Skip to main content

Ini Kisah Makan : Apa Rasa Tako Tao.

Sejahteralah ke atas hengkau....

Kan saya kata hari tu dalam entry yang lepas-lepas, saya dah boleh makan a.k.a melantak dengan penuh istiqomah. 

Tako Tao. Lokasi : Giant, Taman Permata. Pegi sini sebab nak tunaikan janji kat si kinting Amaluddin. Janji dengan dia nak bawak dia gi Giant utk beli mainan. Selamat le dia tak reti nak mintak pegi tempat-tempat lebih exclusive. Kalo tidak maksu dia ni terpaksa buat-buat masuk spital sebab tak mampu nak layan. 

Ini 1st time saya makan Tako Tao ni. Itu pun sebab ramai yang menceritakan kesedapang makanan ni. Lagipun saya ni kan bajet cam 'konon-konon aku Jepun'. Hahah. Saya take away Tako Tao ni. Jadi, gambar close up takde sebab masa dalam keta tu dah tergolek-golek kotak Tako tu masa suami saya buat 'kona baring lipat kajang' dengan keta Kenari veteren saya. So, kalo nak amik gmbr pun memang kus semangat le buruk rupanya. Tako ni rasa dia [ikut tekak saya la kan. Lain org, lain la dia punya penjelasan tentang rasanya], macam tepung jemput-jemput tapi dia lagi lembut daripada cucur udang. Tepung tu kosong je, ada la rasa masin-masin skit, pastu kat tengah tu dia akan letak inti/lauk [sila tengok menu yang ada depan cermin dalam gmbr di bawah ini]. Saya pilih prawn dan chicken & cheese. 2 kotak nkau aku beli. Punya la nak try kan.

Pastu dia goreng dalam acuan yang macam acuan baulu tapi bentuknya takde la bentuk ikan atau kerang, just semi sfera je. So, bila dipusing-pusingkan masa nak membalikkan tako tu, nanti jadi le bentuk bulat.
Nampak muka akak tu dah tenung saya dengan penuh tanda tanya, "apsal la mak buyongs ni beriya sangat nak amik gmbr aku tgh buat Tako ni.  Aku tikam mata dia dgn chopstick panas ni nanti baru ko tau".

Bila dah masak tako tu, warna dia warna krim. Pastu dituangkan sos yang warna hitam, rasa sos tu macam ala-ala barbeque sos. Tapi dia pahit skit. [tekak aku le rasa pahit. Buat masa ni, yang warna hitam-hitam ni semua aku rasa pahit. Kicap pun aku rasa pahit jugak. So, rasa sos ni jangan pegang 100% la kata-kata aku.]. Kemudian dijalurkan mayonis selepas sos tu dituangkan. Kemudian ada sayur kering dan jugak kepingan ikan yang rupanya saling tak tumpah macam plastik warna coklat jernih. Rasa kepingan ikan tu macam rasa ikan la, tapi bila kunyah dia agak liat. Suami saya suspects, itu adalah memang plastik. Pastu dia siap buat ujikaji guna microwave, tapi plastik tu tak cair. So, bukan plastik la.

 Lepas selesai beli Tako Tao, singgah beli jambu batu taruk asam boi. Si Amaluddin plak nak air sighap. So, beli la kat dia.
Itu yang Amaluddin peluk tu mainan bubbles. Nampak plastik putih yang ada kotak merah kat atas gerai tu? Itu la kotak Tako Tao yang saya beli tadi. Pastu lepas dapat jambu dgn air, saya tinggal plak tako tu kat situ. Kena patah balik amik. Dah la panas terik masa tu. Balik rumah lepas hantar Amaluddin balik, saya muntah dengan jayanya. Hehehe.


So, itu je la kisah makan-makan untuk kali ini. Simple je kan? Sesape nak try Tako Tao, bleh la pegi Giant Taman Permata. Kesimpulan yang saya boleh bagi, rasa dia biasa-biasa je. Boleh makan la. Tapi saya takde la gemar sangat. Suami saya pun tak berapa suka sangat. Dia pun setakat biasa-biasa je. So, kalo suami saya pun rasa biasa, maknanya tak berapa la tu. Sebab dia tu makan apa pun sedap aje semuanya. Hehe.












Comments

  1. Salam Lyd..kureng best jer tako tao..awaladin habes tak makan..hehe..so baik makan jemput2 ikan bilis lagi yerr..hehe

    ReplyDelete
  2. Takoyaki nieh street food Jepun. Macam kita dengan cucur udang ataupon cekodong pisang kita.

    Tapi biasalah kan, budak2 zaman sekarang nieh (bukan semua tapi segelintir) jadikan makanan itu satu trend. Red Velvet Cake lah, Pavlova dll:)

    Apa yg Sha perhatikan (dah kata suka surfing pasal makanan) setiap kumpulan masyarakat tu mesti ada cekodok mereka yg tersendiri. Ada yg bkn cekodok sangat, tp macam bergedel pon ada.

    Mungkin cekodok/fritters nieh dulu basic memasak agaknya. Itu tak dikaji pulak lagi. Mungkin. Selepas nieh bila ada masa, kita kumpulkan jenis2 cekodok di seluruh dunia.

    Eh, tiba2 ada idea plak pasal posting lepas nieh.

    ReplyDelete
  3. Penah gak dengar orang kate best2 pasal si tako ni tapi bile dah dapat penerangan terperinci cenggini, rasanya niat suci nak membeli terus dibatalkan kot ngeh, ngeh, ngeh... tapi dasat gak ek untuk percubaan merasa boleh beli sampai 2 kotak! Owh ye lah, dalam perut pun kena kire gak kan hehehe... encek somi pun bersemangat waja membuat eksperimen ek? Kalau encek somiku tengok benda alah2 cenggitu dia wat eksperimen dalam bakul sampah aje huahua...
    My latest Entry :)
    WW: Ekau Hado? Heheh...

    ReplyDelete
  4. Dulu selalu makan tako tao kat jusco..! Ikut anak tekak mamavogue yg telan ape saje janji name nyer makanan ni, sedap gak..hihi

    ReplyDelete
  5. Sy pnh gak mkn. Tp versi Jusco. Hehehehe...oklah. Biasa je. Mcm mkn cekodok. Heee~

    ReplyDelete
  6. tako tao kat jusco sedap....penah mkn kt jusco sunway pyramid n jusco queensbay penang, both sedap...penah mkn takoyaki yg dekat the mines xsedap lgsg!...kesimpulan, bila rasa teringin baru blh mkn..hehe

    ReplyDelete
  7. Pernah dengar tentang tako ni, tapi tak pernah rasa. :)

    ReplyDelete
  8. saya suka expression tak kuasa kakak pembuat takotao itu... sangat elegan tanpi misteri.... hahahahahaha

    ReplyDelete
  9. Tak pernah tau pun..kuih tako melayu tu taula..hehe

    ReplyDelete
  10. wah...mama-to-be dah berselera nampaknye! good! tapi nape termuntah jugak at the end tu..huhu...

    ReplyDelete
  11. lepas makan baring jer...ataupun tiap kali rasa loya minum air masak.
    tak berkesan 100% tapi bolehla

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum lyd....sedap juga pertama kali cuba...anak mama suka sangat beli n makan sesama akhirnya jadi suka juga...:)

    ReplyDelete
  13. sedapnye kaak makan... lady sampai skrg xleh makan lagi.. br je dua hari belajar tuk makan sikit2.. tp ok la .. try mkn slow2.. tp satu kak.. lady mkn hanya boleh mkn sikit jerk.. tp cpt sgt lapar.. kalau lapar tu siap bleh gigil2.. rs mcm nak makan time tu jugak.. kalau lmbt2 memang rs nk mrh2 pd semua jerk.. hehehe.. kalau bau tu plak.. semua bau xleh.. bau wangi or busuk semua busuk jadinye.. stress jugak.. huhuhu

    ReplyDelete
  14. akakpun bolehler makan tapi idakler jadi kegemaran ngat....
    orang duk cerita kitapun mencuba...

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum...
    sihat ke mak yong? hmmmm cuti raya mcm mana? best tak.. hehehe.. :)
    >> saya pun hari tu ngidam nak tako gak.. tak penah rasa.. so satu hari ajak asben gi cari.. dapat ler makan.. mmg rasanya tak ubah mcm cucur je.. cuma letak sotong kurita dlm tu.. hehehehe.. ok ok lah... bukan setakat nak minat.. boleh tahan je.. dah try.. dah tau rasa dia.. puas hati.. :)

    ReplyDelete
  16. salam..lyd sihat..

    tak penah pula try.taman prmata area mana errkk

    ReplyDelete
  17. kak lyd...tako tao tu fevret na okkay!! na slalu pg kat asia cafe subang!!! mmg sedapppp nsgt!!!!

    opss pasal jambu tu na kureng sikittt hehehe

    ReplyDelete
  18. oh... kat msia takoyaki tu dipanggil tako tao ek.... ckodok jepun inti tako (sotong). wajib makan masa tgh panas2. dah sejuk tak best dah. kat sini ada mcm2 topping... sos hitam ngn mayonis yg paling femes (sy tak berani letak sos hitam takut tak halal... kalo nk mkn ngn sos hitam kena buat sendiri... ada yg halal dijual), ada gak mkn ngn sup miso. cicah ngn syoyu pun ada. tapi inti dalam takoyaki always tako (sotong)... kira msia nye style lebih advance le kan... siap inti mcm2 jenis. unagi pun ada tuuu... lum penah jumpa unagiyaki kat nihon...hehe

    ReplyDelete
  19. awaludin bermanjaan dgn mok su da ye....

    tako kao... x pernah makan pon ...

    ReplyDelete
  20. Pernah dengar makanan Jepun tu tapi tak pernah makan. Apa pun cokodok jugalah pujaan hatiku!!!

    ReplyDelete
  21. nak cuba nak cuba *sambil melompat

    ReplyDelete
  22. bes ke lyd tako tao tu...

    akak 'suke' tengok kuku akak yg buat tako tao tu..hehe..

    ReplyDelete
  23. eh ni kena cuba ni..walaupun cekodok aku nk g carik :)

    ReplyDelete
  24. Tako Tao adalah jenama. Nama makanan nie ialah Takoyaki.

    Saya adalah peminat Takoyaki dan kerana minat saya buat sendiri, gigih cari semua equipment dia... so Insya Allah ikut selera saya..


    Sedap.. koh koh koh

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...