Skip to main content

Astana Idaman


Sejahteralah ke atas kamu...

Agaknya... apa perasaan saya jika saya ni seorang yang kaya raya? Adakah saya seorang yang sombong? Atau mungkin saya seorang yang humble dan low profile? Kalau saya kaya, macamana saya akan belanjakan harta kekayaan saya? Adakah saya berbelanja sewenang-wenangnya kerana saya mampu? Atau saya hanya membeli apa yang saya perlu?

Susah nak jawab bukan? Sebab saya belum jadi kaya. Masa belum kaya ni, manusia bleh janji macam-macam. Nak mendermalah, nak bantu orang susah, nak pelihara anak yatim dan sebagainya. Tapi semuanya bolehlah cakap sebab belum diuji dengan kekayaan. Siapa tahu, bila benar-benar ditakdirkan Allah untuk saya menjadi kaya, mungkin saya menjadi seorang yang sombong dan lupa diri? Astagfirullah. Mohon dilindungi aku daripada segala sifat keji.

Ujian susah, ujian hidup miskin biasanya mampu dihadapi oleh ramai orang. Saat susah, ketaatan kepada Allah semakin kuat dan kental. Namun ramai yang gagal bila diuji dengan kekayaan dan kesenangan. Bukan saya yang kata, tapi Allah yang telah berfiman; "Katakanlah: "Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala macam kesusahan, kemudian kamu kembali mempersekutukan-Nya." -Al-An'am, Ayat 63.

Siapa pernah tengok rancangan Astana kat Astro Ria? Rancangan yang dihoskan oleh Kak Nita. Bila tengok rumah-rumah orang-orang kaya di Malaysia ni, saya selalu terfikir.... "Apa perasaan mereka ye? Tak rasa bersalah ke terhadap betapa ramai lagi orang miskin yang tidak berumah malah yang tak dapat makan dalam kebanyakan hari dalam hidup mereka?". Selalu juga saya terfikir, adakah saya juga akan berlumba untuk membuat rumah besar dengan hiasan dalaman yang mewah jika saya diberikan kekayaan yang sama? Saya harap saya tidak. *Ye, mungkin orang2 kaya berkenaan ada menderma, tapi cukupkah? Kemewahan mereka itu tetaplah satu pembaziran. ~eceh. sebab aku belum kaya bleh la aku ckp mcm-mcm kan? Hahah.

Allah telah berkata, "Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata: "Itu adalah karena (usaha) kami." Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan orang-orang yang besertanya. Ketahuilah, sesungguhnya kesialan mereka itu adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." -Surah Al-A'raf, Ayat 131. Maksud ayat ini ialah... Manusia ni, bila mereka berjaya dan mendapat kekayaan... mereka akan merasakan bahawa semuanya adalah kerana usaha gigih mereka dan kerana kepandaian mereka. Tetapi mereka tidak sedar bahawa yang memberi kejayaan atau kegagalan kepada mereka hanyalah Allah. So, jangan nak berlagak ye. Jika kamu kaya, bukan kerana kamu yang pandai.

Kerana itu... Saya hanya memohon agar saya dianugerahkan hidup yang sederhana. Tidak kaya. Tidak miskin. Tetapi sekadar cukup makan, mampu membeli pakaian dan keperluan diri yang seadanya dan rumah untuk berteduh, walaupun mungkin bukan rumah sendiri. Asalkan tidak meminta-minta dengan orang lain dan tidak juga mengambil hak orang lain. Mengharapkan keredhaan Allah.

Ingin diingatkan... Entry ini bukan utk menunjukkan bahawa saya baik kerana saya tau saya tidak setanding dengan kamu yang membaca entry ini. Ini hanya sekadar berkongsi perasaan dan mengingatkan yg terlupa jika ada. :) Peace.. Sekian.

Gambar dikelepet dari sini

Comments

  1. salam;
    Memang ramaiyang nak kaya,tak seorangpun didunia ini nak miskin..tak ramai yg sedar atau sengaja tak sedar harta yg dikumpulkn tu sebenarnya bukan milik kita seorang walaupun kita yg bermatian mengumpulkannya.menurut pandangan Islam amat bahaya jika seseorang islam jika ia menjadi kaya..

    ReplyDelete
  2. "kalau la aku kaye kan, aku beli beg chanel sepuluh serentak.."

    sebab tu la Tuhan tak kasi aku kaya kak..sebab nak membazir tu lebih kuat dari beramal.. aku kena muhasaboh diri ni..

    siapa taknak senang kak...dan pada masa yg sama sebab tu ada kategori: org kaya yg humble dan org kaya yg berlagak.

    ...amenda ntah aku tulih ni..

    ReplyDelete
  3. yusuflaili : tp yg sedar akan benda ni tak ramai. Org kaya, ramai yg tak rasa pun mereka amik hak org pun.

    QuTaQ : Kalo ko kaya, lebih baik ko beli beg chanel 11 serentak. 1 lagi tu bg akak. Ngehehehe. Humble dgn berlagak tu satu hal. Itu mereka punye attitude sesama manusia. Tapi ramai je org kaya humble yg membazir sorok2 org tak nampak. Tak ramai le org kaya yg harta 24juta, bleh dok umah teres semiD dan pakai keta Waja je kan. Paling busuk pun, keta dgn umah mesti tukar yg paling gempak kot.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...