Skip to main content

Makluman : Lydsunshine is MC Today

Sejahteralah ke atas kamu... Saya mc hari ni. Demam dan selsema. Semalam dah start selsema, pastu ptg Pegi klinik Bakti utk minta ubat tp doktor Taufiq baik hati bg saya MC 'i'll cover you for tomorrow', so saya mestila suka. Sekarang ni, saya ada 1 sakit yg kena tanggung iaitu sakit tulang punggung. Mengikut kata org berpengalaman, sakit tu normal bila kandungan dh makin membesar. Sbb tulang akan mengembang utk sesuaikan dgn beban kandungan. Tapi, (hidop kalo xde tapi takleh ke??!), wp saya tau condition itu normal, saya nak tau jugak kot2 ada cara yg boleh saya buat utk kurangkan kesakitan tu. Biasanye sapu minyak panas Mestika je. Itupun xleh gosok beriya-iya ibu kata. Sbb anak dalam kandungan tu menumpang kan tulang belakang. Kalau sapu pun kat bhgn punggung ke peha. Jadi, semalam alang2 dah jumpa doktor, saya tnye la apa yg boleh saya buat utk kurangkan sakit tu (mmg lgsg tak penyabar mcm nabi Ayub. Sakit smpai last2 tinggal tulang, hati dan lidah baru beliau berdoa untuk sembuh. Itu pun bila beliau takut lidah dah tak dpt menyebut Allah dan hati xdpt ingat Allah.). Pastu doktor bagi gel yang katanya boleh dibawa bersolat. Doktor kata kalau sapu minyak panas, hanya panas kt luar je. Tak menyerap ke otot. So, gel yg dia nk bagi tu akan menyerap. Saya pakai semalam macam ok jugak. Cuma dia tak panas. Sejuk2 je masa sapu tu. Gel tu namanye KOP - Ketoprofen Made in Bangladesh. Sakit punggung nak tau rasanye macam bila kita duduk kat kerusi, bygkan tulang tungking kita yg hujung skali tu dikuncikan pada kerusi tu. Pastu bila kita bangun masa kunci tu belum unlock then tulang tu masih melekat kt kerusi sedangkan kita dah pun bgn. Sakit sgt. Pengsan dalam hati berkali-kali. Tp takpe. Bersabar sahaja. Ini dugaan utk saya. Kalau tak, mana nak rasa pengalaman2 ni semua ye tak? Ini kenangan yg akan saya ceritakan kt anak saya nanti InsyaAllah. Hari ni saya update blog guna henfon jek. Takleh nak upload gmbr. Takleh nak blogwalking. Esok insyaAllah saya lawat blog uolls! Tata!

Comments

  1. Itulah untungnya jadi wanita. Diberi oleh Allah pengalaman mengandung dan melahirkan dengan kesakitan2 untuk meringankan beban dosa kita. Kerana itu juga, syurga itu di telapak kaki ibu letaknya. :)

    ReplyDelete
  2. ohhhh ya ka... moga cepat sembuh ya.. rehat banyak2... :) ibu mengandung ni mmg mcm tu.. banyak cabaran dan dugaan.. tahap kesihatan banyak di duga.. :) take care dear.. :) bye.. ta ta titi..

    ReplyDelete
  3. dua kali ngandung tak pernah pulak sakit punggung...punggung koi ni mmg dah semulajadi lebar kot...tapi selalu sakit ari-ari. Bisanya macam dah terkeluar sgt dah budaknya...

    ReplyDelete
  4. Sha tak pernah rasa mengandung, mungkin itu nikmat awak yang merasa. Kadang2 bila fikirkan seksa kawan2 adalah suka kita, memang tak adil. Mana taknya, kita tak pernah merasa...ada masanya terlebih teruja dengan keadaan mereka, walaupon mereka sebenarnya perit. Bukan semua org mampu rasa apa yg awak rasa.

