Skip to main content

Cerpen 2 Dalam 1

Maksudnya ialah, cerita pendek, 2 cerita dalam 1 entry. Yeah.. Khelasss diriku sendiri...

Ombak Rindu The Movie.
- Ntah le ngape, sejak-sejak dah makin meningkat usia remaja [ohh... remaja nye lah!], saya dah semakin rajin menonton cerita Melayu. Drama ke, filem ke. Semua saya nak tengok. Ni semua pengaruh Yahudi la ni. Kekeke. [Yahudi lagi kena.]. Filem Ombak Rindu ni diadaptasi daripada novel meletopppp 'Ombak Rindu' yang saya tak pernah baca walau sepatah sebab saya bukan pembaca novel yang penyabar. Kuheh..Kuheh.

Semalam di Astro Ria ada siarkan filem tu selama 1/2 jam pertama. Pastu mula la tu. Saya dah rasa mcm, perghh... mcm best jugak citer ni. Lagipun ada Mayat Karim. Saya memang suka kat dia. Hero plak Eren Azis. Pun saya minat jugok. Pastu ada Lisa Surihani. Pun saya minat jugok. Poh... ko ni semer org ko minat gamoknyer. Hamba seni tanahair sungguh ko ni. Maknanya, kalo minat...nnti boleh le melanggan kat Astro First. Nak gi tengok wayang rasa tak rajin plak. *Takut tertidur dalam wayang je. Hehehe.


Adik Ipar - Ina.
- Aih... Ina mesti bangga ni bila dia baca ada entry untuk dia. Sabtu lepas masa kenduri Tinee kat kampung, saya dapat rasakan kegemukan saya makin terserlah. Sampaikan kanak-kanak yang saya tak kenal pun bleh dtg tetiba kat saya, then pegang perut saya sambil tanya.... 'ni apa ni?'. Demmmmm! Tak respect saya la tu. Bila saya jawab, "Ni perut gemuk", pastu ada plak sorang lagi budak lain yang sambil lalu depan saya menyampuk, "ingatkan ada baby". Demmmm lagi sekali!

Agaknya, bila menengok keadaan saya yang makin gemuk ni la Ina dengan bermurah hati, bagi saya pinjam Premium Beautiful dia. Dia bagi saya pakai sampai saya kurus. Sebab dia kata dia nak tengok saya cantik. Kata dia lagi, sekarang saya cantik jugak, cuma saya perlu jadi lebih kurus untuk kelihatan lebih cantik.... Kehkeh.. Takpe Na, aku tau ko amik hati je. Ina siap pesan suh pakai tiap2 hari. Baiklah Ina. Dah 2 hari aku pakai tau. Aku patuh ni arahan ko. Pagi tadi, sebelum gi keja masa bersalaman dengan suami saya, dia tanya... "ari ni pakai Premium Beautiful ke?", so saya ngaku je la saya pakai. Then dia tanya, eh, boleh bernafas ke? Tak sesak nafas ke? Dan-dan tu jugak saya buat-buat putus nafas dan pengsan. Memang aksi yang wajar dipijak. Mesti suami saya penat nak layan lakonan drama saya. Hahaha.

Nanti tengok la... sebulan lagi saya akan kurus balik[ye la tu] bila saya dah pakai Premium Beautiful dan menjadi really beautiful disamping masuk kelas Tai Chi setaip hari Rabu dan hari selainnya pegi gym SSM. Hahh... Kalah la anak-anak Che Wan nanti.



Cerpen ke ni? Macam cerpan je. Ohh... tak... cerpen..cerpen. Pendek je ni.


Gambar dikelepet dari sini

Comments

  1. salam;
    gemuk sangatkah awak hingga terpaksa guna benda alah tu hari2..kalau takat naik sikit2 biasalah tak jadi hal punya...

    ReplyDelete
  2. seronok nye dpt free...pakai jgn x pakai...kita tunggu hasilnya....

    ReplyDelete
  3. baca novel ombak rindu pun best ape lagi muvi dia kan :D

    p/s: dni tak pakai pb dni.. sebab bila pakai lama, naik gatal2. sobsss.. alahan kut..

    ReplyDelete
  4. Yusuf dan diana : Tak la segemuk Adibah Noor, tapi berbanding dulu, saya dah meningkat gemuk. Dulu saya kurus keding.

    Ucu : Yeah.. tunggu la hasilnya.

    Dni : Rugi je beli kalo tak pakai. Lebih baik jual.

    ReplyDelete
  5. no wonder la dia kata dia ramping hari ni huhuk..

    ReplyDelete
  6. Nampak best ombak rindu! nak tengok tunggu org download free la kot. hehe..

    ReplyDelete
  7. HazyIsle & Eda : Meletopp kan? Heheh.. Tak abih2 nak puji diri sendiri.

    Asmara : Donlod filem melayu lambat sikit kan?

    Nafisa81 : Sama la. Tak sabar nak beli kat Astro First.

    ReplyDelete
  8. aku stop bc novel lps baca novel ahadiat yg byk sgt cite cinta merapu kanak2 then ombak rindu buat aku start baca novel balik..aku pn tgk kat astro first la jawabnye..dah x leh dating tgk muvi dh...

    klu berkesan pb 2 bgtau aku ek...

    ReplyDelete
  9. puteri : ko kan dah kurus. Aku rsa kalo ko bjaya kurus masa berpantang, ko tak perlukan lagi PB. :D

    ReplyDelete
  10. weh..kurus mendernye...aku naik 25kg baru trn 15kg...lg 10kg ni nk trn dlm masa sebln mana sompek huhu..lgpn aku kan nak lawan ziana zain heheh

    ReplyDelete
  11. mcm bes je ombak rindu..
    eh kak..entry utk aku bes :)
    aku tetanya2 sapekah bdk kecit yg berani pegang perut ko dan sape pulak yg ckp'igtkan ada bb' sape sape sape...
    tapi takpe..lupakan budak kecik itu..mereka cumalah budak kecit yg cuma becakap benar...oppppssss...lariiiiiiiiiiiiiiiikkkk...
    hari ni pakai tak pb :)
    pakai hari2 ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...