Skip to main content

Wood Vinegar : Episode 1/Cuka Kayu : Episod 1


Sejahteralah ke atas kamu.

Pernah dengar nama Wood Vinegar? Well, saya pun baru je dengar. Itu pun sejak jual Detox Patch sebab dalam Detox Patch Gold yang saya jual tu mengandungi wood vinegar ni. Apa benda wood vinegar ni? Dalam bahasa melayu saya rasa mungkin cuka kayu. Kot.

Ok, memula dalam episod 1 ni biar saya jelaskan apa itu wood vinegar. Wood vinegar ini adalah sejenis cecair yang terhasil daripada proses pembakaran kayu yang banyak dengan jumlah oksigen yang sedikit. Maksudnya.. kalau nak buat pembakaran untuk menghasilkan wood vinegar atau cuka kayu ni, perlulah dilakukan dia dalam kebuk yang tertutup. Alaa..mcm kebuk wasap tu. [Kebuk wasap la sangat. Aku pun dah tak ingat kebuk wasap tu camana rupa dia. Yang aku ingat hanya dialog iklan raya yang anak dia bawak balik menantu orang negro rapper, "wasap! wasap! Yo!".]Pembakaran ini tidak boleh dilakukan ditempat terbuka [open air] sebab di dalam udara banyak oksigen maaa...

COntoh kebuk yang tertutup tu macam ni; Gambar telah dikelepet dengan elegantnya daripada Web Budak Josh ni hah.

Inilah rupa paras yang ayu tempat pembakaran kayu tu. Nampak salur asap yang kurus tu?

Bila kayu-kayu itu sedang dibakar dan mengeluarkan asap, asap yang banyak itu terperangkap dan hanya boleh keluar melalui corong asap yang saya nyatakan di atas itu sahaja. Semasa proses inilah asap tersebut bertukar menjadi cecair yang mengandungi wood vinegar atau cuka kayu itu. Sebenarnya ini adalah cara membuat arang. Kamu tentu pernah tengok arang bukan? Sape tak pernah tengok arang, meh saya conteng arang di muka kamu.

Proses ini sebenarnya bukanlah pembakaran[burn], tetapi bake [macam memasak kek] tu. Sebab itulah kalau kamu perhatikan arang, struktur tubuh badannya tidak hancur dan tidak seperti abu kayu yang dibakar betul tak? Sebab dia dimasaklah, sebab tu semua air yang terkandung di dalam kayu itu dapat mengewap ke atas dan menghasilkan wood vinegar atau cuka kayu ini. Paham? Ada faham?


Macam ni la corong asap tu. Nanti perlu tadah cecair cuka tu macam gini la.

Ok, untuk kelebihan dan semua faedah-faedah wood vinegar ni, sapa tak sabar, bleh Google sendiri. Kalau sabar, tunggu saya publish Episode 2 plak. Daaaaa...

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...