Skip to main content

Special Dinner On My Birthday

Sejahteralah ke atas kamu...

Bagi orang lain mungkin dinner ni biasa je. Tapi bagi saya, dinner ni sangat special. Sebab ia dimasak sendiri oleh suami saya sempena hari lahir saya. Walaupun hanya chicken chop dihiasi dengan zucchini [rasa dia mcm timun je. Heheh. Kampung betul.], tapi sudah cukup untuk buat hati saya mencair.

 Air pink tu ialah pink guava. Tapi rasa dia macam rasa syampu. Pelik je.


 Sebab makan sendiri, 'bilik paling kecik di dunia' ni boleh letak setambun.


Saya sengaja request part dada ayam utk buat chicken chop yg sepatutnya guna drumstick. Sangat sedap ayam ni. Tepung dia tu sedap. Nyum... Sampai sekarang masih teringat-ingat lagi rasa ayam tu.

Saya sendiri mcm tak sangka suami saya ada kebolehan mengikut arahan di dalam resepi dan menghasilkan makanan yang sedap dimakan. Saya pun tak pernah buat chicken chop tau. Hahah. Dah la masa dia masak tu dia tak kasi masuk dapur. Dia suruh bday girl ni relax je kat depan TV walaupun TV kat rumah kami rosak. So, mengadap facebook je la dan tgk TV2 guna henfon. Rabak kelopak mata nak adjust dengan saiz screen henfon yang hanya sebesar 20 ekor kuman beratur tu. Tapi nak bunyi bising TV punya pasal, pasang la jugak walaupun kat screen kecik. TV ni... masa dia tak rosak, kita akan rasa mcm, 'bosannya la dgn TV ni. Takde TV pun takpe'. Pastu masa dia tak rosak, jarang sangat on TV. Tapi once dia rosak, tetiba je rasa macam alam ni jadi gelap gelita, sunyi je seperti hidup zaman dinosaur bertemankan Flinstone.

Tak pasal citer tentang TV plak. Okay, berbalik kepada chicken chop tadi... Haaa.. itu la dia dinner special untuk saya. Nak masakkan untuk mak saya bagi meraikan mak yg telah melahirkan saya, jauh sangat kat Kuantan [alasan]. Sebelum tu, masuk je jam 12 tgh malam 5 Mei tu, suami saya tetiba keluar bilik.... Bila saya tanya, nak gi mana tu? Dia kata nak gi toilet. Tetiba dia masuk semula bawak kek coklat. Kat atas tu dia spray whip cream yg saya suh dia beli untuk saya buat pavlova. Pastu kat atas tu dia sendiri yang kelepet buah strawberry 3 ulas letak atas kek tu. Comel je. So, kek coklat tu saya potong kat atas tilam. Makan pun atas tilam. Habat* betul perangai.

Untuk bubi, thanks ye for the wonderful dinner. I strawberries U too.



*habat - pengotor bak kata orang-orang Pahang.

Comments

  1. romentik nye >_<

    eh air tu rasa mcm syampu?????knp lak ek???

    ReplyDelete
  2. sedapnya...kecur air liur...^__^happy besday girl...cewah

    ReplyDelete
  3. Cik Farizam : Heheh.. Romentik yg sekali sekala keluar. Air tu tak tau la apsal rasa cam syampu. Beli jenama Carrefour. Mungkin dia punya artificial terlebih kot.

    Makwe Kintan : Thanks... eheh.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..tak semua istri dapat merasa masakan suami

    ReplyDelete
  5. akak saya tag utk GA tau...join la ye...

    ReplyDelete
  6. Mrs R : Hehehe... biasa je..

    Pen Biru : Ye ke? Takpe, setiap suami ada kelebihan lain.

    Makwe Kintan : Ok dah join.

    Karukord Jagau : Thanks Jagau.

    ReplyDelete
  7. wahh..sweetnyer... aii.kalo lya mau mnitis air mata ni... bila suami mskkan sesuatu y special di hari special ni.. lbh bmakna drp mkn di hotel 5*

    ReplyDelete
  8. Hepi bisday yg terlewat ucap. Untung dpt suami yg pandai masak. Saya pun boleh masak sikit2 tapi tak pandai sangat, masak cara org bujang utk kenyangkan perut aje...

    ReplyDelete
  9. happy belated besday Lyd! seronoknya sekali sekala suami wat surprise..dpt mkn air tgn suami lg, bonus tu :)

    ReplyDelete
  10. Lya : Saya pun terharu jugak. Lagi2 bila tgk effort dia pegi beli barang sendiri, potong ayam sendiri, marinate sendiri.... sweet sgt. Mmg lagi bermakna drpd makan kat tempat mahal.

    JR : Thanks. Takpe, asalkan boleh makan, kira okay dah tu.

    Wani : Thanks. Hehehe... Bonus tahunan.

    ReplyDelete
  11. peerghhh.... happy belated birthday juga.... kalau semua suami macam ni mahu tutup kedai kat malaysia ni... heee3x

    ReplyDelete
  12. Kazman/Sue : Hehehe.. Abih ah semua kedai chicken chop tutup.

    ReplyDelete
  13. Happy besday!!!
    Err..bukan bawak keluar kek dari toilet kan? hehehhee

    Syabas ada suami yang caring, loving gitu. Besnyee time besday ada org tolong masakkan sepesel..

    ReplyDelete
  14. Cik Sibuk : Thankyou! I confirm bukan drpd toilet. Heheh.

    ReplyDelete
  15. rasa x pntg, ada hubby yg caring tu yg plg utama

    ReplyDelete
  16. terliur saya dibuatnya.. mesti bestkan hubby masak special masa bestday... happy belated bestday yer...

    ReplyDelete
  17. patutnya ambik pic kek tu. tp husben ada lomantik2 feeling ok la.

    ReplyDelete
  18. Kesuma Angsana : Heheh.. Ye, betul tu. Apa yg dia buat tu dah cukup memberi seribu rasa dalam hati.

    Masya : Terima kasih Masya. Welcome to the blog.

    Anis Alya : Tu la... tak sempat nak amik gmbr kek. Sebab masa tu dah ngantuk, lepas makan sepotong, terus tidur semula. Suami yg pegi simpan smeula kek tu. Habat kan koi? Tak kumur mulut sebelum tido.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum Lyd...tahniah ye n selamat ulang tahun moga rezeki tahun ni bertambah2...:)

    ReplyDelete
  20. #untongla... Ada org msakkan... Hiks..

    Ehh, nape rs cam syampu laks?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...