Skip to main content

Menang Dermalogica Set Daripada GA Kak Ina KL

Sejahteralah ke atas kamu....


Tahniah saya ucapkan kepada diri saya sendiri kerana telah dipilih sebagai penerima hadiah GA Kak Ina KL berupa barangan Dermalogica. Yey! Dapat free skin care. 

Kalau dah dapat Dermalogica ni nanti kena pakai betul-betul la. Kalo tidak, mesti kena 'menganjeng' dengan suami saya. Sebab facial cleanser Bobbi Brown yang saya beli 4 bulan lepas saya tak pakai pun. Punya la pemalas jaga kecantikan. Kalau nak cuci muka pun dok bantai sabun mandi Oilatum je. Dah tu nak buat cemana. Oilatum tu lagi sesuai daripada Kak Bobbi.

Kak Ina dah umumkan pemenangnya pada 9 Oktober. Pastu saya terlepas pandang plak entry pengumuman tu. Mintak ampun ye kak Ina, saya lambat bagi maklumat saya. Time tu bila saya check balik tarikh, saya MC. Patut la tak buka blog pun. 

Tak sia-sia saya merapu dalam entry GA Kak Ina KL ni. Terima kasih banyak-banyak kat Kak Ina. Silalah anjurkan lagi contest-contest dan GA untuk saya join lagi. Keke.




Comments

  1. tahniah..tahniah..memang bertuah..bestnyer hadiah tu..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...
    wahhhhhhhhhhhhh... TAHNIAH.... bertuah ibu mengandung ni.. :P :) syok ler tu.. senyum sampai ke telinga..

    ReplyDelete
  3. Wahhh tahniah kpd diri sendiri.. eh awak! Silelah sapu kat muka dan bagitau resultnya lebih okeh dari sabun Qilatum tu ke tak? BTW sabun Qilatum apa daaa? Agaga...
    My latest Entry :)
    Tips nak buat kabinet dapor

    ReplyDelete
  4. kalau dah rezeki memang tak kemana-manaaa.... tahniahhh...

    ReplyDelete
  5. tahniah... tahniah *lagu latar: we are the champion"

    ReplyDelete
  6. tahniah,saya pun dpt brg Neutrogena tu....hari selasa tu kak ina hantar by hand, dtg bangi....

    ReplyDelete
  7. congrats! rezeki ibu mengandung ni...so after this, sila lah merajinkan diri ye...kalau lah saya yg dapat...gumbiranya!! haha...

    ReplyDelete
  8. Tahniah lyd! Dpt gak hadiah yg diidamkn.

    ReplyDelete
  9. Tahniah ye... :)
    Lepas ni bolehla pakai :D

    ReplyDelete
  10. bagus lyd....try la pakai..sy dulu pernah gak pakai dermalogica ni..huhuh

    ReplyDelete
  11. congratsss lyd..nak share adiah JOM! ;))

    ReplyDelete
  12. Wah...Lyd! Gift yg bermanfaat macam nieh memang geram la kan:)

    Anywayz, nanti jangan lupa ye kasi testimonial. Ramai kata bagus brand nieh. And..u deserved it dear. Seorang yg focus...so mmg deserve:)

    ReplyDelete
  13. Seronoknya dpt hadiah..tahniah..tahniah..tahniah!!

    ReplyDelete
  14. Salam singgah sambil tengok set yang dimenangi :)

    Best tul ;D

    ReplyDelete
  15. haha...cuci muka okeh lagi...tp dgn toner..dgn moisturizer..masker...mmg tak rajin..kalau beli satu set...patutnya pencucci muka dia org kena bagi 3 tiub, yg lain tu bagi dalam bentuk sampel pun takpe...sbb mmg tak rajin pun nak pakai

    ReplyDelete
  16. tahniah..bestnye lg2 dpt set cmni...bila lah kita nk bertuah pulak ni

    ReplyDelete
  17. tahniah2. ada bercadang utk tukar set pencuci muka sebab yg sekarang ni buat kulit rasa terlebih myk.

    ReplyDelete
  18. Dermalogica adalah produk terbaik muka yang pernah saya digunakan. Saya hanya ingin berkongsi dengan anda bahawa saya mendapat Dermalogica produk wajah dari LahBeauty.com. Mereka menawarkan harga yang terbaik di bandar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...