    Tp Lyd...Sha bangga awak dapat terjemahkan ini sebagai satu yg positif. 2 minggu lepas, Sha melawat org yg sakit macam awak. Malangnya, puncanya ialah slip disk dan bukat sbb kandungan.

    Alhamdulillah, mengenali awak buat saya bangga dan ceria sbb awak tak bising, tak mengomel di twitter spt sesetgh sahabat yg lain yg ada masanya mencuit hati ini yg selalu berkata,

    "Takkanlah tak rasa bahagia? Kalau aku ada rasa itu...alangkah baiknya."

    ReplyDelete
  5. Kalo gitu mmg susah nk buat kerja..

    Moga lyd cpt sihat ya!

    ReplyDelete
  6. best dpt mc. tp x best sbb demam. anyway, semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  7. dah bulan keberapa lyd...mmg pada akhir2 sakit belakang menjadi2 kan..eee susah nak tidur..ingat lagi..sekrang akan merasa lg..dpt membayangkan..
    byk2 bersabar yer...kalau srh che abe urut pun blh jgk..rs makin lega sebab rs mcm dia menmpang rasa sakit tuh ngan kiteerr

    ReplyDelete
  8. Eh, awak preggy ke? Huhuhuhu.....jaga kesihatan ya?

    ReplyDelete
  9. alaaa kesiannya..na nk commnt pjg pun na tatw sbb belum merasai sakit2 utk perempuan ngandung ni..tp na doa lyd cepat sembuh "Yaallah kau lindungilah kak lyd jauhhi laa dye dari segala penyakit dan beri la dye kesihatan yg sempurna AMIN ;)

    ReplyDelete
  10. get well soon. selalu sakit tulang belakang. meamng tak tahan tp kena tahankan jugak la. kalau tak, satu hape pun tak boleh buat. oh, meamng tak boleh buat apa pun kalau sakit belakang tu. hehehe...

    ReplyDelete
  11. Kite pun C jugak hari ni tapi bukan MC tapi gi wat IC anak hehee... take care eh. Kite takde sakit belakang masa ngandung dulu (mungkin sbb bontot mmg dh besar semulajadi agaga) tapi lepas jatuh jamban haritu mmg sampai harini takleh membongkok atau duduk lebih 5 minit atas permukaan keras. Nak bangun tido pun azab sbb belakang sakit so tahnks la sgt sbb advertise ubat dari Bangladesh tu. Ku nak gi carik skang!!!
    My latest Entry :)
    WW: Excited Dah Cuci Umah Baru!

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum lyd...selamat bercuti yer...:)

    ReplyDelete
  13. hari ni cuti jgk .. tp bkn mc .. sb hb ayahanda .. tapi xleh nk balik kg lg coz esok keje lg .. huahua .. anyway get well soon ..

    ReplyDelete
  14. akak setuju ngn kakcik...kakcik ni kalau mengomen memaang bernas... oang2 yang punya ide hebat....

    Lyd akak dulu pun mengidap rasa sakit yg serupa jg...bahagian tulang punggung...bila kandungan dah semakin membesar tulang tu turut memberi sama...tu yg rasa sakit dan sedikit rasa tidak selesa..

    ReplyDelete
  15. Masa cik istri mengandung sorang demi sorang, saya selalu berdoa agar kesakitannya dipindahkan kpd saya, tapi Allah jua yg menentukan hanya dia yg menanggungnya...Mungkin Allah Maha Tahu lelaki tak sekuat wanita utk menaggung kesakitan itu...

    ReplyDelete
  16. kalau boleh duduk berlapik alas bantal ,jangan tumbuh bisul lak..he he he..semoga cepat sembuh ye Lyd...

    ReplyDelete
  17. banyakkan rehat lyd..moga diberi kesihatan yg baik sepanjang preggy ni

    ReplyDelete
  18. Take care ye Lyd dan semoga cepat sembuh... :)

    ReplyDelete
  19. take care lyd..
    cksu tak da pnglaman nk share pon.huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...