Skip to main content

Mengimbas World Cup 2002, Zaman Mengarut Dulu-dulu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Bercuti dan duduk di kampung, membuatkan saya terasa nak selongkar khazanah-khazanah milik saya yang boleh dipanggil sampah yang ada dlm bilik saya ni. Terjumpa satu buku nota, yang saya gunakan untuk buat homework masa kursus English Language Competency pada tahun 2002 dulu. Hehehe... Buka-buka je buku tu, saya dah tergelak besar, sbb kat bahagian dalam kulit buku itu, ader gmbr ini ;

Wahh...Kantoi... dulu aku ni rupa-rupanya die hard fan Takuya Kimura. Wakakakakakakaka.

Tahun 2002 tu juga adalah tahun yang mmg jadi detik sejarah Piala Dunia [World Cup 2002] sbb pertama kali diadakan di Asia[Korea Selatan dan Jepun]. Jadi, semua matches, boleh ditonton tanpa perlu meletakkan lidi di kelopak mata untuk tahan ngantuk, sbb waktu di Korea Selatan dan Jepun hanya beza 1 jam sahaja dgn waktu di Malaysia.[Malas nak google bleh tak? Saya agak je beza sejam. Mungkin 2 jam. Dah tak ingat. Huhu.].

Berbalik semula ke cerita buku nota saya tadi, biler saya belek mukasurat demi mukasurat, baru la saya sedar, betapa merapu nya saya ni di satu ketika dulu. Mana tak nyer, selain daripada gmbr Takuya Kimura tu, boleh dikatakan semua homework saya dalam buku tu mesti ader nak selitkan nama-nama yg berkaitan dgn pemain bolasepak yg terlibat dgn World Cup 2002. Kalo lecturer suruh buat karangan berbentuk dialog, maka perbualan dialog tersebut adalah di antara 'Anh Jung Hwan' dan 'Hideaki Nakata'.[Pemain Korea dan Jepun]. Siap kerat gmbr Anh Jung Hwan dr surat kaba dan tepet kat dialog tu. Hahahaha... Giler cacat minah ni.

Gmbr Anh Jung Hwan tgh kawen yg ditampal di buku nota. Heheh..

Saya ingat lagi, waktu tu, saya dgn housemate juga classmate saya, sanggup derhaka kat lecturer kami, ponteng kelas untuk tgk game diantara England vs Brazil sbb game tu kul 2.30ptg. Sepatutnya ada kelas. Tapi kami ponteng. Masa tu kiranya saat getir jugaklah, utk ke semi-final. Bagi World Cup 2002, saya sokong Brazil[sbb waktu tu Brazil sungguh kuat dgn trio R iaitu Ronaldinho, Ronaldo dan Rivaldo]. Perghh.. Giler mantap dierang masa tu. Selain tu, sokong gak Korea Selatan dan Japan sbb mereka mewakili Asia dan juga Turkey sebab kononnya sokong negara Islam. Lagi pun pemain Turkey yang menarik perhatian masa tu ialah Hassan Sas yg mcm muka Man Bai. Botak pun mcm ManBai. Huhu...



Esoknya, pegi kelas, lecturer kami merajuk. Takmo masuk kelas. Time tu mula la rasa bersalah giler vavi terhadap beliau. Tapi sekurang-kurangnya ponteng kelas tu tak sia-sia sbb Brazil menang dgn England. Wallaaa...
Ini adalah jadual perlawanan2 World CUp 2002 yg saya tulis dalam buku nota tu di mukasurat terakhir menggunakan pensel mekanikal Stabilo warna biru.

Pastu ada satu lagi karangan terlampau dlm buku tu yg saya baca semula, tajuk tugasan tu ialah surat untuk ruangan masalah kat dlm surat kaba. Pastu konon-kononnya saya ada masalah percintaan dan minta pendapat la. Begini petikannya;

"Dear Angel,
I am 24 year old woman. I'm working and I have a boyfriend, Ronaldinho. We're happy together and we plan to marry in the near future. The problem is, I bear a critical disease and I was told by a doctor that I cannot give birth. I've told my boyfriend but unfortunately, he could'nt understand my situation. Now he always avoid seing me and he always said that he's busy.
In fact, I've met another guy named Ronaldo who worked near my workplace. Bla,bla,bla..."



Hehehe... World Cup 2002, perlawanan akhir adalah diantara Germany dan Brazil yang mana kemenangan berpihak kepada Brazil dgn kemenangan 2-0. Hepi giler masa tu. Hahaha.. Walaupun Brazil juga tiada kaitan walaupun setitik nila pun dgn saya. Korea Selatan pula mendapat tempat ke-3 setelah menewaskan Turkey 3-2.

Comments

  1. ko nie mmg kaki merapu la..tp bagus gak ada ko hapenning skit..hah kembang la tu...

    ReplyDelete
  2. Heheh.. Takper, aku tau ko terhibur. :D

    ReplyDelete
  3. Erm, tambah skit, mana ader org yg rajin menggelakkan aku melainkan ko dan Zu. Hahaha...

    ReplyDelete
  4. surat cinta xde simpan kew?
    hard paper warna itam..........

    ReplyDelete
  5. Alamak... opie79 ni ex-bf aku ke? Huhu... Surat cinta hard paper kaler itam? huhu... it sounds familiar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...