Skip to main content

Waktu Membeli Persiapan Persekolahan Lah Yang Paling...





Sejahteralah ke atas kamu....

Cuti sekolah dah tinggal lagi berapa posen je. Minggu depan je dah kena bersedia berebut kat jalanraya. Confirm kembali jem nenas, jem stoberi, jem rambutan apa semua lah nanti.

Sekarang ni mesti ramai lagi ibu bapa yang masih pulun membeli belah kelengkapan persekolahan untuk anak-anak masing-masing. Setiap tahun, saat-saat ni la yang kedua seronok bagi kanak-kanak sekolah [yang paling seornok mestilah masa hari raya kan..]. Dapat baju sekolah baru, beg sekolah baru, kasut sekolah baru, pendek kata, hampir semua la baru. Sampaikan bekas pensel pun tiap2 tahun baru. Pemadam denga pensel takyah citer la. Itu memang boleh dikatakan setiap minggu beli kat koperasi sekolah. [Itu aku la dulu. Suka betul beli pensel. Padahal, belajar tak pandai mana pun. Homework pun malas gak buat. Keke.]

Anak-anak memang la seronok, tapi mak bapak plak seronok dalam hiba. Sape tak seronok nak persiapkan anak-anak menuntut ilmu. Nak suruh anak jadi pandai. Tapi hiba la bila poket rabak huhu. Kalau anak sorang takpe la. Tapi kalau anak ada 5,6 org yang bersekolah... tak ke tercungap-cungap dengan gaji setakat gaji kerani.

Tengok rakaman orang ramai membeli belah barangan sekolah kat Mydin dalam Buletin Utama, saya yang rasa teruja. Try kasut. Test beg skolah. Dulu masa saya sekolah, [eh, aku penah skolah keww??? tihtihtih..] yang paling saya excited nak beli ialah kasut dan stokin baru. Setiap tahun, saiz kaki kan berubah. Sebab tu tiap2 tahun kena tukar kasut skolah. Pastu bau baju skolah baru yang mak saya jahit sendiri dan bau stokin baru, fuuhhh... Enaknya seperti bau candu. [tak pernah pun bau candu, tapi ketagih le cam candu.]. Ingat lagi masa skolah rendah, kasut skolah saya ialah kasut Bata - Sinaran. Ada cahaya kalau berjalan dalam gelap tau. Dulu, saya sanggup pergi skolah masa hari masih gelap sebab nak tengok sinaran kat kasut. So, mestilah cemerlang kan? Sampai kat sekolah pun pagi buta. Awalllll wa cakap lu! Pastu masa baru beli dan belum mula skolah, kasut itu akan dicuba setiap hari dan berjalan depan cermin memperagakan kasut *sorang-sorang* pastu bila terkantoi dengan mak, rasa mcm malu sendiri.

Tabiat test kasut tu rasanya sampai besar ni pun ada. Hahahaha. Masa sekolah menengah, kasut skolah saya ialah kasut Pallas Jazz bertali. Masa tu, kasut tu kira paling cool dan sempoi giler ahhh.. Errm... dah la. Tu semua kenangan.

Untuk semua ibu bapa yang ada anak bersekolah, selamat menghantar anak ke sekolah. Dan selamat berjimat cermat utk survive sepanjang tahun. Untuk adik-adik yang bersekolah, silalah belajar rerajin. Mak ayah kerja cari duit, bukan percuma tau. Jangan nak mengorat-ngorat kat sekolah, jangan nak gatal-gatal buat video tak senonoh plak. Sian kat mak ayah. Dan untuk ibu bapa yang belum ada anak skolah, takpe... masa korang akan tiba jua nanti. Ngo cau sin!

Comments

  1. hehe samalah teringat zaman2 sekolah dulu..best nak shoping jer..tak terpikir langsung duit mak ayah yg terbang tu..bebudak mana nak paham..

    ReplyDelete
  2. syok mmg time skolah dulu kan..nk buat persiapan semua klu boleh nk baru :)

    my kids i ajar apa yg still elok pki dulu (kecuali adik dia baru start kindy so kena beli baru le) yg abg pnya lak i beli apa yg tak de dulu..yg lain2 beli time rosak jek :)

    ReplyDelete
  3. zaman sy pun samalah jugak.mana nak rasa kasut skolah canggih manggih ni..pallas je yang paling hebat pun..

    ReplyDelete
  4. dok sibuk makanangin..sampai brg skloah anak2 pon x terbeli lagi hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha..tang test kasut sekolah depan cermin tu tak tahan tu..kena batang hidung..bukan takat kasut..baju tudung stokin semua comlplete try setiap hari..ahah..lawak jugak bila ingat balik..sekolah rendah kasut wira, kancil, spark..hehe..sekolah menengah baru melawa dengan pallas..hehe

    ReplyDelete
  6. Dulu memang suka part membeli kelengkapan sekolah, kemain lagi nak yang mahal, tp skang baru paham NILAI DUIT tu, bukan senang kan ;)

    ReplyDelete
  7. imie fatima : dulu kita minta je tanpa faham situasi kewangan mak ayah. Skrg baru le tau.

    Sisdee : bagus la kalau awk dpt biasakan anak2 mcm tu. Hrp2 nnt saya pun akan dpt didik anak2 seperti awak.

    LintasKoran : TQ.

    PenBiru : dulu kalo kasut pallas tu dah kira hebat gila dah tu. Heheh.

    diana : pastu kalo kawan pijak, mesti nak pijak balas kasut kawan. Punya la syg kasut masa mula2 tu.

    QuTaQ : Ha ah... aku dok katil atas ko kot. Hahaha.

    khairul : uih... kena beli cepat ni. Dah tinggal berapa hari je lagi.

    PrettyWrite : Ye lah... kasut wira tu. Lupa plak. Tapi kasut kancil saya tak ingat. Kekeke.

    MyraJay : Dulu kita nak yg mahal2 sebab nak bertanding dan menunjuk2 kat kawan je. Sbb nak nampak cool, then ramai kawan dtg kerumun. Pdhal, mak ayah nak beli tu, bergenang airmata masa nak bayar. Haihh.. Zaman kanak2. Semuanya kita buat tanpa rasa bersalah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...