Skip to main content

Tak Nak Photography Contest


Sejahteralah ke atas kamu...

Ada sorang rakan blogger saya. Sejak akhir-akhir ini saya perasan yang beliau sudah tidak komen di blog saya dan blognya juga agak lama tiada entry baru. Pagi ini, baru muncul entry post baru di blog beliau. Rupa-rupanya beliau menghilangkan diri kerana telah mengalami masalah kesihatan sehingga koma! Betapa seriusnya keadaan beliau yang pada mulanya mengalami sesak nafas sebanyak 2 kali. Dan doktor telah mengesahkan bahawa paru-paru beliau gagal berfungsi, kerana terlalu banyak menghisap rokok.

Bahaya sungguh kedengarannya kan? Selama ini, semua pun tahu bahawa smoking kills. Boleh membunuh secara perlahan-lahan. Tetapi kita jarang mendengar itu semua terjadi kepada orang terdekat atau sahabat-sahabat kita. Sekarang ini, setelah beliau sedar daripada koma, barulah timbul perasaan 'Tak Nak' merokok di dalam hati beliau. Syukurlah sebab beliau sempat mengubah nasib sendiri sebelum terlambat. Untuk mengetahui kisah sepenuhnya, boleh lawati Yotokuu.





Dua gambar ini adalah untuk Photo Contest anjuran GayaHidupSihat.my kerjasama dengan Nuffnang Malaysia.. Hanya mencuba nasib. Apa salahnya mencuba betul tak? Untung-untung, dapat duit free. :) Boleh la beli handphone baru kalau dapat duit free.

Comments

  1. NI pertandingan fotografi diana. kalau amik gmbr ikut syarat2 pun ok. Ayat tak perlu panjang. Meh la join.

    ReplyDelete
  2. teruk sampai macam tu ke dia ,,..
    ermmm .. macamanalah paru2 saya ..

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya yer..!!! rajin betul masuk pertandingan..

    ReplyDelete
  4. salam.ada juga sy baca ttg kisah yutokku-yusuflaili yg koma sebab heavy smoking..nih tengah pujuk2 si hubby supaya stop smoking juga..sgt susah neh..anyway gudluck tuk ur participant photo contest,jom singgah komen di entry baru =):
    Nak kulit cantik,elakkan perkara ini..

    ReplyDelete
  5. tu sape tu? kenapa pisau je? kenape tak machine gun?

    good luck kak!!

    pinjam gambo ni letak depan kilang lynas pun ok ni!

    ReplyDelete
  6. nur MUhammad : Ye... sangatteruk la kalau mcm tu. Dia kata masa dia koma tu, ada perkara yg terjadi kepada dia. Mimpi yg macam real. Cuma dia belum publish lagi. Nnt dia nak cite katanya. Awk kena la berenti smoking. Bahaya. Sian kat isteri dan anak2.

    Safiyya : Suka dpt hadiah. Kekeke... Lagipun saya masuk contest yg saya mampu buat je. :)

    imie : thanks for the wishes. Saya pun nak wish goodluck kat awk untuk pujuk husband berenti smoking. Mmg la ajal maut tu di tangan Allah, tapi kena la berusaha jaga kesihatan. Betul tak?

    QuTaQ : Sape tu? Heheh... Baby akak. *tersipu mcm hagham*. Sebab pisau ialah takdok machine-gun. Kalo ada pun, mana leh tunjuk nnt kena tangkap. Kena masuk court. Upah ko utk jadi peguambela. Dan pisau simboliknya membunuh lebih slow drpd macine-gun. Sesape nak pinjam, amik le. Heheh.

    ReplyDelete
  7. salam pekenalan ..umi doakan lyd berjaya ye :) ..


    Umi pun ada baca tentang sahabat yang koma tu .. sedih kan .. alhamdulilah dia selamat :) ..

    ReplyDelete
  8. salam;
    terima kasih Lyd,..aku benar2 insaf sekarang tak nak merokok lagi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...