Skip to main content

Cerita Ini Bosan, Jangan Menyesal

Sejahteralah ke atas kamu...

Di satu pagi yang indah, sepasang suami dan isteri baru sahaja mencelikkan mata mereka. Si suami memandang isterinya dan berkata, "Sayang tau tak bila bangun ni nanti ai nak buat apa"?

Si isteri turut memandang suaminya seraya berkata, "tau... you nak makan pisang cicah dengan asam boi kan"?

Si suami terus je rasa impress, "eh mana syg tau? Syg boleh baca fikiran ai la".

"You r my husband remember"?, kata si isteri.


...............


Itu perbualan saya dengan suami saya beberapa hari lepas. Kedengarannya memang agak melampau. Makan pisang pun nak cicah asam boi. Macamana saya boleh tau apa yang dia fikir? Sebab sebelum tidur malam tu, kami sama-sama jadi kreatif makan pisang cicah asam boi. So, bila bangun tidur tu saya kata nak bangun untuk rebus sayur dan sosej dan buat scramble egg utk sarapan, dia terus je bersemangat nak bangun jugak. saya dah boleh agak mesti ada apa2 yang dia nak buat ni.

Ada apa dengan asam boi? Errm... Imbas kembali. ini kisahnya pada awal Februari yang lalu. Kami ke Kemaman untuk meminang anak dara Kemaman untuk anak saudara lelaki saya, Waqiudin. On the way balik tu kami perasan banyak sangat orang jual jambu potong kat tepi jalan. Takleh tahan, kami singgah la beli. Saya dengan husband saya siap beli RM4. Maksudnya ada 8 ketul. Seketul 50sen. Makan 2 org je sambil drive. Dah sampai umah, petang tu kami kena pegi ke Terengganu lagi sekali sebab suami saya ada taklimat Kayu Gaharu kat Dungun. So, lalu lagi sekali jalan yang sama. So, singgah lagi beli. Sambil makan sambil puji, ooohhh.. sedapnya.. sedapnyaa... Jambu tu dah kupas kulit, pastu kena rendam dalam ais. Rasanya sejuk-sejuk pastu combination dengan asam boi yang manis tu sedap sangat. Lepas daripada itu la kiterang jadi ketagih sangat dengan asam boi. Air jambu tu plak kalau yang biasa hanya letak gula, tapi kalo special akan ditambah asam boi.

So, kalau mengikut teori penaakulan mantik:

1) Air jambu biasa tanpa asam boi
2) Air jambu special ada asam boi

Kesimpulan : asam boi adalah special


Sejak itu, kami ni bila berjalan ke mana-mana, mesti mata akan jadi macam mata predator. Pandai je detect kalau ada jambu. Jambu potong kat Kuantan tak berapa best sebab derang tak guna asam boi yg best tu. Asam boi yang biasa punya, kalau dah terkena jambu yang basah tu, warnanya akan bertukar jadi hitam. Tapi asam boi special tu warnanya putih. Mungkin banyak gula kot. Yang kat kemaman la jugak sedap. Macam jambu 555 tu. Perghhh... Muahhh, cium jari. Bila dah beli, sambil suami drive sambil makan jambu. Healthy kan lifestyle kiterang? Kiterang makan buah-buahan sebagai snek tau. Heheh. Padahal asam boi tu je dah tak healthy.

Kami ada perjanjian tentang makan... Memandangkan kami sama-sama suka makan, so kami dah sepakat untuk kontrol makan masa kat KL. Tapi kiterang boleh makan dengan sewenang-wenangnya bila balik kampung. So, takyah la nak control makan kalau ibu mertua masak kan? Nanti kecik hati perut saya kalau nampak makanan sedap homemade lagi, tapi tak dimakannya. Tak patut...tak patuttt.. Sebab itu la keluar perjanjian macam tu. Suka sangat la suami saya. Boleh la dia makan banyak. Makin rajin la kiterang balik kampung nampaknya lepas ni kan?

Suami saya siap beli serbuk tu bawak balik rumah. Mahal jugak. Satu bekas plastik sebesar yang orang letak sos nasik ayam tu harganya RM3.50. Oleh sebab takde jambu, kami makan je la dengan apa-apa yang ada. Kebetulan hanya pisang je yang ada di rumah, makan le pisang dengan asam boi. Sampaikan sayur rebus yang saya rebus untuk sarapan pun kami makan dengan asam boi yang sepatutnya letak black pepper dan mayonaise. Hahaha. Layannn...

Gambar dari sini : Fiza Nordin

Comments

  1. asam boi warna putih,,..
    tak penah jumpa la pulak .. takpe nanti nak cari

    ReplyDelete
  2. ha ha ha..baru nak cakap tembikai susu pun kalau buh asam boi memang sedap...tengok dah ada gambar pun..anak dara akak suka sangat ni..

    ReplyDelete
  3. Waa.. Lama x mkn asam boi. Mmg sedap mkn jambu sejuk ngan asam boi tu. Isk2.. Nasib baik x ngidam. :D

    ReplyDelete
  4. Adam : Kena carik kat cherating. Sepanjang jalan tu banyak.

    Asmara : Sedap. Ala kalau mengidam pun, org Malaysia boleh pos.

    diana : aihh... ibu mengandung mmg suka yg masam2. Heheh.

    ReplyDelete
  5. Ummi Arissa : Haah, makan dgn tembikai susu pon sedap.

    ReplyDelete
  6. lorr...baru kenal ke air jambu ngan asam boi??? aku masa awal2 dok somban ni mmg dah ter fall in luv ngan air jambu asamboi ni huhu (aku x pnh cite kat ko ke?napa ek??) tp yg pelik masa aku preggy dah x teringin lgsg air jambu asam boi padahal ms preggy la patut suka coz masam2 manis kan..haaa...kat foodcourt KLCC ada air epal hijau asam boi...marbeles gak

    ReplyDelete
  7. geram aku tngok pic tu haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...