Skip to main content

Siapa Sebenarnya Orang Fakir?


Sejahteralah ke atas kamu....

Seni mengarang saya makin lama makin tumpul. Dah seminggu tak tulis entry baru, otak pun dah makin lemah. Nak susun ayat pun dah tak pandai. Saya bercuti sejak hari Wilayah pada 1 Februari minggu lepas, sampai la semalam 8 Februari baru masuk ofis. Melampau cuti bapak lama. Dah macam cuti bersalin. Tapi seronok la cuti, *padahal 2 hari pertama tu tak sihat, terlantar je atas sofa. Konon2 amik cuti lama nak jahit felt craft. Tapi jarum pun tak larat nak angkat, inikan pula sebiji mata palsu doll.

Straight to the point. Biasa dengar orang mengajak kita bersedekah kepada fakir miskin? Saya selalu menyangka orang fakir itu adalah orang yang miskin hina, tak ada harta yang merempat bawah jambatan sebatang kara. Tapi... dalam Al Quran memberi penerangan bahawa orang fakir itu adalah begini;

Haaa... Nampak? Orang fakir itu adalah orang yang berjihad ke jalan Allah. Bukannya orang miskin seperti yang kita sangka selama ni. Orang fakir ni, orang lain tidak akan tau kesusahan mereka. Orang lain sangka mereka kaya kerana mereka tidak menunjukkan kesusahan mereka.

Comments

  1. tidak meminta-minta itu yg bagus pada saya..selagi boleh usaha baik laa berusaha sendiri.

    p/s: cuti lama memang buat kita jadi malas laaa...

    ReplyDelete
  2. saffiya : nak jadi org yg tak meminta2 tu perlu didikan sejak kecik kan?

    ReplyDelete
  3. kalau yang dh termaktub dlm IC nama Fakir camne?hehe...^__^

    ReplyDelete
  4. Makwe Kintan : Itu tak termasuk dalam senarai fakir melainkan dia betul-betul fakir.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Doktor Lelaki dan Aurat Wanita

Sejahteralah ke atas kamu... Saya kerap terfikir, kenapa..... di negara kita ni, tiada penguatkuasaan untuk menempatkan/melantik hanya doktor wanita sahaja di bahagian O & G [ Obstetrics and gynaecology , surgical specialties dealing with the female reproductive organs]. Maksud saya di sini untuk hospital kerajaan. Sapa yang kurang faham, lebih specific saya bagitau, bahagian bersalin di hospital kerajaan.Di hospital swasta tak payah cerita la kan. Pesakit boleh request doktor wanita atau doktor lelaki masa nak bersalin. Orang yang mampu, boleh request doktor yang mereka mahukan. Tapi bagi yang tidak mampu? Graduan perubatan wanita kan ramai. Kenapa tak tempatkan graduan yang ramai itu di bahagian sakit puan? Adakah sebab wanita kurang mahir dengan reproductive organs kaum mereka sendiri? Atau wanita cepat panik untuk sambut wanita lain bersalin? Okayla... Nampak macam saya ni suka mempertikaikan apa yang sudah ditentukan. Negara kita ni katanya negara Islam. Perkara begi...