Skip to main content

Susuk

Sejahteralah ke atas kamu...

Weekend baru-baru ni saya takde kerja, so saya surf YouTube cari apa-apa benda yang boleh ditonton. Pastu jumpa telefilem yang pernah ditayangkan di TV3 bertajuk Jane Jamilah. Lakonan Sofea Jane yang pada pandangan mata saya masih sangat cantik serta anggun, Sheila Rusly, Amyza Adnan dan Shamsul Ghau-Ghau. 

Cerita tu jalan cerita dia biasa je, pasal rumahtangga Sofea Jane dan Shamsul yang dah makin pudar. Puncanya masalah komunikasi dan cinta semakin pucat. Mereka ada seorang anak yang dah remaja. So, boleh imagine la perkahwinan tu dah lama. Masing-masing hepi dengan cara hidup sendiri. Buat hal masing-masing. 

Balik rumah pun tak bercakap bukan sebab bergaduh, tapi dah takde benda nak cakap. *Agaknya kalo dah lama kawen memang cenggitu kot? Erm... tapi saya tengok mak abah dan ibu pak macam boleh je masih bergurau walaupun dah berpuluh tahun berkahwin. Ikut orang jugak kot? Huhu.* Sampai satu masa, Shamsul ada pompuan lain yang muda dan amik berat tentang dia. Pastu Sofea Jane sendiri yang ternampak suami dia pegang tangan dengan pompuan tu kat shopping mall. 

Masa tu kawan-kawan Sofea Jane pun ada sekali. Haaa.. kat sini la kelainannya cerita ni. Sofea Jane ada peluang nak terjah suami dia, tapi dia kata dia adalah perempuan yang educated dan ada class.. So, dia takkan buat kerja-kerja serang orang main tarik-tarik rambut macam tu kat tempat awam. Cara dia handle masalah dia sangat cool. Last-last bila dia siasat punya siasat, baru dia sedar, yang dia pun bersalah juga dalam hal tu. Suami dia memang la salah. Tapi dia pun salah jugak. Maka, dia sempat perbetulkan diri dia sebelum suami dia kawen dengan pompuan muda tu.Selamat la rumahtangga mereka.


----------------------------------------------------------

Itu satu contoh cerita pasal rumah tangga orang. Saya tanak la ulas panjang-panjang. Sebab saya pun ada rumahtangga, malah perkahwinan saya belum pun sampai 2 tahun. Nak cakap besar pompang pompang pun takleh jugak kan. Nanti makan diri.

Sebenarnya saya nak cerita pasal ada satu produk ni. Kat Facebook memang dah femes, meletop gedevas dah. Ramai plak tu ejen yang jual produk ni. Nama dia Jamu Susuk Dara - JSD. Saya tak jual. Saya tolong cerita je. Ada rakan blogger yang jual. Nama dia Cik Jannah yang dah lama berzaman tak update blog. Heheh. Jannah, sorry eh.Dia jual kat Facebook je, kat blog takde ye.

Jamu Susuk Dara ni adalah jenamanya saja. Ada banyak produk pil yang dikeluarkan oleh jenama ni. Yang pertama ialah JAMU SUSUK “PENGANTIN DARA”. Cara nak gunakan ni kena masukkan dalam Miss V [you know what i mean kan?]. Pilnya berbentuk kapsul. Dalam tu herba rempah-rempah. Nanti bila kapsul tu larut dalam Miss V, rempah tu yang tinggal dan rempah tu akan tarik semua kotoran dalam rahim. Kekotoran tu akan berkumpul pada rempah tu kot. Pastu kan... nanti kotoran-kotoran tu keluar... Huhu.. Ini part seram skit. Macam-macam rupa kotoran yang keluar tu. Gambar-gambar tu adalah testimoni daripada orang yang dah guna. 



Ini semua bahan-bahan kotoran yang keluar daripada orang yang pernah pakai. Saya tak tau la sejauh mana kebenarannya. Sebab saya tak pernah guna. Wanita mengandung takleh pakai benda ni. Sumber gambar daripada : Zamlyna Enterprise, Mawarbiru Air Laut, untuk maklumat lanjut boleh lawat web ni;  Majalah Dot Com.

