Sejahteralah ke atas kamu...
Isi kandungan entry ini dikelepet daripada web Returning To Faith dan telah diterjemah ke bahasa Melayu
Berita ni berita lama. Saya tengok tarikh berita ini ditulis di Turn To Islam bertarikh pada tahun 2006. So, tak kira la bila berlakunya ini, saya cuma nak kongsikan saja dengan kamu semua.
37 askar Korea ini termasuk pegawai yang berpangkat kapten bernama Son Jin-Gu dan Leftenan Son Hyeon-ju bakal ditugaskan ke Erbil@Arbil, Utara Iraq untuk tugas-tugas keamanan. Jadi sebelum pergi ke sana Komandan mereka mengarahkan kesemua mereka mendalami tentang agama Islam di Masjid HanNam-Dong yang terletak di Seoul. Setelah mendekatkan diri dengan Islam, mereka tertarik lalu memeluk Islam.
Askar-askar Korea itu berkata, mereka memeluk Islam kerana agama ini lebih mementingkan kemanusiaan dan kemananan berbanding agama lain. Mereka juga percaya mereka akan dapat membina hubungan yang lebih baik dengan Muslim di Iraq jika mereka seagama dengan Muslim Iraq dan ini akan menjadikan usaha untuk menegakkan keamanan lebih realistik dan ke arah yang positif.
Park Seong-uk iaitu Koperal bagi Unit Zaitun daripada Division 11 berkata, "saya mengambil jurusan Arab semasa di kolej dan pernah mendalami Al-Quran, jadi saya menjadi semakin tertarik dengan Islam dan mengambil keputusan untuk menjadi seorang Muslim semasa melalui kursus mendalami Islam yang dianjurkan oleh Unit Zaitun tersebut.
*Nama bridget tu pun Zaitun. Ini mesti ada kaitan dengan misi ke Iraq, so dinamakan unit untuk ke Iraq itu Unit Zaitun. [Watti ni wazzaitun - demi buah tiin dan buah zaitun]
**Cerita ini dah lama. So, saya pun tak tau la apa yang dah jadi dengan askar-askar ni sekarang. Sama ada masih kekal dengan Islam atau tidak.
Salam;
ReplyDeletemoga2 diaorang masih islam malah mungkin telah mengembangnya di kampung halaman masing2.
alhamdulillah.... makin bertambah umat nabi muhammad kan
ReplyDelete