Skip to main content

Kuantiti Anak VS Kualiti Anak?



Sejahteralah ke atas kamu...

Cerita pasal memiliki anak sendiri, siapa yang tak teringin betul tak? Walaupun ada pasangan yang merancang untuk tidak mempunyai anak, saya percaya sekelumit pasti ada terfikir untuk miliki anak sendiri.

Saya dah berusia 30-an. Sudah agak berusia jika ingin bertangguh memiliki anak. Ramai yang menyarankan saya untuk cepat-cepat beranak untuk kejar sebelum usia 40-an. Jadi muncullah cadangan untuk saya pulun buat anak dan beranak sebanyak mungkin sebelum umur 40-an. Sedia maklumlah kenapa kan? Usia 40-an berisiko tinggi untuk mengandung. Dan kesihatan semakin susut. Lagi, nanti bila dah tua bangka terbongkok-bongkok hantar anak masuk skolah tadika. Nanti bila orang tanya, "hantar cicit gi skolah tadika ke?", mulalah sendiri berdarah hidung sebab luka dalaman.

Dulu saya pun agak menggelupur nak dptkan anak ramai sebelum usia makin meningkat. Tapi sekarang bila difikirkan balik, apa salahnya anak sedikit? Asalkan anak yang sedikit itu berkualiti. Berkualiti bukan sekadar pandai belajar di sekolah, bukan hanya pandai cakap omputih berabuk tapi pastikan berkualiti untuk agama. Biar jadi insan teladan. Ramai juga saya tengok orang yang punyai anak ramai, tetapi anak-anak yang ramai itu, seorang pun tidak pandai mendoakannya apabila dia mati. Nak bacakan surah Yasin utk orang tua pun tak pandai. Jadi, untuk apa?

Kalau ada orang yg beranak ramai dan mampu didik anak-anaknya menjadi manusia berkualiti itu memang sangat mengkagumkan. Jika Allah kurniakan anak yang ramai, bersyukur. Dan jika tidak dikurniakan anak yang ramai juga bersyukur. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Ingat.. Kualiti lebih penting daripada kualiti. :)

Comments

  1. DIA maha mengetahui yg terbaik utk hambaNYA..
    syukur akak dikurniakan 4 org cahaya di mata...yg sulung dah 19..dah masuk U...yg bongsu dah 6 th,th depan...usia pun dah 40 th..cukuplah 4 org anugerahNYA...

    ReplyDelete
  2. kagum tgk budak2 yg muda2 lagi dh ada family sndiri,,..

    psstt:nm xde belog, xyoh nok gode2 la..

    ReplyDelete
  3. Kamsiah : Tahniah kak. Berjaya akak besarkan anak2. Semoga mereka menjadi manusia berkualiti.

    nur Muhammad : oo..ok.. takde blog ke. Heheh. *malu.

    ReplyDelete
  4. ska tajuk dan entry ni..
    betul tu..yg kita mahukan adalah kualiti..
    anak yg ramai tu sbnrnya rezeki dari Allah.S.W.T...
    bak kata dialog dlm citer TENTANG DHIA, setiap anak tu ada rezekinya... :)

    ReplyDelete
  5. CIkgu Fikri : Sempat lagi ingat dialog Tentang Dhia. Tp mmg betul pun. Setiap anak ada rezeki dia.

    ReplyDelete
  6. Hi.. Jom Join Giveaway sulung lily.. hadiah menarik :)
    http://intanwandalaara.blogspot.com/2011/12/1st-giveaway-lily-butterfly-by-miss.html

    ReplyDelete
  7. tertarik dengan tajuk...setuju ngan fakta,biar anak tak ramai asal berkualiti...:p

    ReplyDelete
  8. Ingat.. Kualiti lebih penting daripada kualiti. :)

    Kualiti ke kuantiti ni...?

    H0H0H0

    ReplyDelete
  9. betul2.. kualiti penting..
    tp lady nak anak ramai.. xtahulah dpt ke x.. huhuhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...