Skip to main content

Download Borang Bantuan RM500 LHDN

Sejahteralah ke atas kamu,

Dapatkan borang bantuan kerajaan RM500 secara online daripada link ini; BORANG TUNTUTAN RM500
atau lawati portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia [MoF]
*Download daripada MoF lagi senang. :)

Cara-cara untuk mendapatkan borang bantuan RM500 ini, anda perlu pergi ke kaunter khas yang telah dibuka untuk mengedarkan borang-borang ini.

Mungkin ada sesiapa yang nak borang ni, tapi tak sempat nak pergi berebut ramai-ramai di kaunter edaran borang. So, satu lagi cara mudah untuk mendapatkan borang bantuan RM500 ini ialah, anda boleh download percuma daripada link yang saya sertakan di sini. Lepas dah print, dan dah lengkapkan maklumat, boleh hantar ke LHDN. Nanti bila dah hantar, tunggu je jawapan daripada pihak berkenaan sama ada permohonan kamu berjaya atau tidak. Pembayaran akan dilakukan melalui bank yang telah diisi dalam borang maklumat. :)

Kalau ragu-ragu kamu layak ke tak untuk mohon tuntutan ni, apa salahnya kamu cuba je. Jangan tak cuba. Download borang tuntutan bantuan RM500 1 Malaysia ni, print out lepas tu isikan maklumat yang diperlukan tu, pastu hantar ke cawangan-cawangan LHDN. Boleh tolong download untuk jiran-jiran atau boleh bagi kat ayah di kampung.

Comments

  1. borang ni semua layak mohon ke? ke gaji standard2 bwh rm1000? ewahh ade hati plak nak g mohon..haha

    ReplyDelete
  2. hoho..nak mohon jugak lar.cukup syarat tak agak2.hehehe

    ReplyDelete
  3. nak donload bagi ayah. kalau kite yg mohon boleh ke? hihihi

    ReplyDelete
  4. saye nak mintak dari awak la kak lyd..senang kot ye..tak payah isi borang..saye mintak ni.. *tadahtangan*

    ReplyDelete
  5. Miss kecoh : Semua yg pendapatan dalam sebuah rumah tu RM3000 ke bawah. Campurkan gaji suami isteri. Atau semua org dlm rumah tu layak memohon selagi kurang daripad 3K.

    Zareliqa : Mohon je Zareliqa. Dapat ke tak tu, belakang kira.

    Ladybird : Ramai yg nak bagi kat ayah, termasuk la saya.

    Kyuubi : Boleh. Try je mohon.

    Zanna : U're wolcome.

    QuTaQ : Aku bagi ko lima posen je la, nah!

    ReplyDelete
  6. saya xlayak untuk bantuan ni la sis sebab saya lom kahwen. xde family sndiri lg :(

    ReplyDelete
  7. Taufiq : Tapi kalau kamu duk dgn family dan kamu tanggung mak ayah, bleh la mohon. Atau tanggung adik ke.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...