Skip to main content

Lyd Dan Michael Jackson

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

*Post ini adalah penulisan saya lama dahulu yg saya letakkan di dalam Facebook, bertarikh : 05 September 2009

Apa yang masih jelas dlm ingatan saya, sewaktu saya masih belum skolah lagi… Deria pendengaran saya dah dilatih untuk mendengar lagu-lagu Michael Jackson (MJ) dan seingat saya lagi, video clip MJ memang selalu kuar TV waktu tu. Yang paling memberi kesan sampingan kepada diri saya ialah klip video lagu ‘Beat It’. Bagi sesiapa yang ingat-ingat lupa video clip tu, let me brush up ur mind.. (nak citer pasal Maikel Jeksen… mesti la ckp homputih skit yek?? ihihihi). Dlm clip tu, ader 2 group samseng taik kuceng yg nak bergaduh(yg penting semua skali samseng2 taik kuceng tu cuba nak buat muka ganaz giler yg mcm tak takut pun saya tgk..hihihi). Tgh nak bertumbuk tu, Abg Maikel dtg di tgh2 dua geng tu, dan ajak menari (termasuk dance step yg ala-ala tabur beras nak bagi makan ayam tu)… Dan sudah tentu moonwalking. Hah…. Moon walk ni la point terpenting dlm citer ni…. Are you ready??? Yeah… Check it out…

Zaman dulu, channel yg ader kat TV hanya 3 jek. Mlm2, kat kg plak tuh… Family semua berkumpul tgk TV ramai2 untuk bersantai merehatkan buah fikiran. (Erm… kalo nak citer pasal rancangan TV zaman-zaman dulu ni, kena buka post baru. Lari tajuk kang kalo nak citer kat sini..hihi). Waktu itu, saya berumur 5 atau 6 tahun, dan selalu nak expose diri sendiri, cari publisiti untuk mencuri tumpuan ahli keluarga yang sedang khusyuk menonton televisyen dengan membuat aksi-aksi terlampau. Kalau nak tau, masa org lain tgh focus dgn rancangan TV yg dierang tgk, saya dgn senyap2, pakai jaket abang saya yang berkaler oren(kononnya macam jaket mareh MJ dlm clip Beat It), saya sarungkan stokin skolah abang saya yg berwarna putih (saya pakai stokin tu dengan menutup kaki seluar utk memberi efek stokin putih MJ yg selalu dipakai dgn seluar senteng), dan saya pakai sunglasses (tak ingat saper punyer)…. Then… lepas dah dressed up macam tu, saya pun pegi betul-betul depan TV, semua org dgn muka tak faham tgk saya, pastu saya pun start moon walk kat depan TV. Pastu terkinja-kinja mcm MJ dlm clip Beat It. Aduhhh…. Tolong la… Saya sampai sekarang tak paham… kenapa saya buat tu semua dan macamana saya bleh dpt ilham nak cari publisiti murahan mcm tuh. Mungkin saya nak perhatian biler semua ahli keluarga focus tgk TV. Hahahahha… Nasib baik depan family je saya wat perangai tu. Kalo ler saya lagi giler pegi buat aksi kurang sopan tu di khalayak ramai…. Aduhh… saya pun tak tau kat mana saya nak letak muka saya biler saya dah mumaiyiz….

Tapi, antara TV dgn saya… Saya lebih berjaya mencuri tumpuan family tanpa kena marah. Dierang memang gelak golek-golek biler tgk aksi saya mcm tuh. Dan hasilnyer yg membuatkan saya menyesal…. Asal dierang boring jek… dierang akan suruh saya buat aksi Maikel Jeksen. So, saya pun dgn muka bangganyer, mengulang lagi adegan tersebut, bermula dgn jaket, stokin dan sunglasses… Last-last… aku disarkaskan oleh family aku sendiri… Hahahahha… tapi takper… aku memang suka pun jd perhatian…

Bila dewasa ni, saya mesti akan gelak tersembur sorang-sorang biler saya teringat perangai tak senonoh saya sewaktu zaman kanak-kanak. (Mujur la saya selalu teringat kisah tu sewaktu saya bersendirian. Jika teringat sewaktu berada di khalayak ramai, agak membahayakan kesihatan orang lain kalau saya selalu tersembur kat muka dierang… hehehe).

Saya memang merasa kehilangan MJ apabila diumumkan berita kematian Allahyarham (saya berharap beliau mati di dalam Islam). Walaupun dikutuk oleh rakan-rakan, tp saya masih mengkagumi MJ kerana dia sgt unik dan original. Semoga MJ ditempatkan di tempatkan lebih baik di sana. Sekian kisah Lyd dan Michael Jackson. Jika suka dgn cerita ini, sila ‘Like’.

Comments

  1. hahaa gelak golek2..ko ni mmg pelik bte unik dr kecik rupanya ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...