Skip to main content

Suka Amik Gambar Sendiri Itu Camwhore?

Sejahteralah ke atas kamu....

Biasa yang suka amik gambar sendiri ni pompuan. Lelaki jarang sangat yg suka bergambar kecuali Uncle Gedek, itu pun sebab konsep blog dia self-portrait.

Korang penah dengar tak perkataan 'cam-whore'? Kalau budak2 pompuan amik gambar sendiri then derang sendiri mengaku derang cam-whoring. Contohnya amik gambar sendiri  guna henfon buat mulut muncung pastu dia kata dia camwhore.

Selama ni saya tak tau pun apa benda maksud camwhore tu. Walaupun perkataan 'cam' tu sefaham saya maksudnya camera. Tapi 'whore'? Setahu saya maksud whore tu ialah pelacur. Tapi saya tak amik pusing sangat. ['Amik pusing' ni adalah perkara yang paling susah nak buat kalau ko sakit tengkuk. Muahahahahha. *hanya utk org yg faham sahaja.]. Mungkin itu adalah istilah budak2 zaman sekarang untuk menunjukkan yang mereka sedang amik gambar sendiri dengan muka tak malu. Mungkin saya yang dah ketinggalan zaman tak tahu istilah mereka.

Tapi bila saya google, cam-whore tu bukan bermaksud korang muka tak malu amik gambar sendiri. Tapi maksud sebenarnya adalah kamu bergambar [amik gambar sendiri] bagi tujuan mempromosikan servis seks di internet. Contoh macam amik gambar tanpa baju, nampak semua humps yang ada di bahagian dade. Atau amik gambar tempat2 sulit demi menarik perhatian pengguna-pengguna internet untuk tujuan tertentu la. Takyah la cerita apa fungsinya upload gmbr bugil kat internet ye dok? Sebab saya pun tak tau.

So, sebelum guna sesuatu perkataan tu, jangan main ikut je. Kena la tau maksud dia.


Enterframe lagi. Suka glemer kot aku ni. Muehehehe. Gelakkan diri sendiri. Gambar ni kiterang camwhore amik masa kat Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Masa tgh setting self-timer kat tangga, ada makcik lalu atas jambatan tu geleng kepala tgk kiterang bergalok kat bawah dalam semak ni. Mungkin dia ingat kiterang belum kawen lagi kot. Hehehe..  Eh, ini caption ke pertandingan essay peringkat kebangsaan? Hahah.
Sumber : Wikipedia, Ivan Lim

Comments

  1. perasan juga istilah ni selalu dipakai orang. tapi tengok je perkataan wh*re tu macam tak sanggup pulak nak guna untuk gelarkan diri sendiri. huhu. agaknya kita ni bukan dari jenis yang open minded dan moden kot. kolot la senang cakap. huehuehue

    btw eh, comel la gambar budak 2 org tu. umo bape tawon ni?? hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Akak tak berkenan ambik gambar sendiri tp bergambar utk simpan sbg kenangan je. Kalau saje2 tyg muka dgn lidar terjelir, mulut menganga luas....ish...tah mcm hape org tua2 tgk. Akak dgn hubby kalau bergambar mcm tiang letrik, tegak je...hehe..sbnrnya ada juga lawak2 tp taknak tayang, malu.

    Dik, wajib bw kad nikah pegi mana2, kang tak pasal kena tangkap khalwat!

    ReplyDelete
  3. ada jugak baca orang tulis camwhore tp tak pernah guna pun. tak tahu maksud kan. bunyi pun mcm tak sedap je.

    ReplyDelete
  4. suka jugak amik gamabar sendiri..tp x suka nk upload sgt.. tunjuk kt husband je..pastu delete..hehe

    ReplyDelete
  5. budaya suka terikut2 ni sampai tak sedar apa makna sebenarnya kan..leh laa bergambo tapi jangan laa sampai jadi gila kamera sikit2 nak amik gambo sikit2 nak amik gambo muka serupa camtu gak..bukannya boleh amik gambo lagi banyak lagi muka leh jd cun ..lagi tak boleh blah ada laa!! hahaha

    p/s: akak, saya suka laa pose tu..nampak macam kanak2 riang plak..sweet couple lorrrr

    ReplyDelete
  6. wani : tu la, awal2 tgk perkataan tu dah nampak tak senonoh dia. Tak berani nak guna.

    Zana : heheh.. kiterang yg bergambar mcm ni, sbb saje dah boring bergambar keras je buat peace guna jari. *eh, kad nikah mesti bawak kak. Lesen agung tu.

    anisalya : ha ah, bunyi dia mcm kurang sopan.

    kyo : sama le kita. saya pun suka gak amik gmbr sendiri. Tapi send kat suami je kalo dia outstation atau kat ofis. Nak upload tu takde le.

    Saffiya : hahaha...marah nampak echa. Nak amik gmbr tu takpe lagi. Asalkan jangan le guna istilah yg salah utk amik gmbr sendiri tu. Istilah camwhore la. hehehe.

