Skip to main content

Gone In 60 Seconds - Garret Popcorn

Sejahteralah ke atas kamu....

Garret Popcorn Plastic Bag.


Dalam beg plastik tu ada 2 pek kecil popcorn. Setiap satunya berharga RM17.  Mengidam nak makan popcorn ni. Amboi anak saya punya selera. Kebaratan plak hari ni. Terima kasih kat opismate, En Izwan  merelakan diri untuk membeli kiriman ni.

 Flavor yang saya pilih adalah Chicago Mix. Ada 2 perisa yang dicampurkan dalam pek ni ; CheeseCorn dan  CaramelCrisp. Yang penting, lepas la hajat saya nak melahap makan popcorn mahal ni.


Warna kuning ni perisa cheese. Rasa dia sebijik macam rasa cheezel yang cikedis dalam plastik biru tu. Rasa dia okay jugak, cuma bila kunyah tu, dia tak rangup. Macam lemau-lemau ubi je kaedahnya. Tapi yang caramel tu sedap la. Memang crunchy sgt. Pastu memang takde seulas popcorn pun yang tak bersalut caramel. Kan kalo kita beli popcorn kat GSC masa nak tgk wayang tu, popcorn dia ada yang tak rata gula hangusnya. Bila makan pun rasa lemau2 pastu boring je tak manis. Haaa... yang ini memang takde potensi nak jumpa yang masih putih-putih tak bersalut tu. Semua disaluti caramel yang sangat sedap. Slurpp... tapi sape yang tak berapa suka manis mungkin tak suka la kot.


Ada lagi perisa lain yang dijual di Garret Popcorn, KLCC ni. Ada yang plain. Ada yang Buttery. Lagi 3 plak yang ada kacang; Almond CaramelCrisp, Pecan CaramelCrisp dan Cashew CaramelCrisp. Yang berkacang ni sama macam CaramelCrisp tu jugak, cuma dia ada kekacang yang mahal2 tu. So, harganya lagi mahal la berbanding yang takde kacang. Satu peket kecik yang lagi kecik daripada pek kecik kat atas ni, harganya RM20.

Mengikut soal jawab di dalam website Garret Popcorn Malaysia, mereka sedang nak dapatkan pengesahan halal daripada Jakim. Dan mereka akan/dah buka cawangan di One Utama. So, itu je la.



Comments

  1. assalamualaikum mak yong..
    alahaiiiii.. dia tunjuk pop corn sedap plak.... uwaaaaa.. nak gak camni... kannnn tak penah makan pop corn mahal.. nak gak rasa.. so far skrg ni dah abis tahap ngidam melampau.. ade sikit saki baki ngidam ngade2 je... heheheh.. kat mana beli ni? amboiii.. cer citer sket.. dah ler dok kecoh pasal crepe durian skrg ni.. tu pun lom dpt lagi.. camne tu.. :)

    ReplyDelete
  2. yang ini memang sedap lyd.. ikut jelah rasa tekak tu selagi daya nak kunyah selagi selera ada, janji x berlebih2 kan !

    ReplyDelete
  3. yg caramel tu sedap betul...selalu mkn sorok2 je takut org mintak...hahahha

    ReplyDelete
  4. Tetiba rase mengidam nak makan ni jugek... B-)

    ♡sanah helwah....ucapan untuk hari lahir seseorang...♡♡

    ReplyDelete
  5. ooooooo.. jauh plak nak ke KLCC.. tapi tak per.. nanti kot2 pass away depan tu leh singgah.. tapi bila? huhu.. dok je KL tapi tak penah gi KLCC camne tu.. kuangx3.. pecah rahsia.. ssb tmpt tu crowded.. and susah nak parking.. dlm erti kata lain MAHAL parking.. uwaaaaaaaa.. pos bley? kasi penumbok sebijik.. :P anyway.. thanks for de info.. insyaALLAH.. kot2 sampai ke KLCC before deliver.. iyer ke? boleh la beli.. kalau tak simpan sampai baby besar soh dia gi rasa sendiri.. huhuhu.. aah.. kat m/valley tu dengar kata ada jual durian crepe tu.. sbb ada rakan fb sanggup amik half day leave utk rasa durian crepe tu tau.. uwaaaaaa.. tapi m/valley tak jauh.. just pass by jln klang lama je kan.. :) thanks mak labu :P

    ReplyDelete
  6. pass away plak.. kuangx2.. sapo ninggal kan.. PASS BY.. pembetulan mak labu.. :P harap maaf ye..

    ReplyDelete
  7. Pergh..mahal tu..kena kunyah pelan2 utk lebih nikmat!

    ReplyDelete
  8. Anak dlm perut minta tu, selagi mampu kunyah dan telan ikut aje la....

    ReplyDelete
  9. a ah..nmpk sedapla pop corn ni..lya tgkpon meleleh ni

    ReplyDelete
  10. Suka sangat dgn caramel crisp & cheesecorn... dlm fridge kat rumah masih ada.. makan sikit2 bila teringin :-)

    ReplyDelete
  11. yang kat tgv ade popcorn 30hengget tu ko dah try lyd..cam sedap je..lagi mahal dari harga tiket wayang kot..haha

    ReplyDelete
  12. haaa baru laa na taw hari ni kenapa org suka mkn popcorn ni *gila lembap na ni*

    tp siyes b4 this na pelik kekadang org beratur pjg gila sbb nk beli popcorn ni..pelik gila tym tu...padahal na klau mkn popcorn 10biji yg kecik tu da xselera da hehehe mcm best!!! NAK TRY!!!

    ReplyDelete
  13. Wahhh akhirnya!!! Best ke campur2 dua flava camtu? Ade gak kwn suggest semlm (smlm kitepun br je sebat garret caramel kawan punye haha) Yang ade kacang2 tu mmg mahal sket sebab bile makan ade kacang tapi kwn kate yg caramel ni the best kot so far huhu...
    My latest Entry :)
    Berhati-hati membeli secara online

    ReplyDelete
  14. salam lyd...teringat jgk popcorn yg biasa makan kat GSC dulu..terliur lak... tp rs caramel tuh menyebabkannya menjadi sedap kan..

    ReplyDelete
  15. waaaahhhhh.... sedapnyyeeee.... terliur.....

    ReplyDelete
  16. mungkin satu hari nnt akan mkn jugak popcorn ini.

    ReplyDelete
  17. makan sorng yer..ada lagi lebihan..hehe

    oh ya ina intanberlian dah selamat bersalin
    ciksu ada buat n3..jemput la singgah ..

    ReplyDelete
  18. Tak penah makan lagi Garret PopCorn nio, ramai kata sedap.. Tapi itula mahal kan :)

    ReplyDelete
  19. aku kalo tgk wayang, mesti kena ada popcorn. slalu nyer aku nyer abes la. pastu wife aku offer dia nyer popcorn. pun aku berjaya abeskan.

    ReplyDelete
  20. best popcorn ni..tapi harganya pun boleh tahanlah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca