hehe) tp bila da nk stop guna ehh mcm2 pulak policy dye kena follow!!!
ReplyDeleteyang pasal miss lee tu jom pukul dye reramai nk hahaha gurau jeee.
kaklyd after this more careful okay INI ARAHAN ;)
biasa laa... time cari org, rajin la sket. sbb dpt customer. tp bila customer nak lari, diorang buat x peduli je la.
ReplyDeleteSaya pernah ada 3 kad kredit, sekarang tinggal 1 saja, yg 2 lagi dah terminated.Nasib baik prosedurnya mudah saja: settle kan baki hutang, isi borang di cawangan bank dan pulangkan kad kredit, kemudian lulus...Sekarang hanya tinggal 1 kad kredit standby utk perbelanjaan2 kecemasan...
ReplyDeleteHmmm, bisnes kat msia ni nak untung je, bila kita tak puas hati takleh terminate pulak, apa hal kan... tapi kalau takde kad kredit susah juga utk urusan tertentu contohnya booking hotel, flight, online shopping etc... tapi kad kredit kat msia mmg bahaya sgt. sy suka sistem kad kredit kat jepun. sistem nye mcm debit kad.
ReplyDeletetak ada kad kredit. kad debit mgkn tp katakan tidak pada kredit. adehhh... pernah uruskan termination bb celcom. senang sepertimana urusan registration. lg senang sbb terus called center. hehehe...
ReplyDeleteno kredit kad..leceh
ReplyDeletesah2 penipu minah tu.usah dilayan ..
abaikan saja
Lepas ni takleh percaya dengan panggilan yang kononnya dari BANK, sebab semuanya tipu. Myra penah kena konon nak check apa ntah... At last myra cakap takpe apa2 saya sendiri akan ke Bank
ReplyDelete