    ReplyDelete
  7. baru tau istilah sebenar. camwhore la sgt budak2 zaman skrg ni kan. huhu..

    ReplyDelete
  8. sy pun baru tahu maksud dia yg sebenarnya. Astagfirullahhh...tak penahlah sy camwhore2 ni. eheh

    ReplyDelete
  9. lya mmg suka ambik gmbar sejak dulu.. bkn krn jd blogger suka ambik gmbr..tp mmg sjk dr kecik..klo time skolah dulu..slalu la jd phot-g mjalah skolah... tp lya mmg x pnh gna istilah tu pd diri lya.. sbb dh tau mksudnyer g2.. itulah..zaman2 skarang mcm2 istilah ..smpaikan x selidik dulu mksud dsebliknya.

    wah..kiutnyer pic berdua tu..sporting morting lake;-)

    ReplyDelete
  10. Asmara : TU la As. Bila tau maksud sebenar, baru le rasa pelik dgn budak2 skrg yg suka guna perkataan tu. Tak sesuai langsung.

    Niza : Memang kebanyakan yang kata dia camwhore tu pun mereka tak buat camwhore yang sebenar. Tapi mereka hanya guna istilah tu untuk menunjukkan mereka amik gmbr sendiri byk2. Apa la derang tu.

    Lya : Ooo.. photographer skolah ke? Patut la saya tgk gmbr yg lya amik biasanya cun lake. Heheh.. org tua baru nak belajar bercinta. Gitu le gayanya.

    ReplyDelete
  11. saya xpernah pon dengar gelaran tu.. hehe.. apa2 pon orang pompuan ne memang suka amek gambar sendiri kan... lagi kalau ngah bosan.. sume nye die nk amek.. bajet comel je.. hahahha

    ReplyDelete
  12. Selalu gak dok tengok orang guna perkataan tu, biasa kat FB dan dlm blog pun ada..

    Kena lebih berhati2 dengan perkataan shortform ni sbb maksud lain kan jadinya..

    ReplyDelete
  13. betul!! rmi mmg main sebut jek n tak pkr maksud...*sigh*

    ehhh i pun suka gambar gile2 camtu n dah terkenal kot i ni mmg gile bergambo hahahhaa

    ReplyDelete
  14. tq baru tau detail ttg camwhore ni hehe

    ReplyDelete
  15. salam;
    selama ni belim pernah dengar lagi..inilah pertama kali dengar!!.

    ReplyDelete
  16. selalu jugak dgr word camwhore ni. celah mana yg camwohore tu pon tak tau. perasan snap pakai hp sambil buat mulut itik tu cun la. gedik. kekekee

    ReplyDelete
  17. ooww...ingatkan camwhore tu jenama webcam...

    ReplyDelete
  18. Taufiq : Awk tu selalu je tak tau trend masa kini. Hehe. gurau je.

    Makwe Kintan : Ha ah. Feeling2 macam Pelakon utama Full House. [sumbat mulut dgn kasut. perasan giler]

    MyraJay : Itu la, budak2 ni kalo dengar main ikut je.

    Sisdee : Sis pun suka ke bergambar mcm ni? hehehe. Sempoi la sis ni.

    Kesuma Angsana : U're welcome.

    Yusuf : Kalau ada anak2 sedara yg remaja mesti biasa dengar perkataan ni.

    Afasz : Ala... komen la... Jgn la no komen. Ehehe. Gurau je.

    Cik Jannah : Wei, mana lama tak update blog? Amboii... marahnya dia dgr girls yg bergambar buat muncung itik kan? Hahahaha.

    Nafisa81 : Komen aok selalu buat koi gelok. Ha ah kan.. ada jugak macam jenama web cam.

    ReplyDelete
  19. istilah pelik2 mmg x berani nak guna la....

    posing saranghae tu sy suka buat dgn anak sy...hehe...(bila buat gaya tu macam perasan comel sikit...haha)

    ReplyDelete
  20. nasib baik lyd bgtau..saya langsung tak penah tau perkataan tu. maksudnya jauh sekali.

    *weh, kemain lagi lyd & suami posing!

    ReplyDelete
  21. yeshhh...tepat sekali! jgn suka suka guna apa saja perkataan, takut org angkat kening bila membacanya.

    ReplyDelete
  22. Hahahaha...hubby I penah ckp psl camwhore ni. Ms tu dia scold niece dia yg ske sgt snap pic sndri pstu buat port fb tajuk 'camwhore me'

    ReplyDelete
  23. Saya tak pernah ambik gambar sendiri, sebab saya tak pernah nampak mana2 part yg menarik tentang tubuh saya...

    ReplyDelete
  24. huhuhuhu... baruku taw... sib baik xprnh guna prkataan ni...hohoho

    heheheh comel jer gambar bawah 2...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya