Skip to main content

Spanar Jaya vs Susu Dutchlady!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....


Memandang semua perlawanan sebelum ini, seperti;
1] Argentina vs Germany, saya sokong Argentine;
2] Germany vs Spain, saya sokong Germany;
3] Germany vs Uruguay, saya sokong Uruguay
dan semua pasukan yg saya sokong tersebut telah menang. Iaitu MENANGgung kekalahan, maka, perlawanan Spain vs Netherlands ini, saya akan menyokong : SPAIN!!! Go Spain!!!

Secara jujurnya, saya tak la berminat sgt nak tgk match ni, maka saya tgk sambil baring2 jer. Dlm masa yg sama, bleh taip post entry ni. Hahaha. Tak macam minat saya masa tgk match Argentina-Germany, siap bleh bersila atas coffee table sbb nak dekat dgn screen TV. Perghh..Dasat betul hamba bolasepak ni. Hahahaha.

Adegan-adegan yg menarik, tapi tak berapa menarik mana;

1. Ada pemain Spain yg bernama 'Puyol'. Mcm nama arnab je. Comel. Heheh.
2. Seminit lepas Van Persie[Netherlands] dpt kad kuning sbb tackle Capdevila[Spain] dari tepi, Puyol plak dpt kad kuning sbb tackle pemain Netherlands dari belakang.
3. Fuh... Tackle yg paling jahat skali saya tgk sepanjang WC2010 ni, biler pemain Netherlands yg bernama De Jong [sebut : Di Yong], telah 'menerbang terajang' Alonso dari Spain. Flying kick kat dada plak tu. Aduh... Masa replay mmg nampak jahat giler ahhh...

[Habis separuh masa pertama, dua-dua teams masih memegang status telur ayam.5 kad kuning dianugerahkan kepada kedua-dua pasukan. 3 utk Netherlands, 2 utk Spain.]

Comments

  1. sila la betulkan info dalam salida del sol ni. Deutchland (betul ke spelling aku ni) tu ialah nama lain bg GERMAN yer, bukan belanda. tapi belanda is dutch. Hmmm aku pun felik camana jadi camni. Sekian, dari aku yang keciwa sbb ayam belanda ku kalah. tak gunak punya sotong.

    ReplyDelete
  2. Alamak..malunyer haku... hahah... ni la dia kalo bercakap tanpa menyiasat. Mekasih kakak chomel di atas pembetulan tersebut. Bytheway, sotong itu tidak bersalah. Dia innesen. heheh. *Wp aku juger tak sokong Spain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...