Skip to main content

Seronok Ke Pergi Shopping Mall?

Sejahteralah ke atas kamu...

Telefon saya rosak sebenarnya. Baru je sebulan pakai. Mula-mula dah rasa macam rosak tu, saya bawak pergi LowYatt. Tempat beli henfon tu. Itu pun dah rasa macam lemah semangat bila fikir area situ dah la super crowded. Hujung minggu plak. Super extra crowded la jawabnya. Walau cemanapun kami [saya dgn Mr Stormpong] akhirnya sampai jugek ke LowYat. Baru je rasa nak bangga sebab walaupun dalam keadaan yang malas, tapi sampai jugak ke dunia gadjet Malaysia ni, orang kat kedai tu kata nak repair kena hantar kat pusat service dia. Bukan kat tempat beli. Demmit! Bila baca addresses yang tersenarai dalam warranty card tu, nasib baik ada service center yang dekat dengan rumah iaitu The Gardens. Alemakkk.. Lecehnya. Another shopping mall. Yuck!

Saya pun tak faham kenapa, lepas kahwin saya rasa sangat liat + leceh nak ke shopping mall. Padahal The Gardens tu dari rumah saya, jalan kaki pun bleh sampai [sampai memang boleh sampai tapi tak tau la berapa lama amik masa nak jalan kaki tu kan]. Dulu masa bujang, rasanya sangat kerap saya menziarah peniaga-peniaga berjaya kat MidValley tu. Kadang-kadang pergi IkEA, sometimes pergi One Utama, Pavillion, The Gardens dan seumpamanya. Midvalley plak dah memang dalam poket la, selok belok dia memang dah hafal. Suami saya sampai panggil saya hamba MidValley. Ada ke patut. Ishh..ish..


Hari ni, nak pergi amik henfon. Kat The Gardens. Kisahnya henfon tu dah habis warranty sebab orang tu dapat detect yang fon tu jatuh. Heheheh. Aiseh.. tak jadi la trick korik saya nak memperdayakan service center tu. Saya ni mana la pernah pakai semat fon sebelum ni. Fon lama saya dulu hanyalah stupid fon je. Tak masuk dalam category semat fon pun. So, jatuh 800 kali pun masih lagi boleh kenyit-kenyit mata kat saya sambil berkata, "it's okay, i'm alright, i'm alright". Tepon lama tu nampak macam jambu, kaler pun pink, nampak lemah je tapi sebenarnya lasak jugak. Hampir nak setaraf dengan Nokia 3310 dah ni. Jatuh bersepai, tercabut battery pun, masih je elok.

Alih-alih sekarang, bila beli semat fon sebulan je pakai dah rosak. Pakai sebulan pun dah banyak kali jatuh. Mana tidaknya, saya pegang henfon macam pegang anak ular. Tak grab sungguh-sungguh pun. Sebab tu la beliau asyik jatuh. [Sayang henfon ni kena la guna kata ganti nama yang lebih hormat untuk beliau. ecey.]. Semat fon ni sensitip sangat. Ai tak suka la berkawan dengan henfon yang sensitip macam yu ni. Yu membuatkan i rasa terkongkong. Susah i nak bergurau kasar dengan yu. Itu bukan jiwa ai yu know? Eeiii... Tension plak. Dah tu, bila warranty dah tamat, maka kena la bayar.

Henfon apa yang rosak tu? Hehehe... bukan la semat mana pun. Xperia Mini je.
Saya ni kan fanatic Sony Ericsson. Orang lain dah pergi ke galaksi dengan Samsung Galaxy berapa SSSSS ntah, dengan iPhone 5 [belum keluar, insyaAllah akan datang hehe], BlekBerrak atau HTC. Tapi saya tetap setia dengan Coni Elikcen, aku masih settiya, namun kesabaranku ada battasnya. Henfon lama ialah flip fon Sony Ericsson Z610i. [*itu gambar yang kat atas tu siap ada watermark 'ah kong.net.'. So, korang pun tau la saya kelepet gmbr ni dari mana kan?]. Sekarang henfon lama tu dah hilang. Ntah kat mana saya letak. Tapi agak pelik sebab last saya letak di rak sebelah TV, tapi tak ada. Suami saya kata, dia pun tak main pun dengan henfon tu. Bukan henfon lama tu je hilang. Camera Sony Cybershot saya pom hilang. Ada toyol ke masuk dalam rumah kiterang? Ish.. Seram plak rasanya. Pastu iPod saya pun hilang gak, tapi dah lama. Saya plak bila dah hilang tu, bleh je buat tak tau. Tak menggelupur plak nak cari. Sama ada saya ini seorang yang (a) Memang penyabar orangnya, atau; (b) saya pemalas. Sila pilih. Konfem ramai yang jawab B. Hahah.

