Skip to main content

AMAN

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Biasa kita dengar orang kata "Saya bangga menjadi rakyat Malaysia, kerana negaranya aman, hidup bersatu padu dan berbilang bangsa". Mcm bosan pun ader jugak saya dengar ayat tu. Macam terlampau cliche. Balik-balik ulang ayat yang sama. Padahalnya... betul ke Malaysia ni aman? Makmur? Damai? Sejahtera? Akan? Kujunjung? Dan? Kujaga?.. Heheheh... [Sarkas je yer. Harap maaf. Itu sebenarnya adalah lirik lagu yang saya pernah nyanyi semasa koir di tingkatan 1 dulu.].

Malaysia ni betul ke aman? Aman yg bebas dari peperangan, yes. Memang betul. Tapi dari segi lain? Walaupun tak ada peperangan, Malaysia ni selamat ke tak? Apa maksud A.M.A.N tu? Fikir sama-sama yer.... Ayuh jawab soalan saya;

Jika Malaysia ni betul-betul aman, kenapa kita perlu pasang grill kat pintu dan tingkap kat umah kita? Dan kalo terlupa nak kunci grill, alamatnya... kul 4 pagi kang bangun tido, parang dah dekat leher. [kena rompak]

Kalo Malaysia ni negara yang selamat, kenapa ada kereta yang dipecahkan cermin tingkapnya dan tuan punyer keta dirompak, di khalayak ramai semasa terperangkap di dalam kesesakan lalulintas pastu orang lain yg tengok hanya mampu tengok dan merasa ketar lutut?

Kalau Malaysia ni sejahtera.... kenapa masih ada orang yang berebut jawatan di masjid dan bergaduh dalam masjid? Bukankah memalukan?

Kalo Malaysia ni aman.... Kenapa ada mak ayah yg disembelih dalam umah sendiri oleh anak mereka, dan kenapa ader mak ayah yang bunuh anak mereka sendiri di longkang2, atau di lubang jamban?

Jika Malaysia ni aman, kenapa ramai je perempuan2 yang diperkosa kemudian dibunuh dengan kejam oleh orang-orang yang mereka kenal?


...............


Okay, cuba kamu bayangkan suasana negara Palestin yang dilanda peperangan dengan 15R43L [code rahsia ni..hehehe.]. Ada tak kejadian rumah diceroboh oleh askar-askar yang menjajah? Ada tak kejadian, harta milik seseorang dirampas oleh askar-askar musuh? Ada tak askar-askar musuh membunuh orang-orang tua dan kanak-kanak? Ada tak perempuan-perempuan dirogol dan dibunuh? [merujuk juga kepada peperangan di Bosnia Herzegovina dahulu]. Semua tu ada berlaku tak di Malaysia? Ermmm... Ada kan? Dah tu, sama ke tak sama? Kalo mereka tidak aman kerana peperangan, tapi kita walaupun tidak berperang, adakah kita aman? Nak biar anak main kat luar rumah sendiri pun tak berani. Kang kena culik la, kena liwat la, kena rogol la... mcm2 kan?

Kemajuan, kemajuan la jugak. Tapi biarlah kemajuan dari segi yang berpatutan sahaja. Takkan la kemajuan dari segi meningkatnya masalah sosial pon Malaysia nak amik? Kot? Huhu... Apa laaaa.... Bagi saya.... Malaysia ni aman dari segi luaran aje. Sedangkan dalamannya berkecamuk. Kamu setuju tak? :). Terpulang. Saya cuma mengeluarkan pendapat saya yang kurang faham tentang kenegaraan. Aman Malaysia!

Comments

  1. Thank you for sharing your thoughts. I really appreciate your efforts and I
    will be waiting for your next write ups thanks once again.
    my web page > acuvue oasys contact lenses

    ReplyDelete
  2. This piece of writing provides clear idea in support of the new viewers of
    blogging, that in fact how to do blogging.


    Also visit my web blog: meratol review

    ReplyDelete
  3. ThÑ–s is a topic that's near to my heart... Thank ï½™ou!

    Exactly where are your contact details though?
    this website : Leаrn Ηow To Lock Files Ϝrom The Movies

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...