Skip to main content

Anu.... Dalam Botol...

Sejahteralah ke atas kamu...

Saje nak share.... Saya ni kalau dengar suara atau aksi pondan, tak kira la secara live atau dalam TV, mesti mata otometik akan pandang ceiling macam mata terbuntang kena sawan. Dah tu cuba la bayangkan berapa kali mata saya terpandang ceiling bila tengok filem .....Dalam Botol. Bukan sebab benci sangat pada pondan. Tapi geli. Faham tak perasaan geli geleman bila tengok ulat bulu atau ulat sampah beruit-uit?



Lagi satu aksi saya kalau tengok pondan, ialah gelak guna hidung tanpa buka mulut *macam menghidu kuat-kuat. Yelah.. kadang-kadang geli hati jugak dengan pondan punya dramatik. Sangat-sangat dramataik dramatik.

Ini Adalah Komen Tentang Filem.
Filem ....Dalam Botol ni saya baru je tgk kat YouTube. Pergerakan filem ni sangat-sangat le lembab cam siput sedut. Pastu cinematography dia pulak macam kelam-kelam je. Sampaikan scene kat kampung masa kenduri orang kawen pon feel yang sama dengan kenduri arwah ayahh Rubi. Yelah, tapi itu mmg motif citer tu. Sedih dan pilu. Jalan cerita seperti tergantung sbb filem ini diambil drpd kisah sebenar dan watak sebenar itu sedang meneruskan kehidupan dia sampai sekarang so tak dpt le nak buat ending.

Saya tak rasa ramai orang akan boleh bersabar untuk menonton filem ini dengan kelajuan sebegitu. Maka eloklah kalau saya je yang ceritakan jalan ceritanya. Kisahnya begini. Seorang lelaki. Nama Rubidin. Nickname kat bandar = RObert. Gay. Ada boyfriend muka geli geleman nama Ghaus[mungkin nama ni la nama paling jahat yang penulis skrip mampu fikirkan kot]. Rubi nak buat surprise pada Ghaus dengan menukar jantina[potong anu, simpan dalam botol]. Tapi Ghaus ni tak hargai pengorbanan suci Rubi. Dia habiskan duit Rubi, jual keta Rubi sampai Rubi dah tak tinggal apa-apa, then Ghaus pun tinggalkan Rubi terbaring dalam toilet kat ofis dia sambil sepak-sepak Rubi. Shiannn Rubi. Tak baik kau Ghaus. Buat anak teruna orang cenggitu. Oppss[tutup mulut guna dua jari je].. Teruna kewww???

Pastu, Rubi balik kampung. Dia berkawan dengan Dina. Adik kawan dia semasa kecil dahulu[setat doh buat ayat guna ayat buku cerita 'Sang Kancil Dengan Kerbau Pendek]. RUbi ni balik kg sbb ayah dia meninggal. Jadi dia tunggu sampai 44 hari untuk berkabung dan buat tahlil dgn mak dia. Dalam masa 44 hari tu la dia dgn Dina dah suka sama suka pastu berpakat nak kawen. KAWEN???!! You what??!!! Kawen?? *Jangan musnahkan hidup kauuuu Dina....[suara bisikan Yusuf Taiyoob siap dengan gema sekali].

Masa orang tengah busy buat preparation, senyap-senyap Rubi lari ikut tingkap. Dalam masa yang sama, si Ghaus yang dah ada boyfriend lain then tinggalkan Rubi tu, datang masa hari Rubi nak kawen tu, bawak surat pengesahan tukar jantina dan bukti anu dalam botol itu untuk ditunjukkan kepada emak Rubi. *Tapi kalo dia tak sabotaj pun, Rubi memang dah lari jugak masa tu. So, no point la. Last sekali kuar ayat bunga-bunga layu yang watak sebenar tulis, dia kata setiap nafas diiringi penyesalan dan setiap bau yg dia hidu berbau kesal. Pastu dia mintak maaf pada emak dia dan Dina.

Filem ni, sangat jujur pada pendapat saya. Dialog dia semuanya macam real, tak macam lakonan dalam filem Yusuf Haslam *terutamanya aksi bergaduh dalam Maria Marianat*. Tapi aksi gay tu memang mata pandang ceiling la kan.. Kira oklah juga hasil Khir Rahman ni walaupun kelajuan jalan cerita hanya 20km/j. Pergh. Ok... Enaf komen pasal filem. Meh komen pasal pondan plak.

Ini Adalah Komen Tentang Pondan.
Pondan ini, sebagai manusia adalah sangat fun to be and to talk with. Mereka ni juga in person kebanyakannya baik. Pastu banyak kemahiran. Itu semua sungguh mengkagumkan. Cuma, itula... tak tahan aku menengok lenggok tu je la. Kalau lelaki lembut, saya rasa nak sepak je bontot bila dia melenggang. Time dia bercakap potpet potpet, rasa cam nak sekeh. Tapi masih boleh dimaafkan. Sebab ramai je kawan-kawan saya adalah lelaki lembut dan masih berpakaian lelaki. Sex orientation mereka, tu saya taknak campur la. But, yang paling serabut saya tengok ialah pondan yang memang pakai baju pompuan, tonggek lebih-lebih. Selalu saya terfikir, dierang ingat dierang cantik sangat le tewww... Walaupun tak dinafikan cantik jugak kulit nko dan rambut nko dan body nko, tapi Allah dan Rasul melaknat nko, so aku pun tak suka apa yang Allah tak suka hokeyyy...

Akhir kata, ikut keadaannn bah!

Comments

  1. Salam;
    tentang cerita botol tak dpt nak komen blm nonton lagi..bab pondan ni kalau lelaki yg perwatakan lembut mungkin kita boleh terima,tapi lelaki potong anu dan pakai pakaian wanita memang tak boleh terima.

    P/S..aku lebih suka yang Ori.!!

    ReplyDelete
  2. cmna nk buang air kecil lao da ptong ...tu?

    ReplyDelete
  3. aku tak tgk lg cite ni..cam tak bes je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...