Skip to main content

Kadar Tukaran Wang Asing. Currency Index

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Berbulu je hati saya biler melawat blog budak umo 10 tahun, dan tgk visitor dan follower dia lagi ramai berbanding blog saya. Adehh... Tercabar kedewasaan saya. Ohh... Ini hanya selingan yang tiada kena-mengena dgn tajuk entry.

Haiihhh... Susah betul nak amanah dgn waktu bekerja ni.... Huhu.... Sekali lagi selingan yang takder kaitan dgn tajuk entry. [Saya ni byk iklan la! Maklumlar... Saya ni kan 'Drama Queen' yg terhebat kat Malaysia ni. :D ngeee]

Saya ni selain dari suka menyampuk, saya juga kuat berangan. Heheh.. beberapa tahun lepas, saya dgn syok sendirinya berangan, nnt kalo hantaran kawen saya, saya nak mintak 1000 je dgn pihak lelaki. Bukan 1000 ringgit, tapi 1000 pounds. Wahh.... banyakkk tu.... sbb, nilai British Pound [GBP] waktu tu adalah tinggi berbanding Ringgit Malaysia [1 pound sterling = RM7.80++]. Waktu tu, dlm surat kaba tiap-tiap hari ader letak nilai tukaran wang asing kat satu sudut dlm salah satu laman dalam surat kaba tersebut. Dan saya tiap2 hari dok kaji turun naik matawang dunia waktu tu.

Tadi niat asalnya, saya nak Google pasal harga emas, dan nak tau tentang pelaburan emas. Yelah, nilai matawang yg dulunya berada di tangga teratas, sekarang dah jatuh 50%. Dan semua org tau, harga emas sahaja yang masih stabil. Tu pasal la saya nak amik tau pasal harga emas ni. Explore punyer explore, erm..... baru le saya tau, nilai matawang yang paling tinggi sekarang ni ialah...... jeng..jeng...jeng... [drum please] KWD. Apa itu? Hahaha... Ini la matawang Kuwait. Bukan Kuwait Dollar tawww, tapi Kuwait Dinar. Dah mengalahkan nilai US Dollar yang dah lama jatuh, dan Great Britain Pound [GBP].

Kalo tak caya, haaa... ce tgk image kat bawah ni;

Sesaper yang rabun dekat, tak nampak image tu sbb terlampau kecik, bleh click sendiri kat link ni Tariff Custom

Ni rupa note Kuwaiti Dinar. Note ni tahun 1994 punyer. Dah 16 tahun. Kot2 ader design terbaru, saya tak pasti. Tak rajin nak Google. Biler tgk note ni, rasa tenang je. [Hehehe... mentang-mentang nilai tukaran dia tinggi, dan-dan je nak rasa tenang biler tgk.]



Ok la wei... Saya tetiba je rasa lapar. Lain kali la saya sambung. Hahahah... *Mesti mcm bengang je org yg baca entry ni, sbb entry ni mcm takder kesimpulan. Tetiba habis. :p

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...