Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....
Benar, dulu saya bukan begini. Dulu saya seorang yg sangat patuh pada perintah Allah. Saya menjaga aurat saya dgn baik. Pakaian saya semua labuh dan longgar. Tudung kepala saya juga dilabuhkan menutup dada. Al-Quran adalah bacaan saya setiap Subuh dan Maghrib.Saya tidak mengenakan sebarang mekap di muka saya kerana bagi saya, tanggapan manusia tidak penting. Hanya penerimaan Allah terhadap saya, itu sahaja yang penting.
Ya Allah, saya telah tersesat. Semakin hari saya kurangkan amalan saya sedikit demi sedikit. Sepatutnya bertambah. Tetapi semakin kurang. Saya semakin jauh dari Allah. Saya meringan-ringankan perintah Allah demi memberatkan perintah hati sendiri...
Semasa saya di dalam kesesatan, pernah terbentang jalan peringatan dgn cara lembut dari Allah untuk membawa saya kembali ke jalan-Nya, peluang untuk mendekatkan diri dgn kalam-Nya, namun saya berpaling. Saya merasakan bahawa 'saya tak perlukan semua ini, kerana apa yg saya lakukan untuk mengingati Allah sudah cukup'. Saya tidak sedar bahawa saya yang menjauhkan diri dari Dia.
Kemudian saya meneruskan lagi kehidupan 'lupa daratan' saya. Mementingkan waktu tayangan wayang lebih daripada mementingkan waktu solat yang terlepas kalo tgk wayang tersebut. Meremehkan makanan-makanan yang saya rasa sedap padahal dah nampak terang-terang makanan tu dijual di kedai yang 'syubhah'. Maksud saya dgn 2 contoh di atas adalah; saya pentingkan apa yang tidak sepatutnya saya pentingkan dan saya remahkan apa yang tidak sepatutnya saya remehkan.
Peringatan datang lagi[mcm 'Tora datang lagi']. Kali ini dgn cara yang lebih keras. Saya ditimpa kemalangan jalanraya. Kemalangan yang hampir meragut nyawa saya. Sewaktu kemalangan itu, saya dalam keadaan sedar. Saya nampak bagaimana saya melanggar tembok yang di bawahnya gaung sedalam kira-kira 100m ke bawah. Saya sedar semasa hati saya berdegup kencang dgn memikirkan, "adakah saya akan hidup atau adakah hidup saya berakhir di sini?". [Saya tak jatuh dlm gaung. Sbb tembok tu tinggi gak. Kereta Kenari Lead saya tergolek mengiring ke sebelah kanan - pemandu. Sewaktu itu saya bersendirian memandu dr Kuantan ke KL.]. Selepas itu, saya mati. Hati saya yang mati. Hati seliat getah sekerap yg belum diproses. Busuk bau asyam. Kotor, comot dan selebet.
Bagaimanapun, selepas kejadian itu, amat malang bagi saya kerana saya tetap lalai dan makin menjauh dari Dia. Seolah-olah kemalangan itu hanyalah kerana kecuaian dan tiada kaitan dgn peringatan Allah. Betapa hinanya saya di sisi Allah kerana Dia sayangkan saya tetapi saya mengingkari-Nya. Ya Allah.... Aku kehilangan kata-kata di saat ini...
Dan kini selepas disedarkan dgn cara yang paling perit[taknak citer], barulah saya benar-benar sedar bahawa selama ini saya memilih jalan kegelapan sedangkan jalan yang terang telah pon dihadapkan kepada saya. Transformasi saya daripada sikap2 positif dahulunya ke sifat negatif membuatkan kini saya cuba berusaha untuk kembalikan ke dalam diri saya, semua energi-energi positif yang dulunya telah hilang. Saya ingin melakukan transformasi daripada sifat negatif tadi kepada sifat positif seperti dulu. Sesungguhnya saya mengaku sangat susah untuk berubah kembali ke jalan yg benar setelah tersesat bertahun-tahun.[Baru bertahun-tahun tersesat, dah susah nak kembali ke jalan yang benar. Nak tune semula gaya hidup saya supaya menjadi gaya hidup orang yang bertakwa...bukan mudah. Mcmn la plak org yang dah berpuluh-puluh tahun hidup kat dunia ni tapi tersesat dlm terang. Mesti lagi berpeluh tali pusat kalo nak kembali. *Wei, aku bukan mengata ko ek. Ko jgn terasa. Aku maksudkan org lain. Keh keh.]
Allah melakukan kerja-Nya di dalam keadaan yang penuh misteri. Berbagai cara Dia takdirkan untuk hamba-hamba-Nya untuk memberi peringatan. Ada yang mendapat peringatan dgn cara yang sungguh indah. Melalui mimpi indah. Melalui gerak hati. Dan ada juga yang mendapat peringatan dalam bentuk musibah, kesusahan dan ujian yang tidak berkunjung habis. Sama ada manusia ingin mengambil pengajaran atau tidak, sama ada manusia sedar atau tidak. Dan lagi malang.... Ada juga yang langsung tidak mendapat peringatan.
[Adehh...panasnyer perut aku, letak notebook ni atas perut. huhu..] <-- iklan.
Kdg2 kita cemburu dgn kebahagiaan orang lain kerana merasakan kita tidak 'sebahagia' mereka. Sedangkan kita tidak sedar, sebenarnya kita juga dicemburui oleh orang lain pula, yang hidup mereka lebih teruk daripada kita.
Kdg2, apabila kita bahagia dan berjaya mencapai semua impian dlm hidup kita, kita akan merasa "Owh.... Lihatlah wahai org2 Kampung Fenin Lalat, aku berjaya mencipta mesin memetik buah kepala. Sila respect aku. Sbb aku adalah yang terbaik di kampung ini". Padahal dia tak tau ader orang yang lebih 'thorough' kat Kg Fenin Nyamuk yang dah mencipta robot memetik buah kelapa sawit.[Mesti besor giler robot tu kalo ader. Kalo kecik pun, mesti tgn dia panjang. huhu. Sbb pokok kelapa sawit kat Felda Chemomoi tinggi2 belake]
Saya sebenarnya sedang memotiBASIkan diri saya sendiri ni. Saya mengingatkan diri sendiri bahawa, nasib setiap manusia berbeza. Semua kesusahan saya, semua dugaan yang saya terima adalah demi untuk menguatkan lagi hubungan saya dgn Allah. Dan juga semuanya adalah Qada' dan Qadar saya. Qada' dan Qadar adalah termasuk di dalam kategori perkara-perkara ghaib. Jika saya mengaku saya orang beriman, saya perlu PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR. Jadi, ayat untuk renungan dan kefahaman kita bersama;

"Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka TIDAK MENJADI LEMAH KERANA BENCANA YANG MENIMPA MEREKA DI JALAN ALLAH, DAN TIDAK LESU, DAN TIDAK PULA MENYERAH. ALLAH MENYUKAI ORANG-ORANG YANG SABAR" ~[Surah Ali Imran, Ayat 146
huhuhu.... karangan yang baik.... sama-sama kita tuju kearah positif.... Insya'Allah..... hidup akan lebih baik.... Amin....
ReplyDeleteThanks Rayyan kerana sudi memberi komen. InsyaAllah kita berusaha sama2 menuju ke arah yg lebih positif.
ReplyDelete