Skip to main content

Cara Nak Atasi Tumit Pecah, Tapi Malas Nak Sapu Losyen

Sejahteralah ke atas kamu.....


Sila maklum bahawa maksud ‘tumit pecah’ di sini adalah disebabkan rekahan kulit kerana sel kulit mati yang terlalu tebal dan bukannya tumit pecah sebab terpijak kulit durian atau dipukul gangster di bahagian tumit [ada ke gangster belasah orang kat tumit? Kehkeh.].

Rasanya ramai orang pernah mengalami hujung tumit yang merekah, mungkin kerana kulit terlampau kering atau sebab banyak pijak tempat keras tanpa melapik tapak kaki. Ayat contohnya, pijak lantai simen, tak pakai selipar tumit kaki pun terbelah. Lagi pun bila kulit tapak kaki kering, mudah bacteria nak singgah menginap dalam pakej berkerja sambil bercuti kat tumit kaki tu. Bila dah ada bacteria tu, makin la bertambah ngeri rupa tapak kaki kamu nanti.

Saya mengaku, kadang2 ada time tumit saya pun ada rekahan jugak. Tapi saya ni memang super malas nak bergelumang dengan losyen. Kalau beli losyen, masa mula-mula beli je bersemangat besi waja aluminium nak sapu. Sebab baru dapat kan, memang macam tu. Tapi bila dah lama-lama, memang takde la nak layan losyen2 ni. Saya ni memang tak suka dengan rutin-rutin harian seperti sapu losyen, pakai krim, pakai itu, pakai ini. Tapi saya berdoa agar, semoga satu hari nanti saya akan menjadi rajin. Amin.


Kalau dah macam tu punya malas, jadi macamana saya nak menghilangkan rekahan pada tumit? Caranya senang saje. Saya beli seketul pumice stone ataupun bila telah dimelayukan dipanggil batu pumis. Harganya murah je, tak sampai pun RM4. Boleh pakai berkali-kali, tak habis, tak reput, tak hancur tapi mungkin akan hilang kalau terjatuh dalam lubang jamban. So, setiap kali mandi, masa nak sabun tapak kaki tu, gonyoh @ sental la tumit dengan batu pumis ni. Elok la pakai masa mandi-manda, sebab waktu tu tapak kaki basah dah kematu tu semua dah lembut terkena air. Bile sental tu, keluar la semua sel kulit yang dah meninggal dunia tu. Lagipun setiap hari saya mandi kan. Jadi kalo saya buat pun, dah termasuk dalam aturcara mandi, tak la rasa terikat dengan komitmen dan jadi beban. Tapi ko jangan kata ko mandi pun seminggu sekali. Yang tu memang tak dapat tolong la nak selesaikan masalah tumit pecah ko tu.

So, itu je la tips Kak Nona untuk hari ini.
*kak nona = watak mak hayam yang dilakonkan oleh Sheila Rosli dalam drama yang Diana Daniel berlakon baru-baru ni.

Comments

  1. alamak...tumit saya pecah ni..dah la malas nk sapu losyen..kena cari jgk mende tu..

    ReplyDelete
  2. cik fadh pown ade masalah tumit kaki merekah ni . tp time mandi mmg rajin la gosok ngan batu pumis ni . cume still same je, rekah tetap rekah . xkan licin mcm tumit kaki org yg licin kemain tu.. jeles kadang..hihi..

    ReplyDelete
  3. betol orang yang gemok senang kena tumit pecah ni ek kak :)

    ReplyDelete
  4. er...kalau yg kurang disiplin cm sy ni, buat tu hangat2 taik aym jer..hheheh

    ReplyDelete
  5. nak tumit cantik kena rajin gosok tumit tu..pakai losyen ataupun pakai pumice stone..jgn muka jer nak cantik, tumit pun nak cantik jugak!!

    ReplyDelete
  6. lia pon gune pumice stone ni..tumit sy jd licin mcm papan gelongsor wooo..hihi

    ReplyDelete
  7. bagus jugk ye guna batu ni, slalu guna span mandi tu je. ;D
    *gmbr snow flakes kene guna camera canggih baru nmpk. hikhik..

    ReplyDelete
  8. me kulit pecah kalau jejalan pakai sandal/selipar. tapi kalau jejalan pakai kasut tutup..takde la masalah tumit pecah.

    disebabkan pemalas yang amat untuk treat tumit pecah..so ai tak pakai seliar/capal/sandal keluar rumah. pakai kasut tutup...

    takde tumit pecah = takyah pakai losyen/pumice stone

    paling benci kalau time timut pecah..pastu pakai kain/seluar satin...kang kalau tumit kasar macam batang pokok tu gesel dengan kain licin kang sangkut2..

    ReplyDelete
  9. tau kegunaan batu pumice ni,tapi macam ngeri nak guna sebab membayangkan kulit abis tanggal..erkk

    ReplyDelete
  10. yg senangnya..pasang sekeping batu tile yg kasar kat bilik mandi..sambil mandi sambil tenyeh tumit kat batu tu..hehe

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. salam... kat watson atau guardian, atau sinma. harga dalam rm4 lebih.

      Delete
  12. Sy ni kurus je... tp tumit pecah jgk. Mungkin kekurangan air kot....

    ReplyDelete
  13. Dkat mna nk beli pumice stone niee yerr???

    ReplyDelete
  14. Mane nk crik batu tu?

    ReplyDelete
  15. Sy gemuk bjalan atas lantai tapi tumit x pecah pun, cuma mgkin keras sikit, tapi pakai losyen tumit kaki ok ja. Just sy nak remind kat adik serumah sy, kak dah bosan nak ckp, kita tggal bertiga ja tapi kami berdua xsuka hang pakai selipar hg dlm rumah, selipar tu la hg masuk dapuq selipar tu hg p balkoni selipar tu hg masuk semua kawasan rumah sana sini. Respect mau ada kat kak yang dah penat2 tiap mggu mop lantai bilas 3 kali ni demi memastikan rumah bersih dan boleh sembahyang dimana ceruk yang aku suka pun, boleh golek dr hujung utara ke hujung selatan rumah pun. Tolonglah jgn pakai selipar dlm rumah tggal dgn org lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca