Skip to main content

Kalau Dah Kaya Kan?

Sejahteralah ke atas kamu...

Ingat lagi tak dengan Elin Nordegren. Ala, anak Nordin ex-wife Tiger Wood yang curang tu. Lepas dia bercerai dengan Tiger Wood, dia dapat USD$ 100 juta. Dalam ringgit Malaysia cuba la ko darab kan 3.14. Dalam 300 juta lebih la kan?

Okay, kita faham dia frust. Siapa tak hancur hati kalau suami ada scandal kan? Bukan sorang, ramai plak tu. Ramai orang bila dah frust, akan buat perkara-perkara pelik atau merepek seperti bakar gambar2 lama, kelar pergelangan tangan utk dapatkan perhatian, get drunk all night [amboi... urban sungguh]. Tapi... Cara Elin ni handle diri dia lepas perpisahan tu, ermm.. canner nak cakap ek? Macam terkena sampuk syaitan pun ada dia ni.

Dia beli rumah ni dengan harga $12 juta. US Dollar ye. Bukan Ringgit Melesia.



Rumah ni letaknya di North Palm Beach, Florida, mempunyai 6 bilik tido, 8 bilik air. Tapi Elin tak berkenan dengan rumah yg cantik ni, so dia robohkan semua. Jadi macam ini;



Tak rasa bersalah ke Elin dengan berapa ramai lagi manusia yang tak ada rumah dalam dunia ni? Tapi kalau dalam akaun bank dah ada duit sebanyak 9 angka, mungkin sesape pun akan buat macam ni tanpa rasa bersalah *kot*.

Dikelepet dari Yahoo Ini.

Comments

  1. puhh,kalau saya ada rumah sendiri setakat dua bilik pun bersyukur.

    p/s:orang dah berwang memang macam gitu

    ReplyDelete
  2. roboh rumah takpe...

    jangan roboh rumah tangga

    ReplyDelete
  3. Mungkin dia sunyi tu, tu yg beli rumah besar2 tu..Tak ada kerja boleh lah menyapu rumah, 28 jam sehari pun tak siap menyapu, lupa masalah...

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Shahz Jaszle: Dah Tua-Tua Baru Nak Tukar Nama??"

    ReplyDelete
  4. manusia kaya yg xprnah brsyukur dgn apa yang ada..huhuhu

    ReplyDelete
  5. kowang xtau ke,die ade letak kandang kambing ngan lembu dlm uma.snang nak bg makan dlm uma.haha

    ReplyDelete
  6. Ni dialog makcik tu: Ehh..apa la sangat $12juta..duit ai ada banyak lagi juta lam bank tauu..

    ReplyDelete
  7. SyasyaJohan : Saya pun sama awk. Kalo ada rumah tempat berteduh pun dah bersyukur. Tp tak tau le kot-kot dah kaya nnt kita berubah fikiran kan?

    Gedek : Ye, betul tu. Nasihat daripada orang lama dan berpengalaman.

    JR : Dia sunyi sampai robohkan rumah tu kot. hehe.

    Ahlam : Biasa la.. Kalau dah kaya kan.

    TheTwinHara : Tau, dia ada tunjuk gmbr haiwan pelihaaran dia tu. Heheh.. Bila lapar senang dia sembelih buat sandwich.

    diana : biasa la... orang putih. Dierang boleh dikatakan miliki syurga dunia ni.

    Cik Sibuk : Pastu dia kata lagi "aku bleh beli lagi 10 rumah camni dan robohkan. Apa ada hal".

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...