Skip to main content

Astro First... Telefon Untuk Melanggan..

Sejahteralah ke atas kamu...

Biasa dengar tak dialog yang saya jadikan tajuk entry kat atas ni? Sebagai mukadimahnya, biar saya jelaskan sikit apa dia Astro First tu [hanya utk org yang tak tau]. Astro first ni adalah channel tambahan utk pelanggan Astro, tapi hanya dapat tengok 24jam je kalau kita melanggan channel ni. Maksudnya kita bayar RM15, dapat tengok sehari suntuk tu la. Apa yang ditayangkan? Biasanya filem-filem terbaru yang sedang ditayangkan di pawagam. Tapi satu channel tu, satu filem yang sama je mereka ulang tayang back-to-back. Lepas habis 24jam, kita dah takleh access dah channel tu.

Saje je nak cite tentang Astro First ni sebab nak jadikan topik untuk taip entry baru. Nampak sangat saya dah takde modal nak cerita. Yelah... nak cerita apa pun lagi. Nak citer pasal personal, nanti org meluat. Nak cite pasal masakan, buat malu je kalo menu yang saya masak tu cikai sangat, nak citer pasal gossip-gossip artis kang lagho then kalo nak citer pasal agama nanti, ermm.. pasal agama ok la kot. Banyak pekdahnya. Cuma kalau nak cite tentang Islam, takleh gunakan pendekatan yang terlalu berat. Perlu santai, ringan tapi dalam masa yang sama, ada point. Sorry.. termelarat plak.

Ahad lepas, saya langgan Astro First untuk filem Libas. Kahkahkah. Ntah la sape yang menghasut, dalam banyak-banyak filem, filem tu jugak yang saya beli. So, mengadap le kami suami isteri tengok citer tu daripada pagi, sampai petang, lelap, bangun dari lelap, pengsan, terjaga dari pengsan.... citer tuuuuu jugak... Heheh.. Nampak sangat le tipu kan. Macam la takleh tukar channel lain betul tak?

Filem Libas tu biasa-biasa je. Nak kata best sangat tu tidak jugak. Nak kata langsung tak best pun tak jugak. Dia duduk kat tengah-tengah. Pendeknya, kalau convert filem tu jadi peta Malaysia, citer tu duk kat bahagian Sabah. Hahah. Takde kaitan.

Rasa rasa melanggan Astro First ni sesuai kot untuk orang-orang yang bile tengok wayang pasti akan tertidur [macam saya dan suami] walaupun cerita itu hebat tahap Rosmah. Tengok Transformer yang berlawan dari pagi sampai malam tu pun kami bleh tertidur tau... Hehehe. Tak semenggah je perangai. So, bila dah tau macam tu, kami rasa eloklah kalau kami dah tak gi tengok wayang dah. Membazir je duit gaji ciput kiterang ni. So, kalau melanggan Astro First ni, sesuai le nak tidur banyak kali pun, sebab kalo tertidur, bleh tengok lagi lepas tu. Yang pasti, kita takyah kuar umah. Dok je umah, sambil makan jambu batu dengan serbuk asam. Sekali-sekali, bleh gi basuh baju kejap. Then sambung balik. Agak convenience la untuk orang-orang yang 'super busy' macam i ni... 'Busy' berehat je. Hahahaha. Lagi satu, kalau orang yang ada family besar, bleh la tengok jugak filem terbaru tanpa perlu beli tiket wayang sampai 10 keping untuk seluruh ahli keluarga tengok.



CUma bila tengok kat rumah, screen je la tak besar. Tak dapat nak tengok atas screen besar mcm kat Golden Screen Cinema. Paling besar pun biasanya 52" je saiz TV kan. [eh, ye ke ada saiz 52"? Ke 56"? Agak-agak sendiri la ye.].

Kalau nak tengok pembikinan filem ni bleh jengah blog salah seorang pelakon filem ni iaitu, Corrie Lee atau nama Islamnya, Adam.

So, moralnya... kalau teringin nak tengok filem terbaru beramai-ramai bersama keluarga, boleh ke langgan Astro First ni.

Comments

  1. salam;
    mungkin boleh cuba langgan..tengok baget dulu..hahaa!!.

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala boleh la. Rm15 je. Tapi takleh la setiap movie kita nak beli kan.

    ReplyDelete
  3. lyd, aku tak penah lagi langgan
    sebab tunggu je pok zam download..hehe

    ReplyDelete
  4. lyd, aku tak penah lagi langgan..tunggu je pok zam download

    ReplyDelete
  5. wahhhh...mcm bes je..bleh cuba langgan ni..
    *ko ngn ngah mmg prangai tak semenggah tido merata2...

    ReplyDelete
  6. Ecah : Download, download jgk. Ni saje je nak try. Kalo tak try mana nak tau kan..

    Ina : Bes la jugak. Peminat filem yg tak tegar mcm ko bleh la tgk kat tv je. *mmg hobi kiterang tido. Tak kira kat mana pun.

    ReplyDelete
  7. ok jugak kan kak.. amat2 sesuai bg yg xde panggung di kwsnnye.. hihi~

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...