Geli tak? Geli tak? Ada berlambak lagi gambar yang telah dikongsi oleh testimoni tapi tak payah la saya nak humban semuanya dalam blog suci saya ni. Nanti korang geli kang. Kalo korang ada kekuatan mental nak tengok, boleh google sendiri untuk tengok gambar dan baca testimoni. Mereka yang pakai ni selalunya sebab ada masalah dah lama kawen tapi tak mengandung. Ada yang mempunyai masalah di bahagian Miss V yang mereka kata dah longgar pastu ada keputihan, lecak dan sebagainya. Bila keadaan Miss V cenggitu, itu yang suami selalu takde selera nak bersama isteri. Ini bukan nak burukkan sesiapa. Masalah ini rasanya normal untuk wanita-wanita yang dah beranak ramai pastu tak jaga pantang, tak jaga makan. Ada yang mempunyai masalah cyst yang baru nak menjadi. Ada yang suami dah geli nak dekat sampai pasang ramai pompuan kat luar. So, kat sini saya share je la pasal produk ni. Nak cerita banyak pun tak tau sebab saya tak pakai. 

Saya ada pakai satu produk JSD ni iaitu feminine wash. Yang ni je yang selamat utk ibu mengandung selain 2 produk lain iaitu masker vagina dan minyak apa benda ntah. Saya pakai feminine wash ni ada jugak kesannya.


Semoga apa yang saya kongsi ni ada manfaatnya untuk rakan-rakan yang ada masalah-masalah dalaman. Saya tak de la rekemen, sebab serius saya tak tau pun sejauh mana. Cuma saya nak tonjolkan produk ni supaya korang boleh pertimbangkan sendiri.



Comments

  1. mgkin bermanafaat utk kawan2 yg len kan!

    ReplyDelete
  2. aah.. saya pun tengok citer jane jamilah tu.. mmg dia tak serang suka hati pompuan tu.. tu lebih baik kan.. tapi mgkn kita tak sabar mcm dia.. entah la apa akan jadi kalau citer tu berlaku in real.. x sanggup? x bersabar? sunat en.laki? kasi tembak ngan senapang gajah..? hahahaha wallahualam.. moga ada akal fikiran.. :)

    produk ni khas lepas bersalin ni.. elok nak rapatkan apa yg dah bosau.. hahaha..

    >>> pstt, ugut haikal pagi ni, sbb saya yg antar dia ke kinder, petang kang abah dia amik dia balik kinder, entah apa yg dia beli plak.. tapi kalau dia dengar, good boy betul.. kena bagi dia chance main game laptop lah.. :) ehehe kalau tak dia kata mama tipu.. mama cakap tak sopa bikin.. hik hik .. lagi susah..

    ReplyDelete
  3. macam ada bagusnya jamu susuk dara tu. tapi kena check dulu cuz takut juga diri sendiri ada kelemahan terus2 pakai.

    good info.

    ReplyDelete
  4. yang pil bulat cam ballbering tu aku yakin berkesan..memang jadi ketat..haha..

    ReplyDelete
  5. tak terkomen..heheh

    yg pasti cpt2 scroll takmo tengok gambo2 tu. saya ni penggeli.

    ReplyDelete
  6. pernah dengar juga..tp tak pernah juga beli...Alhamdulillah setakat ini masih sihat...

    ReplyDelete
  7. salam

    Huhu..kalau rajin godek2 port ta ada cerita pasal susuk

    ReplyDelete
  8. Ramai orang takut nk makan jamu nie. Tapi bagi aku dia sangat ok. Sebab pernah try yang makan punya. Tapi after that terpaksa benti. Atas nasihat doc. Tapi memang baik benda nie. Bg mereka yang bermasalah. huhu.. Dah serupa iklan dah kan. bye.

    ReplyDelete
  9. Memang jamu mengikut kata org ada kemujarabannya. Tapi tak semua begitu. Malah ada istri kawan saya muda2 lagi dah kena kidney failure gara2 tersilap makan jamu. Apapun tak rugi jika selalu berhati2...

    ReplyDelete
  10. cuma telan pil je sebab macam tak berapa berani je dlm masuk dalam. hahaha... benda tu tak larut la lyd. cukup 3 hari kena korek keluar. hah, macam mana tu?!

    ReplyDelete
  11. no komen psl entri ni. tp nak tanya. miss v tu apa? hahaha... ok. x yah jwb.

    ReplyDelete
  12. mcm tak caya je kn.
    dgn letak kapsul dkt miss v boleh kuaq2 sebegitu rupa..

    ReplyDelete
  13. Akak ada la sikit pengetahuan sedia ada tentang produk di atas ni..sbb member fb selalu post kat fb....tp tak pernah cuba lg buat masa ni..

    ReplyDelete
  14. http://www.ahlisantet.com/2017/03/pasang-susuk.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...