Skip to main content

BN, Saya Tak Kisah Pon....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

BN = Barang Naik.

Saya tak kisahpon bila harga barang-barang naik, kerana;

1. Saya "kaya". Duit saya "banyak". Eleh.. setakat petrol naik 5 sen tu... apa la sangat. Tak efek pon kekayaan saya. Gaji bulanan saya "tak terusik" pon, tambahan plak, gaji saya tiap-tiap hari naik 2 kali ganda. So, yu oll boleh bayangkan tak berapa byk gaji saya kalo dah 6 thn saya kerja.. banyak you see...... :D . Lagipun saya pegi ofis "tak pakai" kereta/moto/lori/bas, tapi saya naik belon panas, bakar guna arang kayu. Hohoho..

2. Lagipun, kalo saya sekali-sekala pakai kenderaan yang menggunakan petrol, petrol tu saya "bleh amik free" je kat stesen minyak. Takyah bayar pon. Jadi, ok what... Saya "tak perlu" gunakan duit saya pon. Jimat kan?

3. Gula naik? Owhh... Saya tak kisah. Sbb makanan-makanan yang saya makan semuanya tak memerlukan gula. Saya guna asam jawa je bagi menggantikan gula tersebut. Buat teh 'o' pun letak asam jawa. So, that is not a big deal for me.

4. Sebenarnya, saya ni warga asing. Oleh sebab kerajaan Malaysia begitu baik hati beri subsidi yang tinggi maka saya pon dapat tempias keuntungan tu. Hahahahah... Kalo kat negara saya, minyak seliter = RM20, gula sekilo plak = RM18. Bayangkan la betapa mahalnya berbanding dgn harga kat Malaysia yang murah ni. Ishh..ishh... korang ni tak pandai bersyukur betul. Patutnya kalo kerajaan korang nak naikkan sampai RM60 seliter pun takper. Apa la sgt.

5. Errm... Kerana saya adalah seorang penyeludup petrol dan gula. Dan boleh dikatakan 98% rakyat Malaysia ni adalah "penyeludup" yg menyeludup brgn bersubsidi ke luar sempadan. Tambahan lagi, 97% rakyat Malaysia adalah golongan berada. So, memang wajar pun harga dinaikkan. Kalo harga naik, tak ramai pon yang akan terasa bebannya.



Hahaha... Sakai betul. Ntah la kenapa saya tulis alasan-alasan sarcasm kat atas ni. Sajer je bikin panas. Mesti ramai org yg melenting ye tak? Tapi... suka ke tak suka, bukan ada apa-apa pun yg boleh kita buat. Melainkan, menyahut seruan kerajaan supaya "ubah cara hidup";
~ Kalo sebelum ni, korang beli baju setahun sekali, lepas ni kena beli baju 2 tahun skali. Takper, Najib pun beli baju 5 tahun sekali jugak. ROsmah lagi la.. Jimat dierang tu. "Bersederhana" je idop dierang.
~ Kalo sebelum ni makan 2 kali sehari [tengahari dan malam], pasni kena la makan sekali je sehari. [Puasa la.. kan lebih afdal]. Najib dgn Rosmah pon makan 2 hari sekali jugak. Dierang "terlebih" dahulu susah sebelum rakyat susah.
~ Kalo sebelum ni, isi petrol untuk kegunaan kereta ulang-alik ke pejabat tiap-tiap hari, pasni nampaknya kena guna keta seminggu sekali je la. Maklumlah... Najib pun kalo nak pegi mana-mana, "jalan kaki" je. Pegi America pon jalan kaki tau... Dia jalan seriringan dgn Rosmah. Jalan kaki sama-sama. Menteri-menteri lain pon sama. Semuanya berjimat demi negara Malaysia. Kerana kata mereka
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita mesti berani membuat keputusan yang bersifat meletakkan ekonomi negara di landasan lebih kukuh pada masa depan.
"Kalau kita fikir kesan jangka masa pendek sepanjang masa, maka kita bukan kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan sedemikian boleh membawa negara ke arah keadaan tidak menentu,"


Kan bagus kerajaan yang "mengambil berat" seperti mereka? Kurangkan gula, bleh kurangkan risiko diebetis. Hehehe... Kurangkan penggunaan petrol boleh memelihara kualiti udara di dunia ni. Haihhh... IYER LAH TU...

SalidaSunshine says : Errm... Whattttt evaaaa!!!

Comments

  1. ooo yeah!!!
    rakyat didaHULUkan
    pencapaian diuTAMAKan

    macam haram

    ReplyDelete
  2. Wah...marah nampak kakakku yang chumil.... Takper.. Sabor... Kita perlu ubah cara hidup kita....

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...