Skip to main content

Saidina Umar Al Khattab r.a

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kamu semua tahu Saidina Umar Al Khattab kan? Khalifah Islam yang kedua selepas Saidina Abu Bakar As Siddiq. Kita juga tahu bahawa dikalangan sahabat-sahabat Nabi, beliau ini adalah yang paling tegas, garang dan gagah. Saya ingin kongsikan sedikit kisah tentang Saidina Umar ini..

Pada zaman pemerintahan beliau, beliau telah berjaya menakluki banyak wilayah-wilayah yang dahulunya dikuasai oleh Parsi dan Rom. Termasuklah Jerusalam[Bumi Palestine], Baitul Maqdis, Iraq, Mesir, Syria dan banyak lagi. Bumi Parsi sendiri pun ditakluki oleh tentera-tentera Islam. Kalau tak silap, Parsi tu skrg dipanggil Iran. Kalo silap, tolong betulkan. Saya Google pun tapi mcm jawapan samar2 jer. :D

Sewaktu Parsi ditakluki tu, putera Parsi yang bernama 'Fairoz' telah ditanggungjawabkan utk memimpin tentera kuceng Parsi bagi menewaskan tentera Islam [macam nama laki Zu. Sekian.]. Tapi padan muka mereka[Parsi], mereka kalah. Dan Putera Fairoz telah ditawan, kemudian dihantar ke Madinah untuk 'disetelkan' oleh Saidina Umar. Kat Madinah, si Fairoz ni dijadikan hamba oleh Mughiroh, diislamkan dan diberi nama Abu Lukluah. Kemudian dimerdekakan.

Tadi saya kata nak citer pasal Umar, tetiba citer pasal si Peroz ni plak. Sebenarnya,lepas 10 tahun 6 bulan memerintah kerajaan Islam, Saidina Umar Al Khattab dibunuh oleh Abu Lukluah sewaktu beliau ingin mengimamkan solat Subuh berjemaah. Abu Lukluah ni, mahir menempa besi. Dia buat sendiri pisau tu, bermata 2 dan dihujung pisau tu diletakkan racun. Dia tikam Saidina Umar dan orang2 lain yg ada kat situ tergamam dengan kejadian tu. Lepas kena tikam, Saidina Umar pengsan. Tapi sebelum pengsan, beliau sempat pesan kat jemaah-jemaah lain supaya teruskan solat subuh tanpa beliau.

Kemudian, lepas terjaga dari pengsan, dalam keadaan yang cedera parah beliau minta pertolongan sahabat-sahabat beliau untuk membantu beliau menunaikan solat subuh. Pastu para sahabat ckp la kat Umar, "Tuan kan sudah cedera parah? Tak perlu la solat lagi". Dan Umar jawab "Tiada keuzuran bagi lelaki untuk meninggalkan solat. Dan tidak Islam seseorang yang tidak menunaikan solat"... ~ Sejarah Islam : Umar Al Khattab. Tulisan Abdul Kadir Talib.

Saya terkedu sekejap. Beliau, yang sudah dijanjikan syurga, walaupun sudah cedera parah masih tetap ingin bersolat. Huuu...huuu..[nangis dgn hidung mengeluarkan belon], saya yg langsung tidak dijanjikan syurga ni, kalo demam skit pon dah rasa berat sangat nak solat. Sbb saya rasa macam ni "takper... Allah tentu faham aku tak larat nak solat". Eii... Binatang ternak sungguh aku ni rupanya.

Dan "Tiada keuzuran bagi lelaki untuk meninggalkan solat"... ermmm.... no komen la pasal ni. Satu lagi pasal "Dan tidak Islam seseorang yang tidak menunaikan solat"... Yang ni malas nak komen. Cuma tertanya-tanya di dalam hati, 'Ramai je org yang mengaku Islam tapi tak solat... ' Haih...

Tiada lain yang saya harapkan daripada Allah, hanya saya harapkan agar Allah menerima solat dan ibadah saya.... Huuu...huuu..[sekali lagi menangis kuar belon]... Susahnya nak kusyuk solat.

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...