Skip to main content

I'm Sorry Sir....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Hari ni, En Z sepatutnya perlu attend software presentation dari satu syarikat luar. Beliau kata syarikat tu international base. Pastu dalam masa yang sama, beliau ader meeting internal Division. Maka, beliau suh saya jadi penyampai utusan kepada wakil syarikat yang nak buat presentation tu. Beliau suh saya sampaikan amanat beliau dgn menyatakan bahawa presentation tersebut mungkin bermula sedikit lambat. Sebab meeting yang beliau masuk tu akan habis lambat. Dan beliau minta saya, suruh wakil syarikat tu tunggu di bilik Meeting no.1 tingkat 18. Saya pon mula la berpeluh tali pusat sebab nak bitau berita sedih dalam English ni. Tapi to be honest, kalo nak speak English dgn foreigner saya lebih berani berbanding nak bercakap dgn local people in the same language. Sebab local people suka gelakkan org kalo grammar bersepudei.[pekataan yg selalu digunakan oleh En Stormpong dan saya yg bermaksud, berterabur, bersepah].

Saya pon dgn muka purplenya... ckp le kat 2 org wakil tu
"Excuse me sir, are you from ***** International?".
"Yes, can i see Mr Z, please?".
"I'm sorry sir. Actually, Mr Z is in a meeting. Would you wait for him in Meeting Room 1 at Level 18? He will be there right after the meeting is finish".
"Ok... Sure."


*sepatutnya meeting tu kul 10 pg.

Hihi... Lega rasanya. Dapat jugek saya berkomunikasi dengan lancar tanpa kelihatan bodoh. Kemudian, saya sambung keja saya. Kul 10.48pg, EnZ dtg lagi kat saya dan suh saya pegi turun tingkat 18 utk bgtau orang-orang tadi sekali lagi bahawa presentation tu dibatalkan. Boleh tak? Huhu... Masalahnya, saya le yg kena cakap dgn mereka. Malu je rasanya nak bgtau derang. Sbb mula2 suh tunggu. Pastu cancel plak. Huwaa..huuuwaa.. Tapi apa je yg saya bleh buat? Arahan boss.. Kena patuh.

Saya ajak JekJan temankan, untuk turun ke tingkat 18. Saya pegi kat waiting area depan meeting room 1 tu. Dan terpaksa le buat muka purple lagi skali... Kali ni ader 3 org plak.. Mungkin yg ke3 tu adalah boss kepada yang 2 org mula-mula2 tadi kot. Sbb beliau nampak berkaliber semacam je.

Walaupun dalam hati dah rasa mcm ader taman neraka, tapi saya teruskan melangkah... dan mula la speaking berterabur dgn muka yg 'confident di luar, nervous di dalam'.
Saya bukan nervous pasal kena speaking. Tapi nervous sebab nak bagitau meeting tu cancel. Nervous + rasa bersalah dan tak sampai hati sebab org tu dtg susah-susah. Kalo dah tau ader meeting lain, bg la tau awal2. Tak baik buat org macam tu.

"I'm sorry sir. Mr Z is still in the meeting. And i afraid the meeting will take another longer to end. " [Alamak... canner aku nak cakap ni..tanpa mengguris hati mereka...]
"Okay... "
"Sir, Mr Z wants to call off this presentation. And he will inform you after he set another time to meet you."
"Owh..okay, then i will contact Mr Z directly to confirm about the new time to meet."
"I'm really sorry on behalf of him"
"No..it's okay.. Thank you.."

Yang penting, nasib baik le derang tak buat muka bengang. Kalo tak, haku le yg hadap dulu. Tu la yg saya berdebor tu. Huhu.....

Lepas En Z abih meeting, dia tanya saya... "Mcmn tadi? U dah bgtau dierang?".
Pastu saya jawab "Dahhh... Sian dierang. Sampai hati En Z buat dierang macam tu. " [ceh..selamber je aku ckp gitu kat bos aku]
Beliau jawab "abih, nak buat mcmn... "

Hehehe... Mana-mana je la.

Comments

  1. bagusla lid, pandai cover bos..

    eh..bos mu masih en z yang sama ke?

    ReplyDelete
  2. hahaha ko memang suka condemn en.z kan. hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam bro, hmmm....kreatip tahap Stephen Hawking jugak adikku sorang ni..keep it up sis (nape la lewat sgt aku jumpa blog yg bagus macam ni). I wonder if sometimes u can post a totally English article (from your finger) so that we can learn together...and even better (bearer) for the environment.

    ReplyDelete
  4. Aida : En Z yg lain. Iaitu En Zek. Bkn Zul.
    Kakak Chomel : Hahaha.. Aku manade condemn dia. Aku ngusik je skit.
    Sidi : Pohhh... Bapok kuat nagjeng dia ni. Mentang2 baru semalam org sebut pasal Stephen Hawking. Ngeh3.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...