Skip to main content

Pelajaran Yang Saya Dapat Bila Berkata Jujur.

Sejahteralah ke atas kamu...

Berkata jujur itu bagus, tapi tengok keadaan. Pastikan kata-kata jujur itu dikeluarkan jika benar-benar perlu sahaja. Kalau tidak, lebih baik diam je. Seriously. Lebih baik ko diam.

Ni pengalaman saya la... Saya dah komen jujur kat satu blog ni. Penulis dia biasanya tulis tentang dakwah yang saya sangat suka dengan pandangan dia. Tapi sejak akhir2 ini saya tengok dia selalu cerita tentang novel. Bagi saya takde masalah. Saya memang bukan peminat novel. [Maaf para peminat novel. Tapi kalau saya tak minat novel, itu hak saya kan. Tak semestinya minat kita sama betul tak?]. Jadi, bila dia bercerita tentang novel, saya terus tak baca....

Sehinggalah bila dia tulis semula tentang dakwah, saya komen [lebih kurang kot ayat saya macam ni]: "Terima kasih. Pandangan yang menarik. Dah lama awk tak menulis sesuatu seperti ini.. Biasanya bila awk tulis tentang novel, saya tak baca.". Mungkin saya salah, mungkin saya terlalu jujur. Dan saya menyalahkan diri sendiri sebab ringan tangan sangat pergi komen mcm tu. Sepatutnya kalau suka, baca. Kalau tak suka, tutup je browser betul tak? Tak perlu beritahu pun pemilik blog. Sebab mereka tentulah dah mempertimbangkan dengan lebih mendalam, apa yang terbaik untuk isi blog mereka kan? Kalau kita tak suka, itu maksudnya selera kita berbeza dengan mereka.

Bila saya baca entry baru-baru ini, penulis itu ada menulis, dia tahu ada yang tak suka dia bercakap tentang novel. Pastu ada yang komen; jangan pedulikan orang yang tak suka novel tu. Abaikan je. So, pelajaran yang saya dapat, ialah... lain kali jangan la jujur sangat. Biar saja mereka nak ceritakan tentang apa. Saya sebenarnya bukan nak harapkan dia buat apa2 pun bila saya komen. Hanya nak berkongsi apa yg saya fikir. Tapi kalau dah cenggitu gayanya... Nampaknya, tak perlu lagi la komen yang jujur. Lepas ni kalau saya nak komen pun, saya akan pastikan semuanya kata-kata pujian sahaja. Lagipun, saya bukan benci. Cuma tidak berminat sahaja.

*Kenapa saya tak suka novel? Erm... itu kelemahan saya la. Saya tak suka dengan watak-watak yg digambarkan dalam novel. Mereka mcm terlalu poyo jika diterjemahkan ke alam realiti. Sebab watak utama pastilah pompuan yg sangat cantik, sgt baik, sangat penyabar dan sangat tak logik. Pastu ayat2 gurau dalam novel pulak, sungguh skema. Hahah.. Sebab tu la, kalau kamu tengok gaya penulisan saya, sangatlah tidak semenggah. Bahasa ntah hapa2. Susunan ayat pun berterabur. Sebab : Saya tak baca novel. Hikhik.

Comments

  1. Salam;
    Ya..memang ramai manusia tidak boleh ditegur dlm dunia ni..bukan saja tulisan tingkah laku/perangai pun diorang marah bila ditegur...oleh hati2lah.

    ReplyDelete
  2. huhu..cian kak lyd..xpe la kak lyd..ada ssetengah org xbole menerima teguran.bole trima yg positif je..yg negatif tanak..walhal..pndangan negatif ni perlu utk pembangunan diri..cewah~

    ReplyDelete
  3. Yusuf : org yg menerima teguran mungkin bleh terima, cuma utk peringkat permulaan tu dia mungkin ada berkecil hati wp sedikit.

    HazyIsle : Ala.. takpe3. Kak Lyd tak kisah pun. CUma kak lyd takut org tu kecik hati je. So, tak best la kalo ada org sakit hati dgn kita kan. Kak Lyd komen pun bkn negatif. Sbb apa yg penulis tu cite kat blog dia bukan benda tak elok pun. Benda elok. Pasal novel. Cuma tu la.. silap akak la sbb memandai pegi komen kan. Heheh.. Kalo le penulis tu baca, saya nak mintak maaf byk2 tau. Tak sengaja.

    ReplyDelete
  4. biasalah tu.. ada yg blh tima pendpt org, ada yg tak.. (:

    ReplyDelete
  5. biasa org ni mmg nak dgr yg bes2 je..bila org tegu sikit mula la nk menyentap kan..aku sure komen ko tu bukan negatip..betul la tu kak..jgn jujur sgt ok :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...