Ok... Berbalik kepada kisah malas nak pergi shopping mall tadi... haaa. cenggitu la kisahnya. Saya malas nak gi shopping mall sebab bising, ramai orang, sesak pastu makan pun nak kena berebut. Kalo dok umah kan aman. Relax je makan bleh bertambah kalau tak cukup. Hehehe. *makan je ko fikir kan Lyd?

*Bukan ke saya kat dlm entry sebelum ni, nak update blog 2 hari sekali? Hah. Nampaknya saya berbohong.

Comments

  1. akk beli hp kat lawyat ker?? adik jannah ari tu pon beli kat sana. kejap jer tak sampai sebulan dah jahanam. dah tu bila ke kedai tu dia kata kene hantar center almost 3month baru boleh siap. teruk kan??? mesti diorang jual brg cina nie cepat rosak

    ReplyDelete
  2. memang bengang laa kalau baru sebulan pakai dah rosak kan..payah tau pakai hset yg sensitif ni..hset saya pun sama dah mula buat hal..rasa lagi bagus pakai hset yg bwh rm100 jer sbb jatuh ke apa ke still maintain je..tahan lasak tu..

    ReplyDelete
  3. kak..nak email ko..aku tgh didalam 'invited readers' mode.

    pastu kan..aku dulu pernah digelar sebagai arkitek midvalley..kuang ajo bebudak ni..tapi sekarang ni, aku arkitek ecm je..

    ReplyDelete
  4. unlce pernah pakai ericsson masa nama dia belom tambag sony lagi

    ReplyDelete
  5. tu psl x suka tkr smartphone ni..mcm menyusahkan ajerkkk baik guna yang lama punya

    ReplyDelete
  6. saya pun jenis ganas..hp campak2 je. tapi suami saje belikan smartphone touch screen..nk ajar jaga hp katanya. maka..skrg kenalah bersopan demi hp.

    *eh, kami pulak beli gps garmin kat lowyat. baru 1bln pakai ni dah rosak. smlm pi hantar..dlm 1bln lg baru dpt. tipu ke apa ni ya??? brg lama jual baru ke?

    ReplyDelete
  7. Sebut pasal Nokia 3310 rasa rindu pulak dgn henfon antik tu sebab itulah henfon pertama saya di dunia ini.Jika ada yg 2nd hand nak beli satu utk kenangan...

    ReplyDelete
  8. Cik Jannah : Akak beli dr kedai Sony betul2. Ori punye dia kata. Bukan AP. Tp tak tau arr kot2 aku kena tipu.

    diana : pelik kan? Kiterang lagi pelik.

    Saffiya : Tu la, akak ingat nak jual je henfon tu, then pakai je henfon murah2. Asal boleh call, sms dan amik gmbr pun dah okay.

    QuTaQ : nu_sigma1980@yahoo.com. Ko block permission ke blog ko ek?

    gedek : oo.. saya tak sempat nak pakai tepon ericsson tu. Tapi dulu mmg admirer sbb tu je flip fon yg ada. Rasa mcm cool gile.

    kak ina kl : mmg nyusahkan pun. Manja lebih. Kalo jenis ganas mcm saya ni tak sesuai.

    Ujie : Low Yat ni ntah ye ntah tidak kan? Dah la semuanya Cina yang jual. Kalau ada Melayu pun jadi pekerja je.

    JR : Nokia 3310 tu mmg barang antik la. Ramai yg menceritakan kehebatannya. Takleh ke derang kuarkan smart fon yg lasak mcm 3310?

    ReplyDelete
  9. 1. semat fon aku mmg semat...dah bape kali jatuh pn ok lagi...tp semat fon en suami aku x berapa semat coz jatuh sekali dah pecah screen dia...nasib screen blkg je pecah so blh guna lg(padahal semat fon kitorg sama jenis jek kekeke)
    2. ko dah x suka g shopping mall pasal x dpt dah g dgn aku...kalau kite horsemate lg mesti ko still suka g shopping mall ngan aku heheh

    ReplyDelete
  10. momoy pun peminat sony
    suka sbb senang nak amik gambar clear
    hp sony rosak so tadi baru je beli xperia mini then google mcm mana nak tukar setting bahasa melayu ke english
    x faham la BM. jadi pelik
    selalu guna english
    huhu...dear minta tolong momoy

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan